CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanggung Banyak Kerugian Setiap Bulan, Kafe Terpaksa Ditutup. Review Minta Ustazah Asma’ Harun Perbaiki Servis – “2 Jam Kami Tunggu Makanan”

28-2-2024 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 973| Komen: 0



Pendakwah terkenal yang dikenali sebagai ustazah Asma’ Harun baru mengumumkan penutupan restoran miliknya, Momen Kafe yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.

Ujar penceramah bebas berusia 40 tahun itu, pihaknya menanggung kerugian yang banyak setiap bulan sejak ia dibuka setahun yang lalu.

Susulan itu, tular pula tangkap layar mempamerkan reviu orang ramai yang pernah berkunjung ke restoran tersebut dan merasai makanan yang dijual.

Menerusi hantaran di Twitter itu, Momen Kafe hanya mendapat 3.4 rating di Google dan ramai yang memberikan reviu dilihat berkongsi pengalaman tidak memuaskan masing-masing.

Seorang individu mencadangkan agar Asma’ memberi lebih perhatian kepada bahagian dapur kerana makanan diberikan tidak memuaskan.

"Macam mana harga nasi beriani RM22 tapi yang dihidangkan ke kami nasi yang sejuk?"



Sementara itu, ada yang memberikan komen tentang servis daripada pekerja restoran berkenaan di mana mereka menunggu makanan terlalu lama.

Meskipun akui kedai tersebut cantik dan selesa namun seorang individu tidak memberikan rekomendasi untuk orang lain datang mencuba makanan di restoran itu.

"Kami yang dah sampai lama ni tunggu makanan hampir 2 jam, yang abru sampai 20 minit dah dapat makanan. Boleh improve la servis dan bahagian dapur tu."



Berdasarkan tangkap layar yang tular itu, kebanyakan pengunjung dilihat melalui pengalaman yang sama iaitu menunggu makanan terlalu lama.



Tinjauan kami mendapati seramai 79 individu telah memberikan reviu mereka tentang restoran itu namun tidaklah semua melalui pengalaman yang sama.

Terdapat beberapa pengunjung yang memberikan reviu positif dan memuji restoran tersebut daripada segi rasa makanan, portion dan keselesaan.

SUMBER : Twitter/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.029806 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top