BEIJING – Seorang aktres China, Zheng Shuang kini bergantung kepada wang persaraan ibu bapanya untuk meneruskan kehidupan, lapor portal berita VNExpress kelmarin. Menurut portal berita QQ, Shuang, 32, bercakap tentang tuduhan bahawa dia mempunyai banyak wang tetapi mengelak daripada membayar hutang. Aktres itu menafikan memiliki aset bernilai lebih AS$31 juta (RM147.86 juta) di China. Shuang menjelaskan bahawa jika dirinya mempunyai jumlah wang yang begitu banyak, dia tidak perlu bekerja keras untuk meneruskan kes hak penjagaan anak. Dia kini berada di Amerika Syarikat (AS) bagi memenuhi semua syarat mahkamah dengan harapan untuk menuntut hak penjagaan ke atas dua anaknya. Shuang berkata, dia tidak mempunyai pekerjaan dan hidup dengan wang persaraan ibu bapanya. Dia berharap mendapat peluang untuk bekerja dan membayar hutangnya mengikut keputusan mahkamah.
Sumber – AGENSI |
SalenaGomez replied at 10-2-2024 07:57 AM
SG baru baca kes pelakon ni. Byk hal juga yg berlaku. Sayang starting dia pelakon dah cerah future n ...
zuuu replied at 10-2-2024 01:15 PM
Aq penah layan drama dia love h20 tu,rugi la dia sndri yg wat hal knowing netz china camne,hero dia ...
zuuu replied at 10-2-2024 01:15 PM
Aq penah layan drama dia love h20 tu,rugi la dia sndri yg wat hal knowing netz china camne,hero dia ...
monsterwife replied at 27-2-2024 04:38 AM
Yang Yang pun famous you
Dah tengok who rules the world & the avatar?
zuuu replied at 28-2-2024 12:16 PM
Who rules the world dah,avatar belum lagi,yang yang ni lebih sesuai blakon dalam drama moden,dalam ...
zuuu replied at 28-2-2024 12:16 PM
Who rules the world dah,avatar belum lagi,yang yang ni lebih sesuai blakon dalam drama moden,dalam ...
ADVERTISEMENT