CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44755|Reply: 811

'Pinjaman Islam' sepatutnya tidak membebankan-Sistem perbankan Islam tidak zalim

  [Copy link]
Post time 16-1-2012 05:15 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by along3746 at 22-2-2012 14:59

'Pinjaman Islam' sepatutnya tidak membebankan

Oleh Saiful Mohamad Ghazali


MASYARAKAT Islam yang ingin membuat pinjaman melalui Islamic loan perlu berhati-hati dan teliti ketika menandatangani surat perjanjian jual beli dan pinjaman daripada bank komersil. Ada beberapa perkara yang kita tidak nampak atau tidak diberitahu secara jelas peraturan-peraturan yang ditulis yang kemudiannya akan menjadikan peminjam muflis 'dengan mudah.' Syarat seseorang diisytihar muflis oleh kerajaan Malaysia haruslah hutangnya lebih daripada RM30,000.

Secara sedar atau tidak sedar, perkataan 'Islam' yang dinamakan di dalam pinjaman juga boleh mengakibatkan 'si peminjam' kehilangan harta yang dimiliki walaupun harta tersebut mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada jumlah pinjaman jika dibandingkan dengan pinjaman secara 'konvensional'.

Bagi institusi perbankan di Malaysia yang mengamalkan pinjaman secara Islam, mereka akan melakukan 'akad' yang menyatakan jumlah pinjaman secara pukal (yang dimaksudkan ialah sejumlah pinjaman yang dikenakan kepada peminjam jika membayar secara ansuran hingga penghujung tahun pinjaman yang dipohon).

Dalam nota perjanjian juga ada menyatakan sejumlah pinjaman yang akan dibayar oleh si peminjam dari awal bulan ke bulan akhir tahun pinjaman tersebut. Di sinilah bermulanya 'masalah' yang ditanggung oleh si peminjam yang membuat pinjaman Islam 'jika' tidak memahami konsep Yahudi dalam bayangan 'Pinjaman Secara Islam'.

Perbezaan pinjaman 'konvensional' dan pinjaman secara Islam ialah akad. Pinjaman konvensional tiada lafaz akad. Dalam pinjaman secara Islam, apabila 'akad' dibuat, maka sejumlah pinjaman penuh disebutkan.

Contohnya, jika harga rumah yang dibeli adalah RM400,000 dan setelah dikira (mengikut kiraan 'Islam' bagi bank tersebut) maka jumlah pinjaman sebenar menjadi RM950,000. Maka si peminjam harus menyebut dan setuju untuk 'lafaz akad' menerima jumlah hutang sebenar itu (RM950,000) dan inilah yang dinamakan oleh pihak bank sebagai 'Pinjaman Berasaskan Islam'.

Perbezaan jika kita membuat pinjaman 'konvensional' dengan jumlah yang sama, kiraannya masih lebih kurang sama jika si peminjam membuat bayaran setiap bulan dan sehingga bayaran akhir.

Secara jelas, hutang harus dibayar. Malah agama Islam mewajibkan setiap umatnya menyelesaikan semua hutang-piutang yang dibuat 'jika mampu' untuk membayarnya walaupun secara beransur-ansur.

Saya mempunyai rakan - seorang usahawanita yang berjaya meyakinkan pengilang dan pembeli dari luar negara untuk berurus niaga dengannya. Perniagaannya berjalan hampir lima tahun tanpa memerlukan pinjaman dari mana-mana bank.

Oleh kerana untuk bersama-sama memartabatkan kewangan Islam, usahawanita ini dan suaminya telah membuat pinjaman bagi membeli rumah yang diidamkan di sekitar Ampang, Selangor dengan harga sekitar RM400,000 dengan menggunakan tiga nama ahli keluarganya sebagai peminjam dan penjamin dengan bayaran bulanan RM1,700.

'Pinjaman perumahan secara Islam' di salah sebuah bank yang bukan dimiliki orang Islam itu nampaknya turut membebankan.

Bermula pertengahan tahun 2010, musibah telah menimpa peniagaannya. Dalam tempoh 12 bulan kebelakangan ini, akibat dari masalah kekacauan dan pemberontakan rakyat di negara rakan niaga usahawanita ini maka penghantaran barangan diminta dihentikan sementara sehingga negaranya stabil dan ini mengakibatkan usahawanita ini kehilangan punca pendapatan dan bayaran ansuran bagi pinjaman perumahan mula tertunggak serta tidak mampu untuk dibayar.

Namun, usahawanita ini tidak mengelak diri malah bekerjasama jika pihak bank menghubunginya. Oleh kerana masalah bayaran pinjaman sudah tertunggak hingga mencecah enam bulan, pihak bank menggunakan kuasa untuk mengambil tindakan memufliskan si peminjam, walaupun pinjaman tertunggak hanya kira-kira RM30,000. (syarat untuk tindakan memufliskan peminjam/penjamin).

