Tidak memandang kecantikan semata-mata, pelakon Aedy Ashraf mengakui selesa di sisi Amelia Henderson disebabkan personaliti aktres jelita itu yang membuatkan dirinya berasa tenang dan selamat. Pemilik nama sebenar Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, itu berkata, luaran seseorang tidak kekal lama berbanding sifat dalaman yang utuh sepanjang hayat. “Amelia sentiasa membuat saya selamat dan tenang. Dari segi cantik, sudah pasti dia memang seorang yang sangat jelita, tetapi pada akhirnya kecantikan akan luntur seiring peningkatan usia. “Pada saya, dia cukup sempurna disebabkan sisi peribadinya yang baik, mempunyai personaliti kuat, serta mampu menenangkan hati. “Apabila bersama Amelia, saya juga berasa sangat selamat. Memang dia istimewa,” katanya selepas sesi tayangan perdana drama bersiri i.D, semalam. Katanya, sikap saling memberikan kepercayaan membolehkan alur perhubungan berlangsung dengan lancar dan penuh persefahaman.
|
Lampuled replied at 8-2-2024 08:38 AM
Apehal lelaki plak bg statement rasa selamat disamping Gf. Patut Gf yg bg statement gitu. Satu hal p ...
caprut: Kalau kahwin aku kasi 10 tahun ...
Tunakimchi replied at 8-2-2024 01:59 PM
Mula2 rupa. Lepas perangai. Nanti rupa semula. Begitulah kitaran. Hati manusia berubah2
sukanyanyi replied at 8-2-2024 03:20 PM
itula, iols baca artikel ni kali kedua tetiba jumpa red flag di situ pula. memang pelik gak baca d ...
ADVERTISEMENT