CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Zed Zaidi Pasal Malaysia Airlines Makan Diri

10-3-2014 11:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 37983| Komen: 167

KEHILANGAN pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Subang pada 2.40 pagi, kira-kira dua jam selepas berlepas pagi tadi menimbulkan kegusaran bukan sahaja di kalangan keluarga dan teman rapat bahkan buat seluruh rakyat Malaysia.


Bahkan setelah lebih 12 jam selepas kehilangannya, ia masih belum dapat dikesan. Pesawat itu membawa 227 penumpang, dua daripadanya bayi dan 12 anak kapal. Ia berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi (waktu tempatan).

Namun dalam kegusaran tersebut, timbul beberapa isu berkaitan insiden tersebut antara beberapa laporan awal yang tidak tepat serta beberapa komen di laman sosial yang dilihat seolah-olah menjadikan kejadian ini sebagai satu jenaka.

Antara yang mendapat perhatian adalah bekas Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Zed Zaidi yang dikatakan memuat naik status berkaitan kejadian tersebut.

Di anggap tidak sensitif dengan perkara tersebut, Zed terus menerima kecaman dari banyak pihak.

Bagaimanapun Zed ketika dihubungi Zass menegaskan dia tidak ada niat untuk menjadikan kejadian tersebut sebagai satu bahan jenaka.


“Saya tidak ada niat langsung untuk mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan sebegitu. Pada mulanya saya dapat tahu pesawat sudah selamat mendarat cemas  dan saya hanya mengetahui perkara tersebut menerusi internet kerana berada di luar rumah untuk membeli sarapan pagi.

“Jadi saya kaitkan isu-isu yang berkaitan dengan MAS dan kerana jumlah patah perkataan di Twitter yang terhad, saya tidak dapat menyambung ayat terakhir iaitu saya berharap MAS dapat mempertingkatkan perkhidmatannya.

“Namun sebaik tiba di rumah, ketika saya menonton berita mereka sahkan pesawat tersebut masih belum dapat di kesan dan saya segera melihat Twitter saya dan saya lihat sudah banyak pihak ‘retweet’ status saya dan saya di kecam banyak pihak,” jelasnya.

Zed berkata, menyedari kekhilafannya dia segera memadam statusnya sebelum itu dan meminta semua mendoakan keselamatan ke semua penumpang diikuti saya lagi status memohon maaf menerusi laman Twitter dan juga Facebook.

“Percayalah saya tiada niat langsung untuk menjadikan ia sebagai satu bahan jenaka. Silapnya saya kerana saya terus mempercayai sumber di internet yang mengatakan mereka telah selamat mendarat.

“Biarpun tiada ahli keluarga saya yang terlibat dalam insiden tersebut, namun sebagai rakyat Malaysia, saya doakan mereka semua berada dalam keadaan selamat.

“Saya juga ingin memohon maaf sekali lagi kerana mengeluarkan kenyataan sebegitu sebelum ini,” ujarnya kesal.

Tambah Zed, bagi menggelakkan perkara sama berulang, dia berharap semua pihak tidak cepat mempercayai sumber dari internet, sebaliknya rujuk kepada portal media sebenar dan bukannya individu biasa atau blogger tertentu.

“Kadangkala mereka hanya dengar dari sumber A, sumber B, sedangkan mereka sendiri tidak tahu status sebenar dan terus muat naik agar blog mereka menjadi terkenal.

“Tapi kalau media, sebelum mereka melaporkan, mereka ada sumber yang sahih dan boleh dipercayai. Saya harap apa yang terjadi pada saya tidak terjadi pada orang lain.

“Saya juga minta pihak - pihak yang menghentam saya sebelum ini, agar mendapatkan penjelasan saya terlebih dahulu sebelum memberi sebarang komen,” katanya.
 

Seniman masih tergantung
 
Sementara itu,  ditanya mengenai perkembangan Seniman kini, Zed berkata, masih ada beberapa isu yang tidak dapat diselesaikan hingga status persatuan tersebut tergantung.

“Kami telah meminta  Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)  mengiktiraf Ahli Jawatankuasa terdahulu iaitu di bawah Presiden Harun Salim Bachik untuk mengadakan semula mesyuarat agung (AGM) dan ia telah diluluskan.