Pihak bank telah bertindak memufliskan dua orang peminjam (anak dan suaminya yang namanya ada di dalam surat perjanjian) bagi pembelian rumah itu.

Ia juga atas 'kesilapan' usahawanita ini kerana tidak ke mahkamah bagi tujuan pembelaan, maka hukuman muflis telah dijatuhi ke atas dua penama dengan setiap orang dikenakan kadar muflis sebanyak hampir RM750,000 seorang atau bersama.

Persoalannya, pinjaman secara 'Islam' ini yang baru dibuat empat tahun itu dengan setiap bulan pinjaman telah dibayar, sehinggalah pada 12 bulan kebelakangan ini (bermulanya tertungak pembayaran pinjaman), apakah hutangnya sudah mencecah RM750,000?

Setakat pengetahuan saya, dalam perundangan Malaysia, rumah yang dibeli atas nama pinjaman haruslah dilelong terlebih dahulu. Setelah berjaya dijual, ditolak pula hutang dan 'jika' masih tidak mencukupi untuk menampung hutang yang berbaki, barulah diambil tindakan selanjutnya iaitu proses pembankrapan.

Namun, kes yang melibat usahawanita ini dilihat tidak adil kerana harga pasaran rumahnya adalah sekitar RM950,000.

Pihak Bank Negara Malaysia kena melihat kes ini dan dibuat kajian di atas sifat 'pinjaman perbankan Islam' ini. Apa yang kita fahami, pinjaman secara Islam agak susah untuk memufliskan peminjam. Apakah kerana ia ditadbir oleh bank yang dimiliki oleh bukan Islam, terma-terma perbankan mengikut syariah Islam boleh dimanipulasi?

Janganlah di sebalik ungkapan pinjaman secara 'Islam' tetapi berlaku tindakan licik institusi perbankan untuk merampas harta- harta orang Islam yang menghadapi masalah membuat bayaran balik pinjaman. Kepada bakal-bakal peminjam baru yang ingin membuat pinjaman secara Islam di bank, berhati-hatilah dan bacalah berulang kali surat perjanjian tersebut sebelum menandatanganinya.

*http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&;dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2012 05:18 PM | Show all posts
Aku tak percaya ada "Islam" di dalam institusi2 bank skarang. Siap ada yg introduce personal loan - pinjam RM10,000.. akad cakap bayar RM15,000.. bukankah itu riba namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 05:22 PM | Show all posts
Ini jawapan dari UZAR..

ADMIN : JIKA NAK HUJJAH DAN DALIL SERTA LAIN-LAIN, SILA DAFTAR POST GRADUATE ISLAMIC BANKING AND FINANCE DIPLOMA DI UIAM

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 05:22 PM | Show all posts
elok tukar nama lps ni.  letak je nama pinjaman kafir.  fefiling islamic.  tapi implemen lebih zalim dari konvensional. :@
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 05:23 PM | Show all posts
setakat main-main tukar istilah bagi bunyi arab, lepas itu pura-pura akad jual beli tanah yang tak tahu wujud ke tidak, dah la tu kalau 100 orang yang pinjam duit, jawabnya 100 orang la yang akan beli dan jual balik sekeping tanah maya yang sama...kalau takat tukar istilah macam itu makanya politik wang pun bukan rasuah lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 05:26 PM | Show all posts
lah... dah sistem perbankan yahudi islam ni memang dah lama orang tau sebab tu la orang perbankan dari eropah suka pasal dapat keuntungan lebih dari konvesional..dah la tu pelanggan depa pun yg banyak simpan duit pak2 arab..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2012 05:27 PM | Show all posts
islam dalam kertas sahaja..
pergi mampuslah dengan pinjaman pinjaman yang bertopengkan Islam :@
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 05:40 PM | Show all posts
1st thing first. ada ke product bank berasaskan "pinjaman" islam?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2012 05:41 PM | Show all posts
Sepatutnya memang tak membebankan. Tapi sekarang yang jadinya lain.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 05:43 PM | Show all posts
1st thing first. ada ke product bank berasaskan "pinjaman" islam?
ajie Post at 16-1-2012 17:40


tentu lah tiada, sebab dah ditukar kepada 'pembiayaan'..bagi suci sikit bunyi nya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 05:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by Keduarc at 16-1-2012 17:47

Cam xdak beza ngan Pinjaman biasa ja
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 05:45 PM | Show all posts
setakat main-main tukar istilah bagi bunyi arab, lepas itu pura-pura akad jual beli tanah yang tak t ...
cyclotron Post at 16-1-2012 17:23



