CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Pasar Malam Maut Kemalangan Di LPT Dalam Perjalanan Ke Program RXZ Fighter

2-3-2024 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5888| Komen: 15

Description: Maran: Peniaga pasar malam yang dalam perjalanan ke program RXZ Fighter Gathering di Kuantan, Pahang maut selepas terbabas di Kilometer 166.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) hari ini.



Maran: Peniaga pasar malam yang dalam perjalanan ke program RXZ Fighter Gathering di Kuantan, Pahang maut selepas terbabas di Kilometer 166.6 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) hari ini.

Dalam kejadian 10.55 pagi itu, Muhammad Lokman Abdul Aziz, 29, dari Kampung Talang Masjid, Kuala Kangsar, Perak yang menunggang motosikal Yamaha RXZ maut di lokasi kemalangan.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum melanggar besi penghadang jalan.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa bersama 14 rakan berkonvoi dengan motosikal dari Kuala Kangsar menghala ke Kuantan bagi menyertai program berkenaan.

"Ketika kejadian, mangsa berada paling belakang konvoi berkenaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Mohamad Zamri berkata, mayat dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 2-3-2024 10:58 AM
Kalau tiap2 thn buat program ni.. tiap2 tahun la ada yg mati sbb nk attend prog..
Innalillahi wainna ilaihirojiun
Quote pearl.silver 2-3-2024 11:43 AM
Dlm tiktok ada video yg motor2 ni tgh wat aksi superman pastu langgar sesama swndiri pastu langgar kereta. Seb baik penunggang dah golek tepi, kereta tu gelek motor.
Quote Perawankota 2-3-2024 12:36 PM
Laju or mengantuk?
Quote Zazama 3-3-2024 12:42 AM
Akhbar online bahasa C pun gigih publish video mat motor aksi superman jatuh atas jalanraya di LPT tp rasanya video berkenaan bukan mangsa dlm artikel ini.
Quote sayurmayur88 4-3-2024 07:49 AM
salam takziah.
Quote ketambangkang 4-3-2024 07:59 AM
rasanya ni bukan yg superman kan..ni yg ada viral dashcam dr suami isteri, mmg motor ni bwk laju gile sampai hilang kawalan..dengar si empunya dashcam cakap "huiii lajuu nya"
Quote cikatilia 4-3-2024 11:35 AM
mmg bala jalan pi sana tup2 ada event
triple bala terus sesak gila x agak2
Quote BoongaKertas 5-3-2024 08:02 AM
ni ke yg 3 motor laju dari blkg lggr kereta sbb salah bajet ruang utk menyelit tu?
Quote Pumpkinhead 5-3-2024 11:30 AM
Innalillahi wainna ilaihirojiun
Quote kurga 5-3-2024 01:26 PM
ini yg dia rakam dia tgh bawak motor lepas tu kena bantai dgn lori dari belakang tu ke? dalam vid dia tu nampak lori tu dari jauh sampai la dekat dgn dia..
Quote downiey 6-3-2024 04:30 PM
Innalillahiwainnalillahirojiun
Quote gideoncross 9-3-2024 12:40 PM
pearl.silver replied at 2-3-2024 11:43 AM
Dlm tiktok ada video yg motor2 ni tgh wat aksi superman pastu langgar sesama swndiri pastu langgar k ...

Tu nmanya cri psl
Quote liyamariska 11-3-2024 06:58 AM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ,
Quote asfaz 11-3-2024 07:32 AM
kurga replied at 5-3-2024 01:26 PM
ini yg dia rakam dia tgh bawak motor lepas tu kena bantai dgn lori dari belakang tu ke? dalam vid di ...

Bukan rasanya sb berita tu ckp dia duk belakang. Yg tu dia depan nampak motor lain kat belakang. Warna moto mcm sama kan?. Lori tu dr jauh dah boleh nmpk dia bukan blind spot. Tiberrr g masuk laluan arwah.
Quote kurga 12-3-2024 03:05 PM
asfaz replied at 11-3-2024 07:32 AM
Bukan rasanya sb berita tu ckp dia duk belakang. Yg tu dia depan nampak motor lain kat belakang. W ...

betul.. itu lah..ingat org sama..sebab yg merakam dia naik motor then kena langgar lori tu mcm x berapa viral...nak tau jugak cerita sebenar..sebab ada kata kepalanya putus.. wallahuallam..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.048866 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top