CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tidak Untuk Jemyma, Tapi Mungkin Akan Terima Untuk Aisha", Fasha Sandha Hormati Prinsip Jejai, Terpulang Minat Anak

7-2-2024 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14127| Komen: 74

Description: Pelakon Fasha Sandha menghormati prinsip dan keputusan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli yang tidak membenarkan anak-anak mereka menceburi bidang seni.


Pelakon Fasha Sandha menghormati prinsip dan keputusan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli yang tidak membenarkan anak-anak mereka menceburi bidang seni.

Fasha mengakui anak perempuannya yang semakin meningkat remaja, Jemyma ada menerima tawaran lakonan namun menolak atas permintaan Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai.

"Tidak untuk Jemyma, tapi mungkin akan terima untuk Aisha kerana bapa kepada Jemyma tidak memberi keizinan untuk dia berada dalam bidang ini.

"Jadi terpulanglah kepada minat mereka untuk berada dalam apa jua bidang pun. Sebagai ibu, saya menyokong saja apa saja minat mereka," katanya.

Fasha atau pemilik nama penuh, Nur Fasha Sandha Hassan gembira dan bersyukur kerana anak-anak kesayangannya sudah semakin bijak dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Berkongsi kebahagiaan sebagai ibu yang melihat anak perempuannya membesar, Fasha mahu Jemyma menjadi seperti dirinya yang berdikari dan tabah dalam melayari kehidupan.


Sementara itu, Fasha berkata, cahaya matanya iaitu Aisha Amaira hasil perkongsian hidup dengan pelakon Aidil Aziz turut menunjukkan minat dalam bidang seni.

"Aidil tidak menghalang sekiranya Aisha ingin menceburi bidang seni. Biarpun masih kecil, nampak minatnya juga sudah ke arah industri kreatif," katanya.


Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua anak iaitu Putra Rayfal dan Putri Rasyha Jemyma.

Manakala perkongsian hidup dengan Aidil, mereka dikurniakan anak perempuan, Aisha Amaira.


Dalam perkembangan lain, Fasha bakal tampil dengan drama bersiri Malang Si Puteri yang bakal bersiaran di saluran Astro Ria.

Drama terbitan Radius One ini diarahkan oleh Uchee Fukada. Selain Fasha, drama ini menampilkan barisan pelakon seperti Hafreez Adam, Malek Mccrone, Wan Raja, Fahrin Ahmad, Raja Azura dan ramai lagi.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 7-2-2024 04:56 PM
Eloklah tu.. bapak budak tu pon harta 7 keturunan tak abis
Quote noor2 7-2-2024 04:58 PM
Fasha ni mmg confirmed buat bariatric...

Tp bagus keputusan dia ikut ckp exhusband untuk masa depan anaknya
Quote prince_marhaen 7-2-2024 05:12 PM
jemimah dah macam muka adik beradik pompuan jejai pulak nampaknya...
Quote limau_lemon 7-2-2024 05:22 PM
Iols sokong jejai .
Quote virgo19 7-2-2024 05:30 PM
Comel sangat yg kecik tu
Quote aemon 7-2-2024 05:33 PM
ok le tu jemyma pun tak berupa mcm aisya.lagi plak bapak dia mesti akan buatkan keturunan dia bergaul dgn socialite.no rempit-rempit katanyeh.
Quote emera 7-2-2024 05:39 PM
Shu, ko tgk ni. Dia jaga anak tp tetap ada hubungan dgn ex laki. Anak pun terjaga.
Quote Miawlover 7-2-2024 05:40 PM
aemon replied at 7-2-2024 05:33 PM
ok le tu jemyma pun tak berupa mcm aisya.lagi plak bapak dia mesti akan buatkan keturunan dia bergau ...

Kecik hati nenek prominent sbb ramai yg ckp jemyma ada iras beliau tau. I tgk sweet je jemyma ni.
Quote norawestallen 7-2-2024 05:55 PM
prince_marhaen replied at 7-2-2024 09:12 AM
jemimah dah macam muka adik beradik pompuan jejai pulak nampaknya...

haha. ada iras twins tu

Quote alesandra 7-2-2024 07:06 PM
Ada pelik ke muka anak pompuan ikut muka bapak atau family belah bapak? tak pelik pun..aku salah sorang
Quote anilanil 7-2-2024 07:09 PM
Jemi ikut muka neneknya yg prominent ittew. Study elok2 ye. Ada aura taitai.
Quote fido_dido 7-2-2024 07:12 PM
tomeynya si kecik tu
Quote matjerk 7-2-2024 07:16 PM
[ig]https://www.instagram.com/reel/C3CeKC0x2CE/?igsh=dGs4c215OGs4bGZ5[/ig]
Quote newyork 7-2-2024 07:17 PM
Harta tok nenek dia tak habis..depa ni jenis rolling duit makan duit bonus ja..yg kecik tu lawa besar nnt.
Quote Tunakimchi 7-2-2024 07:22 PM
Baguslah jejai x bagi masuk industri hiburan. Berkawan dgn circle T20 saje je la.
Quote pavlovachoc 7-2-2024 07:22 PM
Jemyna tu manis.. aisya tu comel
Quote ciwelireng 7-2-2024 07:26 PM
Laki dia sekarang keje apa?
Quote lyshafull 7-2-2024 07:31 PM
Bgus ler harta ade buat ape penat jadik pelakon
Aisya bapknye lain ????
Quote Wek_omeh2 7-2-2024 07:39 PM
Fasha ni memang suka tunjuk pusat anak dia yg ni eh..asal pakai baju mst nampak pusat anak nya

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.055693 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top