CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Singapura Diberkas Tinggal Lebih Masa Sejak 2011

27-2-2024 08:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5112| Komen: 21

Description: JOHOR BAHRU – Tindakkan seorang lelaki warga Singapura tinggal lebih masa di negara ini sejak 2011 berakhir apabila dia antara lima warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam Op ...


JOHOR BAHRU – Tindakkan seorang lelaki warga Singapura tinggal lebih masa di negara ini sejak 2011 berakhir apabila dia antara lima warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam Ops Bersama yang dijalankan semalam.

Pengarah JIm Johor, Baharuddin Tahir berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Jalan Wadihana di sini.

Menurutnya, lelaki itu ditahan bersama seorang lelaki Bangladesh.

“Tindakan diambil susulan aduan awam berhubung kegiatan membina struktur kedai di atas rizab awam tanpa kebenaran dan kewujudan warga asing di Jalan Wadihana, Johor Bahru.

“Hasil pemeriksaan operasi tersebut mendapati seorang lelaki warga Singapura berusia 34 tahun telah tinggal lebih masa sejak 2011. Turut ditahan di lokasi sama seorang lelaki warga Bangladesh kerana melanggar syarat pas yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Dalam operasi di sekitar Pasir Gudang pula, JIM telah menahan dua lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki warga Pakistan kerana tidak memilikisebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.

Beliau berkata, kesemua mereka dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.

Mereka turut melakukan kesalahan dibawah Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang ditetapkan.

Ujarnya, sebanyak satu notis untuk hadir ke pejabat dikeluarkan kepada individu dalam operasi tersebut bagi membantu siasatan.

“Kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut,”katanya. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 27-2-2024 08:53 AM
Bukab ker singaporean ckp malaysia ni xmaju mundur, xder kelas...pehalll ko nk tinggal lebih masa kat sini?
Quote epullipan 27-2-2024 09:39 AM
msdummy.2018 replied at 27-2-2024 08:53 AM
Bukab ker singaporean ckp malaysia ni xmaju mundur, xder kelas...pehalll ko nk tinggal lebih masa ka ...

kiasu2 yg banyak mengutuk kan..yg tinggal lebih masa ni bangsa apa tu
Quote honeybee1802 27-2-2024 09:43 AM
Aihhh...masuk secara haram...tinggal tanah haram...
Quote 3chanceno 27-2-2024 10:05 AM
Lamanya duduk mesia tapi tak kena tangkap...mungkin mak ke bapak dia asal mesia, jadi dia nie duk jb sesuka hati..
Quote shernazz 27-2-2024 10:17 AM
Pandai cakap Bahasa melayu tak?
Quote msdummy.2018 27-2-2024 11:26 AM
epullipan replied at 27-2-2024 09:39 AM
kiasu2 yg banyak mengutuk kan..yg tinggal lebih masa ni bangsa apa tu

Pas tuh sb isi minyak kat malaysia, beli belah kat msia...ko dh kenapa kannn...why nk downgrade nyopping kat tempat kasta rendah kannn...xreti malu ker? Ha gituuu aku memerli
Quote Decaffeinated 27-2-2024 11:50 AM
Tak boleh survive di negara sendiri la tu.

Jangan play victim jaja cerita ko kena evict tanah nenek moyang kena rampas minta simpati dunia pula ya.
Quote Decaffeinated 27-2-2024 11:52 AM
shernazz replied at 27-2-2024 10:17 AM
Pandai cakap Bahasa melayu tak?

Mestilah pandai. Patut ko tanya pandai BI tak.

Quote stingergrumpy 27-2-2024 11:56 AM
Altantuyar sampai keliang lahad rekod kemasukheun ke malaya tak ada .....
Quote jfq 27-2-2024 12:50 PM
Umur 34
Dah dok sini sejak 2011
Makna since he was 21 yrs old
Quote Perawankota 27-2-2024 12:55 PM
Agaknya dia ingat Singapore masih dalam Malaysia kot
Quote nazurah 27-2-2024 01:05 PM
imigresen ni time rakyat tak bayar cukai, ada hutang boleh plak link dengan sistem dia.
tp warganegara asing masuk tak keluar2... takde pulak rekod ya?

kat kilang i ni... operation waste pun kita kira, production belum jalan kita dah kira projected waste berapa... supaya takde orang boleh cilok dan jual kat luar.

apesal kerajaan yang ada sumber yang banyak, tak mampu nak wujudkan sistem yang efficient?
Quote Skuau 27-2-2024 03:39 PM
stingergrumpy replied at 27-2-2024 11:56 AM
Altantuyar sampai keliang lahad rekod kemasukheun ke malaya tak ada .....

pelik..rekod keliang lahad..ada tak?
Quote Ahriman 27-2-2024 04:49 PM
msdummy.2018 replied at 27-2-2024 08:53 AM
Bukab ker singaporean ckp malaysia ni xmaju mundur, xder kelas...pehalll ko nk tinggal lebih masa ka ...


Demi mencekik subsidi,sanggup telan ludah sendiri.
Quote tikusmontok 27-2-2024 04:53 PM
Sepet2 dari prc yg nyorok di sini bila nak tgkp?
Quote Firenzza 27-2-2024 05:31 PM
X balik raya kt kg ke?
Quote OshinDaSolja 27-2-2024 05:49 PM
kes terpencil ni...kena check criminal record dia kt sana... sbelum kena sentence, dia gerak cepat2 ke sini dan take shelter (maybe masuk secara haram by swimming/paddling ?? ) who knows... contohnya kt area The Veil Puteri Harbour tu dekat betul dgn Singapore,mcm sungai je...
Quote stingertaikjubo 28-2-2024 12:20 PM
lamanya.....sampai gundu
Quote domestobot 28-2-2024 03:44 PM
kalau Cina dikata tinggal lebih masa, kalau Bangladesh boleh lak dipanggil "PATI"

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.052508 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top