“Namun ia mendapat bantahan dari pihak satu lagi yang mahu ROS mengadakan AGM Seniman. Jadi kita tunggu dan lihatlah macam mana kerana saya sendiri keliru apa yang mereka mahu sebenarnya kerana semua ini bukan merugikan saya tetapi Seniman,” katanya.

Zed berkata, dia kini sibuk dengan beberapa program di bawah Pemuda Umno dan juga bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Saya baharu dilantik sebagai AJK Biro Penerangan Pemuda Umno Malaysia dan sebagai Pengerusi AADK Wilayah Persekutuan. Jadi ada beberapa program yang saya buat bersama mereka,” katanya.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kuceeng 8-3-2014 02:05 PM
die keliru katenye..................

jilaka punye manusia
Quote yeepi_33 8-3-2014 02:09 PM
sume lawak bagi dia.

**
nt dia ckp..

acct kena hacked.

seb bek anak kecik lagi tak reti nak type.
lau tak bleh salah kan anak.
haha.

Quote budakmanentah 8-3-2014 02:14 PM
bodo, banggang piang yg abadi!!!!
Quote cruisekeanu 8-3-2014 02:16 PM
Bodoh punya artis ... lepas Hanis Suraya dia ni le kena bantai lepas ini sebab bahalul.
Quote ainie_1008 8-3-2014 02:17 PM
bodoh pnya org.. otak letak kat lutut..
Quote princesslulu 8-3-2014 02:17 PM
statement bodoh dari artis yg bangang!
semua org tengah duk risau dia boleh main2 plak..
memang patut dikeji dia ni
Quote asampodeh 8-3-2014 02:17 PM
kuceeng posted on 8-3-2014 02:05 PM
die keliru katenye..................

jilaka punye manusia

keliru apenye..???
Quote lazaruz6024 8-3-2014 02:18 PM
takyah nak menyibok updte status camtu la zz,kena kt fmly sendiri,tgok lawak ke tak
Quote aziz79 8-3-2014 02:18 PM
mamat ni kalau kena lempang dgn keluarga mangsa pon aku tak heran.
mulut puaka
Quote bambimo 8-3-2014 02:18 PM
Apalah yg kita nk expect dr seorang artis sampah cmni...klo dia pandai mestilah jd professor ke engineer ker
Quote hussycancer 8-3-2014 02:20 PM
Ler bodohnye statement...ak tgk kat brita td..tgk family2 penumpang yg nnges2 hati pon jd hiba..ko leh wat lawak plak bende2 mcmni..suka sgt cr publisiti murahan:@
Quote angel_duzter 8-3-2014 02:20 PM
ini mmg sengal..biadap jgak die ni
Quote AdamBillionaire 8-3-2014 02:25 PM
zed zaidi budak umno yang tak dapat jawatan pada PAU...

budak babi jadi artis muka cam syaitan.. bodo gila..
Quote Leonarzi 8-3-2014 02:28 PM
Zedzaidi manusia paling banghal dan keji
Quote ainie_1008 8-3-2014 02:30 PM
walaupon bukan retis tp statement sama bodoh ngan zz.. nie bkn masanya nak berpolitik sana sini. klu kna kat keluarga ko rasakanlah. bodoh pnya olang..

Quote yeepi_33 8-3-2014 02:31 PM
tingat retis yg wat status psl ultraman masa jepun kena tsunami ritu.

emm
lupa plak nama retis tu.
haha.
Quote kuceeng 8-3-2014 02:32 PM
asampodeh posted on 8-3-2014 02:17 PM
keliru apenye..???

ayat coverline...biasela retis....

igt berita palsu kot
Quote housequeen 8-3-2014 02:34 PM
Allahurobbi....siuman ke tidak si zed ni...? celik2 mata terus menghapdet twitter kah...? bawak2 muhasabah diri lah zed oii...we are talking about people's life here...
Quote avatar_aang 8-3-2014 02:47 PM
tadi dia dah mtk maaf dekat twitter.
dan ajak ramai2 mendoakan buat semua anak kapal.

nyway ape perkembangan terbaru eh?
tadi aku ada bace artikel mana eh dia cko kompem
terhempas ke laut.
ya Allah sedih nyerrrrr.

nesti family masing2 tgh risau giler...
kalau ikut dlm list penumpang ada juga baby x silap 2,
satu dri tmpt kt stu lagi dari US.

moga bertabahlah family dorang.  

Lihat semua komen(167)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 12:29 AM GMT+8 , Processed in 0.086876 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top