UMUM mengetahui, chef selebriti terkemuka negara, Redzuawan Ismail atau lebih mesra disapa sebagai Chef Wan, agak lantang dalam 'mengecam' nasi lemak yang dihidangkan di dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) ketika berada dalam penerbangan kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Bangkok, sebelum ini. Bahkan, menu tersebut digelarnya sebagai 'Nasi Lemak Telanjang' kerana tidak dilengkapi dengan ikan bilis dan kacang serta timun lalu dimuat naikkan di akaun Instagram miliknya. Lupakan seketika kritikan itu, bapa kepada pelakon Serina ini, bagaimanapun turut bersimpati di atas misteri kehilangan pesawat MH370 yang mengejutkan seluruh dunia. Masih lagi menggunakan medium yang sama di akaun Instagramnya, Chef Wan, meluahkan rasa sedih apabila salah seorang krew penerbangan MH370 yang dikenalinya, Rainhasnan, turut menjadi mangsa kepada peristiwa malang itu. Menurut Chef Wan, dia mengenali kru berkenaan kerana kerap kali ke luar negara atas urusan kerja. Malah pernah bersapa mesra dengannya. Mendoakan yang terbaik, Chef Wan, juga berharap agar keluarga Rainhasnan terus bersabar dan berdoa supaya mendapat kekuatan. Pesawat MH370 membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.41 pagi Sabtu. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing, jam 6.30 pagi.
|
berun posted on 12-3-2014 03:10 PM
kalu kna katup x tw la. sbb smua benang MH bkkk kt isu. meh payung skit gossip
hana_hana79 posted on 12-3-2014 09:30 PM
doakan yg terbaik utk adik ipar saya, kami sekeluarga dah kering air mata. hanya doa & doa yg x hent ...
hana_hana79 posted on 12-3-2014 09:30 PM
doakan yg terbaik utk adik ipar saya, kami sekeluarga dah kering air mata. hanya doa & doa yg x hent ...
somtam posted on 12-3-2014 08:44 PM
chef hyprokirt dan busuk hati..semua org dia cakap tak betul belaka dialah paling suci.. Kat instagr ...

ADVERTISEMENT