uzmaz Publish time 9-10-2008 11:16 AM

Originally posted by kicaptigaayam at 21-9-2008 08:55 AM http://malay.cari.com.my/images/common/back.gif
salam semua...

nak tanya nih...aku baru dapat berita bapak aku his kidney dah almost 50% not working properly,kire teruk jugak la....and the doctor said if in 5 years dia tak control diet dia, ...

salam..
the main thing is please take medicine given by the doc...

secondly...nutrition..
ayah kicap tu dah renal impairment blom lagi renal failure..btw berape level creatinine, urea, potassium
ni diet org renal failure, so kalau dah impaired.. bleh amalkan cam ni

sayur hijau takleh makan byk sgt tau...kalau nak makan, rendam 2 hours dalam air, bile masak..makan sayurnye,kuah jgn ambil
buah2 yg kurang selamat-- limau/oren/pisang
ulam2 tak sesuai
sayur yg selamat...tauge, kubis, terung, lobak, timun, bwg, kacang hijau ( kekacang pun takleh byk gak)

makanan dalam tin,dadih,eskrem pun hati2

air..depend..tengok level elektrolit, keadaan tubuh ayah

ubat luar...jgn sebarang ubat....make sure kalau nak makan bawak ubat jumpe nephrologist sebab bila buah pinggang dah rosak,die tak bleh tapis toksin atau bahan yg dah dicerna..nanti berkumpul lak toksik dalam tubuh.

di samping tu DOA pada yg Esa.

hypnose_s Publish time 9-10-2008 12:22 PM

Reply #6 ebuzzcash's post

i'm with mod blackmore n mod arissa...

hello,
if u want to sell something,make sure u have the knowledge about it.
do u know what is kidney failure and what happened to the kidney?
and u still want to give lutein to the person...

haiya....

pls la...don't simply try to harm ppl ok...

ohno Publish time 9-10-2008 12:47 PM

Reply #11 rhae's post

hehe...selamat hari raya gaks
maaf zahir batin kalo ada slh silap
comey beruk u..
ternak ke :lol:

rhae Publish time 9-10-2008 02:33 PM

Reply #14 ohno's post

off topic mu nih

ye.. slamat ari raya
bukan ternak la beb, klon jer:$


n btw its not beruk, its baby org utan

bRaBus_23 Publish time 3-11-2008 11:43 PM

lemah buah pinggang

salam ..

mintak pendapat mana leh dapat ubat untuk menguatkan buah pinggang kita ..

untuk pengetahuan kita ni maha penakut nak jumpa doktor. 2 hari lepas buat refleksologi & dia cakap kidney kita weak.. memang lower back kita kekadang rasa lenguh & sakit ...

dia kata kat farmasi ada jual .. boleh tolong bagi list tak

thanks

jebeng Publish time 3-11-2008 11:50 PM

huhu..better jumpe doc la..leh kenal pasti punca sbnar...kdg2 leh tnye gak kat doc best medicine yg leh dibeli di farmasi...mesti die bg prescription nyer....huhu



pendpt je.. :)

bRaBus_23 Publish time 4-11-2008 09:36 AM

tu lah dia .. kita ingat nak pi jumpa doktor dulu la. Nanti kalo pandai2 beli kena sakit lain pulak ..

biasanya boleh dapat tau betul ke tak melalui urine test kan ?

drm Publish time 6-11-2008 12:39 PM

Buah pinggang

Ada forumer yang tanya berkenaan sakit buah pinggang jadi saya selitkan maklumat disini untuk kebaikan bersama.

Sedikit mengenai anatomi buah pinggang.

Kita mempunyai 2 buah pinggang yang terletak di bawah otot pernafasan utama iaitu diaphragm dan pada bahagian belakang ruang abdomen. Buah pinggnang kiri terletak dibelakang perut manakala buah pinggang kanan terletak di bawah hati. lokasi buah pinggang boleh dikenal pasti dengan mencari tulang rusuk paling bawah dan mengikut perjalanannya ke belakang sehingga bertemu tulang belakang. Ruang dibawah pertemuan kedua2 garisan ini adalah tempat terletaknya buah pinggang.

Buah pinggang telah dicipta oleh Allah sebagai organ penapis yang begitu komplex dan efficient. buah pinggang akan membuang bahan bahan yang tidak diperlukan oleh badan sebagai air kencing dan menyerap semula bahan2 yang diperlukan oleh badan. Keseimbangan garam (elektrolit) dan acid-base yang sangat penting untuk memastikan badan berfungsi dengan baik semuanya dikawal oleh buah pinggang. Oleh kerana buah pinggang menapis darah, bahan2 toxic juga ditapis dan dibuang dari tubuh sebagai air kencing. Oleh kerana itu buah pinggang sentiasa bekerja keras dan sentiasa menghadapi serangan dari bahan2 toxic dalam darah.

