CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Perempuan IPTA Ditahan Sembunyi Kelahiran, Bayi Meninggal Dunia

5-3-2024 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8961| Komen: 42

Description: KEMAMAN – Hasrat seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyembunyikan kelahiran bayi luar nikahnya tidak kesampaian apabila dia mengalami pendarahan serius sehingga memerlukan rawata ...



KEMAMAN – Hasrat seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyembunyikan kelahiran bayi luar nikahnya tidak kesampaian apabila dia mengalami pendarahan serius sehingga memerlukan rawatan di sebuah klinik kesihatan di daerah ini hari ini.

Pelajar perempuan berusia 22 tahun juga ditahan polis kerana disyaki memberi maklumat palsu berhubung kelahiran bayi lelaki yang sudah meninggal dunia terbabit.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pada mulanya pelajar sebuah IPTA di Kuala Nerus itu mendakwa telah melahirkan bayi di sebuah rumah di daerah ini pada pukul 2 pagi tadi.

“Begitupun pegawai perubatan klinik kesihatan meragui keterangan tersebut apatah lagi bayi lelaki berkenaan tidak dibawa bersama sebelum memaklumkan kes itu kepada pihak polis.

“Hasil soal-siasat polis, gadis tersebut akhirnya mengaku melahirkan bayi tersebut di sebuah tandas sebuah rumah di Paka, Dungun sebelum ditemui kakaknya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.


Hanyan berkata, bayi dilahirkan suspek kemudiannya dibawa ke klinik kesihatan berkenaan namun disahkan sudah meninggal dunia.

Tambah beliau, sewaktu dibawa ke klinik kesihatan, bayi lelaki itu dibalut dengan kain putih yang diselaputi pasir.

“Suspek mengaku menipu lokasi kelahiran kerana malu dan takut perkara tersebut diketahui kedua ibu bapanya yang merupakan pegawai perubatan.

“Dia juga mengaku telah terlanjur dengan teman lelakinya sehingga hamil pada tahun lalu,” katanya.

Hanyan berkata, mayat bayi telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut manakala ibunya pula menerima rawatan di wad hospital sama.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 2-3-2024 09:06 AM
Sila tangkap jantan tu sekali.
Quote manopBKK 2-3-2024 09:07 AM
Wauuuu... Kemaman. Ni mesti jarum2 liberalisme & pengkid yg berpakaian seperti lelaki kaaannnnnn?

Setazah kentot faraj nak komen tak? Ko ghaser?
Quote Tumpang-Sibok 2-3-2024 09:12 AM
Kerajaan isleiiiii


Quote zehra2 2-3-2024 09:39 AM
sedihnya.. ko tk.boleh fikir ke sepanjamg 9 bulan ko bawak perut tu hanya semata² nk lahirkan bayi ntah dimana sampai bersalut pasir. kenapa ko tak bunuh je dia masa mula mengandung dulu? bukan nya ko.oku pun
Allah swt tunjukkan jugek apa yg ko rasa malu tu pada dunia. sayang nya baby dah
mati..
Quote tumpanglalu74 2-3-2024 10:34 AM
Dengarnye makpaknye duktur..
Quote Carcosa 5-3-2024 11:28 AM
Bersedap2 berdua. Yg merana menanggung malu, engkau sorang. Yg paling kesian, arwah baby.
Tapi bagus jugak, engkau dgn jantan sund tu, tak layak utk baby yg suci tu. Engkau 2 ekor patut bela taik kerbau
Quote babynina30 5-3-2024 11:43 AM
tumpanglalu74: Dengarnye makpaknye duktur..


Clue terlalu jelas , rkyt sekitar mst senang je nak carik sape lakibini duktur , dlm late 40s or early 50s
Quote Thunderclouds 5-3-2024 12:17 PM
Pentingnya seggs edukesyen kt sekolah.
Dh 2024 baik lelaki baik pompuan xleh hadam apa jd bila sperma masuk serviks & btemu telo.

Kena tekankn bab mngesek, sexuality, apa tu pil perancang ngn komdom, reproductive organ segala mala kasi betul² hadam sebelum decide nk mngesek.
Bukan semata² melayan mereyam tu, tp hada informed decisions pasal seggs!

Jd gini nyesal pon tarak guna dh.
Quote Thunderclouds 5-3-2024 12:20 PM
Edited by Thunderclouds at 5-3-2024 12:21 PM
tumpanglalu74 replied at 2-3-2024 10:34 AM
Dengarnye makpaknye duktur..


