CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Siasat Kenyataan Abdul Hadi Berhubung Kenyataan Bertajuk 'Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan'

5-3-2024 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5416| Komen: 8

Description: Kuala Lumpur: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang disiasat berhubung kenyataan bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' pada 20 Februari lalu.



Kuala Lumpur: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang disiasat berhubung kenyataan bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' pada 20 Februari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya, pihak polis bagaimanapun masih belum merakam percakapan Abdul Hadi atas faktor kesihatan tidak mengizinkan ketika ini.

"Kita (polis) telah buka kertas siasatan membabitkan kenyataan dikeluarkan beliau dan masih menunggu waktu yang sesuai untuk panggil dan ambil keterangan Abdul Hadi.

"Keterangan beliau (Abdul Hadi) masih belum diambil kita memandangkan keadaan kesihatan beliau yang tidak begitu baik," katanya, hari ini.

Semalam Harian Metro melaporkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan dibuat Abdul Hadi yang ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, ahli parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Raja-Raja Melayu.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi itu bertajuk 'Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan' pada 20 Februari lalu di laman web https://pas.org.my/.

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Sharafuddin, Datuk Muhamad Munir Bani, baginda menzahirkan dukacita menerusi surat yang diutuskan kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri bertarikh 27 Februari.

Antara intipati surat berkenaan, baginda menyifatkan Abdul Hadi yang membuat kenyataan terbuka di media sosial itu tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan baginda semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada 15 Februari.

Surat lima halaman itu juga menyebut, kenyataan Abdul Hadi bukan sahaja mengelirukan malah boleh membawa kegelisahan yang akhirnya boleh menjurus kepada perpecahan kepada perpaduan umat Islam khususnya dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerkentot 2-3-2024 09:29 AM

Maju bersama pitenahhhh


[youtube]v4bIvPYnDjI[/youtube]
Quote alesandra 2-3-2024 11:22 AM
cermin diri dulu la sblm nak menegur.bukan x boleh tegur
Quote nikaido 2-3-2024 12:11 PM
Jadi Duta xbuat apa, jadi Ahli parlimen xdtg parlimen.
Quote Apoo 2-3-2024 02:51 PM
nikaido replied at 2-3-2024 12:11 PM
Jadi Duta xbuat apa, jadi Ahli parlimen xdtg parlimen.

Indeed. Time jadi kerajaan, sibuk tutup parlimen sampai terlupa nak luluskan RUU355. Bila hilang kuasa, baru bising menyalak pasal ketinggian Islam.
Quote akusukaq 2-3-2024 04:20 PM
Letak jawatan jelahh....bagi yg lagi muda dan lebeh sehat plk
Quote Decaffeinated 2-3-2024 05:45 PM
Ada yang kata he's just doing what one has to do. Tegur and boleh balik tidur.
Quote B40tastePosh 2-3-2024 05:46 PM
Bila kalah politik camtu lah...terus diistihar nye kalah dalam semua perkara.
Quote stingerkentot 3-3-2024 01:34 AM
Sour grape tu simpan sikit lah walaun. Makin sewel semua sejak dua menjak ni. Sebab undang2 lompat parti ker dah tak boleh tebok atap sebab tu yg lelaki pun meroyan.....

Kahkahkahkahkah

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

22-4-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.166435 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top