Oleh kerana manusia dikurniakan dengan sepasang buah pinggang, seseorang itu masih dapat hidup dengan normal dengan 1 buah pinggang yang berfungsi. Apabila kedua2 buah pinggang rosak maka fungsi buah pinggang perlu dijalankan oleh mesin dialysis.

kerosakan buah pinggang boleh dibahagikan kepada:
1) kerosakan akut (acute renal failure atau ARF): jika dirawat awal mungkin boleh sembuh seratus peratus
2) kerosakan kronik (chronic Renal Failure atau CRF): dimana lama kelamaan pesakit akan memerlukan dialysis
3) Kerosakan akut diatas kerosakan yang telah kronik (acute on chronic renal failure)

Antara punca2 utama kerosakan buah pinggang termasuk:
Kencing Manis,
Darah tinggi,
jangkitan kuman,
trauma
penyakit autoimmune (penyakit dimana antibodi seseorang menyerang organ sendiri),
Batu karang
Ubat2 samada diberi oleh doktor atau herba2 dan lain2 toxin
polycytic kidney/ketumbuhan lain


Simtom dan tanda penyakit buah pinggang:
Oleh kerana fungsi buah pinggang begitu efficient simtom penyakit buah pinggang selalunya dialami apabila penyakit telah advance (iaitu tahap yang teruk). Sebelum itu penyakit ini memang susah dikesan.
Sekiranya sakit disebabkan oleh jangkitan kuman simtom utama merupakan sakit berterusan pada bahagian buah pinggang, demam panas, sakit semasa kencing dan kencing berdarah. Batu karang juga menunjukkan simtom seperti jangkitan kuman tetapi selalunya sakit tidak berterusan tepati datang berulang-ulang dan selalunya tidak demam. Tanda paling awal kerosakan buah pinggang disebabkan kencing manis ialah microalbuminuria (kehadiran microalbumin dalam air kencing dan ini dapat dikesan melalui ujian air kencing.

simtom2 CRF selalunya disebabkan oleh kandungan urea yang tinggi dalam darah (selalunya dikatakan darah kotor kerana urea merupakan bahan kumbahan yang perlu di buang). Antara simtom2 nya termasuk, kurang selera makan, loya dan muntah, gatal seluruh badan, mulut dan peluh berbau hancing, jumlah kencing seharian yang kurang dan pesakit kurang sedar. Doktor sering dapat mengenal pasti seseorang yang mengalami CRF dengan melihat wajah dan warna kulit seseorang kerana berlaku perubahan pada warna kulit dan juga kehadiran tekanan darah yang tinggi. Peringkat seperti ini selalunya memerlukan dialysis terutama jika seseorang tidak dapat menghasilkan air kencing kerana air yang berlebihan boleh melimpah ke paru paru apabila jantung tidak dapat menampung pertambahan air badan. Pada waktu ini orang tersebut akan mengalami sesak nafas dan merupakan kecemasan perubatan.

Untuk mengetahui fungsi buah pinggang saudara/saudari boleh melakukan ujian darah dan air kencing dan doktor dapat memastikan fungsi buah pinggang saudara terutamanya kandungan creatinine dan urea dlm darah. Ujian yang paling tepat merupakan creatinine clearance yang mengkaji bagaimana buah pinggang menapis creatinine dalam darah. Ujian-ujian seperti ultrasound dan CT scan dapat mengenal pasti samada terdapat masalah dari segi struktur iaitu samada saiz buah pinggang normal dan jika terdapat batu karang, cyst atau ketumbuhan. Jika seseorang menghidap CRF buah pinggang akan mengecut.

Cara-cara menjaga buah pingggang:
1) Elakkan penyakit kencing manis dan darah tinggi dengan pemakanan seimbang dan senaman
2) Elakkan pengambilan ubat tanpa rujukan doktor terutama pengambilan ubat tahan sakit yang mudah dibeli di farmasi/pasaraya
3) minum air yang telah ditapis sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
4)Mengelakkan toksin yang terdapat dipersekitaran terutama makanan seperti buah dan sayur yang disembur racun dengan memakan makanan organic

Mahathir

white_orkid Publish time 6-11-2008 01:33 PM

untuk yg da mengidap kencing manis, camner nak jaga buah pinggang nie... ada tips tak?

