CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya Pernah Kena Sindir, Artis Tua Main TikTok Sebab Dah Tak Ada ‘Job’ Sekarang’ – AR Badul Jelaskan Main TikTok Untuk Peminat

15-5-2024 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4925| Komen: 4

Description: Pengarah dan pelakon veteran, AR Badul menyifatkan pembabitannya yang aktif di TikTok bukan kerana menagih simpati disebabkan tiada ‘job’ (kerja), namun sekadar mahu melayan peminat-peminatnya.

Pengarah dan pelakon veteran, AR Badul menyifatkan pembabitannya yang aktif di TikTok bukan kerana menagih simpati disebabkan tiada ‘job’ (kerja), namun sekadar mahu melayan peminat-peminatnya.

Menurut AR Badul, dia tidak sangka mempunyai 95,000 pengikut di TikTok. Ujar Badul, dia mula aktif bermain TikTok sejak tahun lalu selepas viral berita mendakwa dirinya sudah meninggal dunia.

"Ketika itu, ada seorang rakan artis mengajak bermain TikTok dan saya cuba. Tidak sangka, video yang biasa saja tapi ditonton kira-kira 40,000 orang. Dari situ, saya pun buka akaun TikTok sendiri."

"Kemudian, saya buat video yang tidak menceritakan langsung mengenai berita palsu kematian itu dan dapat lebih 200,000 tontonan. Sejak itu, saya selalu buat video TikTok sehinggalah akhirnya akaun itu disekat."

Tambah Badul, dia membuka akaun kedua selepas itu dan kembali melayan peminat seperti biasa.


"Saya pernah disindir, artis tua main TikTok sebab dah tak ada ‘job’ (kerja). Tapi, mereka silap kerana saya di TikTok itu untuk melayan peminat-peminat saya yang kebanyakan mereka berumur 40 tahun dan ke atas."

"Terus-terang, saya tidak cari (pengikut) yang muda-muda ini. Peminat saya adalah mereka yang tengok wayang saya dari kecil, tengok filem saya sampai ke tua dan kalau kerja askar itu, dah pencenlah."

Berbicara lebih lanjut, Badul memberitahu dia tidak lupa untuk berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan menerusi ‘gift’ (hadiah) diterima daripada pengguna media sosial lain sebagai sedekah.

"Kalau ada dapat ‘gift’, tak semua saya ambil. Contoh, jika dapat ‘gift’ RM1, saya bahagikan tujuh peratus saya ambil dan tiga peratus lagi disedekahkan kepada mereka memerlukan. Saya pun tidak paksa orang untuk bagi ‘gift’."

"Apapun, saya bersyukur pada usia yang dah nak hujung-hujung ini, saya dapat kumpulkan kira-kira 95,0000 pengikut di akaun TikTok. Ia pastinya bukan jumlah yang mudah dikumpul oleh artis veteran seperti saya, tapi dapat dilakukan."

Sumber: Harian Metro/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 15-5-2024 02:29 PM
alaa... yg top tersohor siti nurhaliza dulu pon main tiktok ponen2 haterz kecam jugak...
ujong2 haterz2 ponen dan acik2 kepam itu lah yg bertungku layan tiktok 24 jam
Quote Burong_Hantuk 15-5-2024 02:30 PM
dah tua2 ni better pegi masjid tok...
Quote Mimo.mimo 15-5-2024 07:28 PM
Harapnya bukan sebab hadap gift lerr
Quote prettygood 15-5-2024 07:56 PM
jahat gila weh ckp kat org cmtuh.. agak2 ler ye pun org tua kot..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.036554 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top