CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Doa, Harapan Buat Mh370 - Mila Af

13-3-2014 04:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13197| Komen: 45



NASIB seramai 227 penumpang dan 12 anak kapal MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak pagi Sabtu lalu, masih misteri hingga kini.

Meskipun sudah masuk hari kelima, namun seluruh dunia tidak putus-putus mendoakan keselamatan mereka dengan harapan MH370 segera kembali ke tanah air.

Mengharapkan 'keajaiban' berlaku, golongan selebriti tanah air juga tidak terkecuali memanjatkan doa serta harapan ke atas pesawat malang itu menerusi laman sosial mereka.

Mila: 'Terasa kehilangan'

Siapa sangka penyanyi genit Mila Jirin, mengenali secara rapat Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, yang merupakan juruterbang pesawat MH370 yang hilang secara misteri itu.

Ketika dihubungi, pelakon Kami Histeria itu meluahkan rasa terkejut dan sedih kerana sehingga kini nasib Zaharie dan seluruh anak kapal serta penumpang MH370 masih belum diketahui.

"Selepas mendapat tahu kejadian itu, saya cuba menghubunginya, namun gagal.

"Saya begitu sedih dengan apa yang menimpanya sekarang dan berharap dia dapat pulang semula ke tanah air dengan selamat," ujar Mila dengan nada sebak.

Menurut Mila, dia mengenali Zaharie dalam satu majlis Kelab Peminat Mila Jirin pada 2007 dan hubungan mereka semakin rapat setelah mengenali keluarga Zaharie.

"Mulanya kami tidak kenal secara rapat namun selepas pertemuan di Melaka, kami semakin rapat. Malah saya pernah mengunjungi kediamannya untuk bertemu isteri dan anak-anaknya," kata Mila yang turut memuat naik gambar dia bersama juruterbang itu di Instagram miliknya.

Mengulas mengenai beberapa pandangan negatif yang pernah dilemparkan kepada juruterbang malang itu, tegas Mila, masyarakat tidak harus membuat sebarang penilaian tanpa mengenalinya terlebih dahulu.

"Saya mengenali dia secara peribadi, Zaharie merupakan orang paling baik, humble dan penyayang," katanya.

Izzue: Hormati perasaan keluarga mangsa!

Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam, turut meluahkan rasa sedih dan simpati dengan apa yang berlaku ke atas pesawat MH370.

Katanya, tanpa mengira apa jua bangsa dan negara, dia mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kesemua mangsa yang hilang secara misteri itu.

Tegas Izzue, dia juga berharap agar masyarakat lebih sensitif dan tidak menyebarkan khabar angin serta perkara negatif yang boleh mengganggu perasaan keluarga mangsa.

"Jangan sebarkan benda yang tidak betul atau sahih secara membuta tuli. Sebaliknya banyakkan berdoa agar pesawat MH370 segera ditemui," katanya.

Izzue juga berharap agar kaum keluarga mangsa terus bersabar dan bersedia terima apa sahaja kemungkinan kelak.

Jangan sebar cerita palsu!

Sementara itu, ahli kumpulan Forteen, Muhammad Ridzuan Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai One melahirkan rasa kesal dengan komen-komen negatif mengenai misteri kehilangan pesawat MH370 itu.

Katanya, walaupun tiada ahli keluarganya yang terlibat dengan kehilangan pesawat malang itu, namun dia tetap bersedih dengan apa yang menimpa pesawat milik tanah airnya ini.

"Saya sangat bersimpati dengan nasib kaum keluarga penumpang pesawat MAS itu.

"Namun perkara paling penting, masyarakat perlu mengelak daripada reka cerita palsu yang boleh mengguris hati keluarga mangsa.