ummy43 Publish time 8-11-2008 09:02 PM

kidney mengecut . .

baru2 ni atok saya dikatakan kidneynye dah mengecut iaitu

ummy43 Publish time 8-11-2008 09:07 PM

Originally posted by white_orkid at 6-11-2008 01:33 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
untuk yg da mengidap kencing manis, camner nak jaga buah pinggang nie... ada tips tak?



ye la, ramai pengidap kencing manis menghadapi masalah buah pinggang, akibat dari
pengambilan ubat-ubatan dlm tempoh yg agak lama. Cam ne nak jaga ek, nak tau gak.

blackmore Publish time 9-11-2008 02:06 AM

Originally posted by drm at 6-11-2008 12:39 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Ada forumer yang tanya berkenaan sakit buah pinggang jadi saya selitkan maklumat disini untuk kebaikan bersama.

Sedikit mengenai anatomi buah pinggang.

Kita mempunyai 2 buah pinggang yang t ... ...thread merged...hopefully u will continue to provide us with more info here...:)

Baiz126 Publish time 16-3-2009 01:52 AM

Betul ke saya dgr orang cakap kalau kita makan grapes banyak sgt menyebabkan buah pinggang kita rosak

noyy Publish time 26-3-2009 03:56 PM

Balas #23 mamapea\ catat

baby saya masa dalam kandungan doktor scan mengalami multicystic dysplastic kidney disease.bila dia lahir, dan scan pun confirm ada MDKD nih.doktor suggest buat DMSA.saya macam serba salah dan takut bila dgn test guna radioaktif nih.apa sesiapa yg tau pasal MDKD nih dan DMSA test?.sekarang saya cuma berharap cysts dalam buah pinggang anak saya akan mengecut.dia baru umur 3 bulan. terima kasih

mizsela Publish time 6-5-2009 12:15 PM

24 hours urine test tue ape ek?leh bwat sendiri kt umah ke?

sepai_leman Publish time 10-5-2009 10:13 PM

salam sumer.saya adalah patient kidney failure chronic tahap 5 iaitu tahap yg tertinggi skali.
saya telah mengalami renal desease selama 12 tahun semasa mengandung anak sulung.syntom senang je,kencing kotor.tp cakap itu mgkn pembawakan budak.lps 6 mths tiada perubahan,buat byk test dan disahkan mengidap penyakit buah pinggang.

sekarang selepas 12 thn masih maintain sebagai pesakit buah pinggang.tp mental masih tidak dpt menerima hakikat yg sebenarnya.setisp ksli bslik dr hospital mesti menangis sbb dr dh bgtahu bila dijangka akan menjalani dialisis.

tp saya ada mengubah cara pemakanan saya.saya mengamalkan pemakanan yg berkhasiat.saya kira brp byk protien yg bleh diambil.seperti yg diwar warkan diatas saya tidak akan mempromosi apa yg saya amalkan unt pemakanan yg sihat tp sekiranya anda ingin mengetahui boleh pm saya.insya allah saya akan membantu .

yang buruk dtangnya dr saya ,yg baik datangnya dr Allah swt.

samasamalah kita berdoa agar kesihatan kita dapat dipulihkan....insya allah

mizsela Publish time 11-5-2009 02:14 AM

Balas #96 sepai_leman\ catat

kekadang saya takut...:'( ...saya berusaha untuk jdi tabah nie....
saya dah janji saya x kan nangis. walau apapun yang akan berlaku...:)

ya insyallah... kita berusaha... Allah yang menentukkan...

exora Publish time 11-5-2009 01:21 PM

Reply #96 sepai_leman's post

hi...boleh share ngan saya cara penjagaan makanan yang betul..

mizsela Publish time 11-5-2009 01:48 PM

Originally posted by Baiz126 at 16-3-2009 01:52 http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif
Betul ke saya dgr orang cakap kalau kita makan grapes banyak sgt menyebabkan buah pinggang kita rosak

bukan grapes=anggur

tp grapefruit...bentuk dia cm limau...orng slalu bakr b4 makan...

mizsela Publish time 11-5-2009 10:30 PM

macam2 dah kejayaan dlm jaga diet nie...ALhamdulillah
contoh

dulu mmg akan amik daging n ayam kalau ade...so sekrang pilih salah satu...or makan ikan je..kekadag makan tauhu je...
makanan ringan...
air minuman pun kawal..kalau beli air tue dok belek2 lame gler.;P ..xpun sng amik air mineral jak..
Pages: 1 2 3 4 [5] 6 7 8
View full version: Tentang Penyakit Buah Pinggang


ADVERTISEMENT