Mungkin asal lulusan sam/sma (makpaknye)
Topik safe sex/sexuality tu taboo nk bincang ngn ank².
Rugi.
Betul2 konpiden ank² kalis napsu mereyam
Quote sambaldurian 5-3-2024 04:37 PM
Bg aku, klu dh terlanjur dgn boyfriend tu cuba 'simpan' je anak itu. Hasil suka sama suka kn, lain la klu kes jenayah rog.. Mmg la anak tu dh terputus nasab dgn balance kandung tp syg la. Dh la Msia ni makin rmi xnk kahwin ( yg x kahwin ni pulak je pndai tahan nafsu 'katil') so klu dpt selamatkan anak2 luar nikah ni, at least bertambah sikit penduduk Msia. Xkn nk suh rohingya pulak ramaikan. Nehi2.
Quote anony-mous 5-3-2024 05:57 PM
manopBKK: Wauuuu... Kemaman. Ni mesti ja ...


Kemaman pon dah moden skrg
Quote anony-mous 5-3-2024 05:59 PM
sambaldurian replied at 5-3-2024 04:37 PM
Bg aku, klu dh terlanjur dgn boyfriend tu cuba 'simpan' je anak itu. Hasil suka sama suka kn, lain l ...

Better jual je ank tu bg pd yg nk ank. I x setuju “simpan” n besarkan ank tu sbb i kesian ank2 yg kena membesar dlm family mcm ni. Yg tanggung lebih berat ank tu. nnti dah besar dia tgk tarikh nikah ank, binti dia etc, alahai kesian la. X sggup rasa. Mujur hat ni meninggal boleh direct ke syurga. Hidup atas dunia hujung2 ni pon lebih mudah buat dosa
Quote anony-mous 5-3-2024 06:00 PM
Thunderclouds replied at 5-3-2024 12:17 PM
Pentingnya seggs edukesyen kt sekolah.
Dh 2024 baik lelaki baik pompuan xleh hadam apa jd bila sperm ...

Dah ajar kan semua uols sebut tu masa tingkatan 3.
Quote Tiggybiru 5-3-2024 09:16 PM
Allahu..
Quote missyL 5-3-2024 10:13 PM
Senang sunggoh mereka2 yg beranak scara haram ni beranak..
Iols masih trauma beranak..
Senang2 je beranak kt tandas.
Kt semak
Kt rmh..

Kesian bby x berdosa tu.

Rasenye dua2 akan menanggung akibat smpi akhir hayat
Quote jeruklimau 6-3-2024 06:32 AM
Ye.. Kat kejiranan i dulu pun ada berlaku mcm ni. Dh 8 bulan perut x boleh sorok baru parents tahu. Yg bagus pak2 sedara g cari jantan tu.. Angkut.. Paksa suh bertanggungjawab. Lepas bersalin.. Menikah keduanya. Dpt baby girl.. Jadi mak bapak suh serah kt org lain supaya bila budak tu dah besar nanti tak jadi hal nak kahwin bila guna wali hakim  dia sendiri pun takkan tahu bahawa dia anak luar nikah... kecuali kalau ada yg bodoh nk buat drama kol 7 pegi bagitau pulak suh cari mak bapak kandung.
Quote KamikuP 6-3-2024 09:42 AM
Ingatkan anak polis rupanya anak duktur
Quote Kitty_catz 7-3-2024 07:27 PM
manopBKK replied at 2-3-2024 09:07 AM
Wauuuu... Kemaman. Ni mesti jarum2 liberalisme & pengkid yg berpakaian seperti lelaki kaaannnnnn?

...

setajah kentot fefek bizi la youuu

kan bis makan katup tu.. mesti nak settle memachiammmm

blom kes nagis tepi bucu katil tak abes lagi sbb kena scam ngan maulana padang pasir berdengungggg
Quote Kitty_catz 7-3-2024 07:29 PM
Thunderclouds replied at 5-3-2024 12:17 PM
Pentingnya seggs edukesyen kt sekolah.
Dh 2024 baik lelaki baik pompuan xleh hadam apa jd bila sperm ...

biasa la kuman seberang kat london paris nuyok nampak aje set2 ni tp bapak dinosour depan mata ni buat2 buterr...

takyah masuk club cucuk2 atap pun leh terpekenn tawwwww

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.078425 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top