"Jangan keruhkan lagi keadaan. Tunggu sajalah kesahihan daripada pihak berkuasa," kata One yang turut mengharapkan agar masyarakat terus mendoakan yang terbaik untuk MH370.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 12-3-2014 03:37 PM
Okay noted.
Quote pointed 12-3-2014 04:47 PM
Sedihnye ya Allah
Quote shernazz 12-3-2014 04:49 PM
yang pasti, makanan kat kedai makan ko totally out...
Quote crazecousa 12-3-2014 04:56 PM
hahaha xpasal2 masuk cite kedai makan dia
Quote pakweneelofa 12-3-2014 05:11 PM
shernazz posted on 12-3-2014 04:49 PM
yang pasti, makanan kat kedai makan ko totally out...

cerita apa ni? cite la sikit akak shernaaaaaaaaaaaaaaaaaaaz
Quote shernazz 12-3-2014 05:22 PM
pakweneelofa posted on 12-3-2014 05:11 PM
cerita apa ni? cite la sikit akak shernaaaaaaaaaaaaaaaaaaaz

kedai embun urai dia tu.......
nasik goreng dia berminyak..
aku order telur bungkus xnak sayur, lagi banyak dia letak sayur
pekerja2 dia sume slow2 belake
western kiosk depan kedai dia tu, laki aku cakap sedap..

sape2 nak pi sana, hati2 la menu dia tu
kata ada gelas besar, gelas kecik tapi dia charge sume gelas besar punya harga
Quote Munnalicious 12-3-2014 05:42 PM
Xsuka la Mila ni. kepoyo-poyoan. Tak tau kenapa.
Quote rosasa 12-3-2014 07:34 PM
yang penting kat histeria dia gedik
Quote ratuiphone 12-3-2014 08:38 PM
time nie la nak mengaku kenal...
Quote setankuning 12-3-2014 08:54 PM
harap mila jirin mencemar duli masuk porem untuk memberi sepatah dua kata


anyway, aku cam tak hadam sikit citer kapten zaharie ni join fan club mila AF
like seriously? ntah2 anak dia yg fan club tak
Quote SUHA 12-3-2014 11:37 PM
Drpd aq terlupa siapa mila jirin ni sampai blh teringat balik, penangan MH370
Quote alepmama 12-3-2014 11:54 PM
Hahaha kan kelakar. Something fishy pula. Bagi aku pilot kan kerjaya ala ala international minded kan..mila jirin je ke ??hahaha
Quote shroom 13-3-2014 12:10 AM
dari smlm aku xpaham apesal Meletop panggil si Mila ni... smlm aku rasa die terrrckp pasal penah dtg mkn2 kt umah Kapten ni tp time tu wife n anak2 kapten xde kt rumah.. dorg t kt Aussie kononnye... siap ckp xpenalhkenal wife n anak2 die n siap ckp sesape yg kenal wife die nk mintak fon number....
tapi statement ni lain plak .... kenal keluarga kapten katenyer . ... motif???
Quote alahai 13-3-2014 12:10 AM
setankuning posted on 12-3-2014 08:54 PM
harap mila jirin mencemar duli masuk porem untuk memberi sepatah dua kata

mungkin sbb sama2 mai dari penang kot...

Quote setankuning 13-3-2014 02:56 AM
shroom posted on 13-3-2014 12:10 AM
dari smlm aku xpaham apesal Meletop panggil si Mila ni... smlm aku rasa die terrrckp pasal penah dtg ...

wah ye ke
aku tak tengok meletop

haii nasib la tak jumpa MH370 lagi
jari aku dah gatalllll je nak speku



Quote idril 13-3-2014 03:23 AM
shroom posted on 13-3-2014 12:10 AM
dari smlm aku xpaham apesal Meletop panggil si Mila ni... smlm aku rasa die terrrckp pasal penah dtg ...

kan.... aku pun tgk meletop smlm. dia kata di x kenal wife captain ni. siap mintak no phone lagi konon nak kontek. tp dr article ni cam rapat sgt ngan family captain ni.memang fishy sgt
Quote shroom 13-3-2014 08:05 AM
setankuning posted on 13-3-2014 02:56 AM
wah ye ke
aku tak tengok meletop


tengok ulangan pliss... xpon suh sesape tepek kt sini klo ade video kt utube
Quote shroom 13-3-2014 08:16 AM
idril posted on 13-3-2014 03:23 AM
kan.... aku pun tgk meletop smlm. dia kata di x kenal wife captain ni. siap mintak no phone lagi k ...


kannnn.... hanyirrrr lahhh Last edited by shroom on 13-3-2014 08:22 AM

Quote MegiTomyam 13-3-2014 09:11 AM
alright. noted

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.103654 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top