CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Kelantan Suka Senyum Dan Kuat Bekerja, Miliki Purata Jangka Hayat Lebih Panjang Berbanding Lelaki

29-2-2024 01:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7333| Komen: 59

Description: KOTA BHARU - Wanita Kelantan sinonim murah dengan senyuman selain memiliki purata jangka hayat yang lebih panjang iaitu 74.8 tahun berbanding lelaki 69.5 tahun.


KOTA BHARU - Wanita Kelantan sinonim murah dengan senyuman selain memiliki purata jangka hayat yang lebih panjang iaitu 74.8 tahun berbanding lelaki 69.5 tahun.

Exco Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Kelantan, Rohani Ibrahim berkata, berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), populasi rakyat Kelantan adalah 1.86 juta (anggaran tahun 2023) yang terdiri daripada 50.2 peratus lelaki dan 49.8 peratus wanita.



Menurut beliau, dari segi julat umur rakyat Kelantan mereka yang berusia baru lahir hingga 14 tahun ialah seramai 29.5 peratus, 15 hingga 65 tahun sebanyak 63.8 peratus manakala 65 tahun ke atas adalah 6.7 peratus.


“Dari segi jangka hayat penduduk Kelantan, wanita lebih panjang umur kerana mereka sentiasa ceria, suka senyum dan kuat bekerja.

“Selainnya, mereka sangat menjaga pemakanan dengan melebihkan makan ulam-ulaman dan kaum ibu juga patuh pada amalan berpantang selepas bersalin,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Watikah Lantikan Majlis Perundingan Wanita Kelantan, di sini pada Rabu.

Menurut beliau, wanita Kelantan yang berusia dianggap masih sihat dan produktif untuk bergerak dalam masyarakat dengan kapasiti masing-masing.

Menyedari hakikat itu, pihak kerajaan negeri Kelantan merencana pelbagai program untuk memastikan kebajikan golongan tersebut sentiasa terjaga.

“Kelantan mempunyai dasar warga emas yang menjadi antara kaedah dan pelan berstrategi untuk ‘mengasuh’ atau cakna terhadap mereka.

“Kerajaan Kelantan juga berperanan dalam memudahkan lebih banyak kewujudan rumah-rumah orang tua sebagai tempat perlindungan mereka yang sudah berusia,” katanya.

Sementara itu, pada majlis tersebut seramai 34 ahli Majlis Perundingan Wanita Negeri dan 438 ahli Majlis Perundingan Wanita Parlimen menerima watikah untuk tempoh sidang ke-6 (2023-2025).

Tambah Rohani, lantikan itu ialah langkah progresif dalam memberikan penekanan kepada pentingnya peranan wanita dalam pembangunan negeri dan masyarakat.

“Majlis ini akan menjadi medium efektif dalam merangka dasar-dasar yang menyokong perkembangan dan kesejahteraan wanita di Kelantan,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AkokKocik 29-2-2024 01:39 PM
Memang pmpuan klate kuat kerja krn lelaki diorg byk bewak...isteri jiran kakak aku sepagi lagi kluar rumah kerja becari duit manakala sominya bgn pagi pukul 12 tgh hari...lepas tu jln keliling kmpung melawat kawasannya.
Quote Thunderclouds 29-2-2024 02:38 PM
Dh celik mata duduk matuk, sambung tdo.
Celik mata lepak kedai kopi nnt blk umah menyelongkar blk dapo, kuo blk lepak kedai kopi dh nk gorib baru nampak byg.
Kengkadang mlm lesap xto ke mana.
Yg depa tau bila lapar ada tersedia mknan ngn baju bersih. Ada tu sampai kna letak air basuh tgh atas meja.
Nasi kna kautkn siap², sudah mkn pinggan tinggal ja ataih meja.
Kalo boleh berak pn nk bini yg cebok.
Satu jari pn pyh nk angkat guna ringankn beban bini.
Mmg ler cepat mampus.
Doa isteri ni tiada hijab tau.
Quote ifanonline 29-2-2024 02:39 PM
bukan sahaja suka senyum, tetapi buah dada lebih besar kesan dr memakan budu setiap hari
Quote alianamartin 29-2-2024 02:45 PM
Nice Post
Quote nw111 29-2-2024 04:10 PM
Ingatkan jangka hayat pendek sbb suka sangat makan manis... kawan2 pompuan sskjp I semua kuat mkn manis
Quote tripleid 29-2-2024 04:43 PM
Nenek2 kat jepun hidup smpai umo lebih 100tahun tak kecoh pon
Quote AkokKocik 29-2-2024 04:49 PM
Thunderclouds: Dh celik mata duduk matuk, sam ...




Quote OshinDaSolja 29-2-2024 05:55 PM
suka senyum tu maybe tak berapa betul...rmai jugak muka ketat...tambah2 klau taw kita org luar...
Quote Jajuli 29-2-2024 06:38 PM
Edited by Jajuli at 29-2-2024 06:48 PM

Memang faktanya perempuan lagi panjang umur dari lelaki, bukan kelantan je, lihat sekeliling kita berapa ramai  perempuan menjanda sebab kematian suami, lagi satu sgt jarang kedengaran perempuan mati sebab sakit jantung ,contoh retis malaysia mostly yg sakit kronik ni lelaki , kalau satu tahun tu yg ramai meningal pun lelaki, ruminah sidek, sarimah  tu sejak zaman p ramlee dah ada, alhamdulillah sihat lagi sekarang
Quote cm_vungtau 29-2-2024 07:09 PM
Dah kena kerja kuat, maunyer tak hidup panjang
Quote ninja boy 29-2-2024 07:53 PM
Hidup panjang tu kena bekerja
Quote MissYouSayang 29-2-2024 08:04 PM
Pompuan kelate mmg rajin bekerja bukan faktor utama tok laki pemalas tp sebb minat nk bkerja... Jenis takleh goyang kaki, ade je benda nk buat
Quote Tinot7 29-2-2024 08:36 PM
Apa amalan berpantang lepaih bersalin ni?



“Selainnya, mereka sangat menjaga pemakanan dengan melebihkan makan ulam-ulaman dan kaum ibu juga patuh pada amalan berpantang selepas bersalin,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Watikah Lantikan Majlis Perundingan Wanita Kelantan, di sini pada Rabu.
Quote nolya 29-2-2024 09:23 PM

Terasa sakit hati dicarik, Bagai disiram racun berbisa
Senyuman manis, jelingan melirik, Manakan hati tak dikocak rasa
Quote Jitu 29-2-2024 09:41 PM
ifanonline replied at 29-2-2024 02:39 PM
bukan sahaja suka senyum, tetapi buah dada lebih besar kesan dr memakan budu setiap hari

ewww ko ni ipan tak habis2 mcm gila seks je
Quote Jitu 29-2-2024 09:43 PM
OshinDaSolja replied at 29-2-2024 05:55 PM
suka senyum tu maybe tak berapa betul...rmai jugak muka ketat...tambah2 klau taw kita org luar...

sbb uols pompan klu dgn lelaki menggeletis sis
Quote kakikuDibibirmu 29-2-2024 10:30 PM
Senyum manis pung tapi bau budu bakpe
Quote ultra78 1-3-2024 07:29 AM
Kenapa tak letak gambar hiasan Neelofa makan pizza?
Quote ifanonline 1-3-2024 09:08 AM
Jitu replied at 29-2-2024 09:41 PM
ewww ko ni ipan tak habis2 mcm gila seks je

seks baik utk kesihatan...

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

22-4-2024 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.053741 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top