    Diorang cakap 'pembiayaan peribadi' ni halal sbb konsepnya compensate dgn barang2 yg kita tak mampu beli. Tapi masalahnya mana barang tu? Kenapa awal2 dah set berapa 'keuntungan' atas apa yg dipinjam?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 05:48 PM | Show all posts
mcm malaysia nama aje negara islam . pinjaman pon sure tak 100% islam punya
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 05:51 PM | Show all posts
setakat main-main tukar istilah bagi bunyi arab, lepas itu pura-pura akad jual beli tanah yang tak tahu wujud ke tidak, dah la tu kalau 100 orang yang pinjam duit, jawabnya 100 orang la yang akan beli dan jual balik sekeping tanah maya yang sama...kalau takat tukar istilah macam itu makanya politik wang pun bukan rasuah lagi..
cyclotron Post at 16-1-2012 05:23 PM

Tula pasal. Masalahnya diorang ni tak mengikut tujuan sebenar yang nak menolong masyarakat.
Dalam otak semua fikir nak kaya jer.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 06:59 PM | Show all posts
'Islam' skang pun dah boleh jual....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 07:30 PM | Show all posts
Friday, 28 October 2011
MUFLIS OLEH PERBANKAN ISLAM
Saya telah membeli sebuah rumah dalam tahun 1996 dan dibiayai melalui pembiayaan Perbankan Islam BBA. Rumah tersebut terbengkalai sehingga kini dan hampir mustahil untuk dipulihkan.
Harga jualan kepada bank ialah RM95K (pinjaman) dan harga beli ialah RM237K dibayar secara tertangguh utk 25 tahun. Oleh kerana terbengkalai bank hanya telah bayar kepada pemaju RM40K. Manakala saya bayar kepada bank sebahagian daripada bayaran bulanan selama 7 1/2 tahun berjumlah RM32K.

Rundingan demi rundingan dengan bank, penyelesaian tidak diperoleh .. semua proposal ditolak. Terasa sangat dibuli oleh bank

Akhirnya pada awal bulan Okt. 2011, bank telah memfailkan notis saman. Awal bulan Nov. nanti saya kena hadir untuk sebutan kes. Bank tuntut RM213K untuk saya bayar (belum masuk kos-kos guaman). Melalui carian kes-kes di internet, nampaknya tidak berpihak kepada peminjam.

Jadi… rasa-rasanya saya akan dimufliskan ….. Niat dihati untuk bermuamalat mengikut syariah Islam … akhirnya menjadi mangsa kepada sistem Perbankan Islam yang rasanya belum matang bagi kes-kes terbengkalai. Jumlah terhutang tak logik langsung …hanya perpandukan kepada perjanjian yang telah dipersetujui masa memohon pembiayaan.

Zek
14/10/2011 at 5:04 pm


Bila pikir balik, mcm mana perbankan islam boleh 'beli' rumah yg belum wujud lagi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2012 07:33 PM | Show all posts
"barang halal x semesti nya murah..." <---
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 07:37 PM | Show all posts
Hehehe, Islam hanya pada nama... Business tetap mcm dulu gak... Hehehehe, cuma ada part yg diturunkan bagi mengaburi part lain yg dinaikkan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 08:31 PM | Show all posts
selagi Malaysia mengamal 2 jenis perbankan, konvensional & islamic, sampai bila2 pun tak boleh implement perbankan pure islamic... dimana boleh cannibalize conventional banking.  Tengok trend sekarang, awal2 dulu plannya cawangan Islamic Banking kebanyakan commercial bank sepatutnya operate own its own under its own autonomy, tapi lama2 conventional division terasa heatnya, sudahnya Islamic Banking div kena serap & kowtow pada conventional jugak.  

Lagi satu kalau dulu awal 2000, islamic loan fixed profit rate je, tapi sekarang ni "profit" rate dah boleh ubah sebijik macam interest rate.. dah boleh profit rate -2.0 la, -1.0 la.. so apa bezanya?... adakah dengan mengadakan akad dah cukup buatkan loan tu "islamic" loan?.. atau Syariah council sesuatu bank tu atau syariah council BNM kata produk tu "islamic"? aku dah tanya banyak pakar islamic finance, tapi explanation nya berpusing2.. sudahnya soalan tak terjawab.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2012 08:57 PM | Show all posts
Tersangatlah tinggi interest islamic loan ni compare ngan konvensional...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 5588 Replies : 26
Tok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-7!
doubleATok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-
Views : 11457 Replies : 108
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 260010 Replies : 6565
Paderi Kristian jual lot tanah di syurga harga USD100,boleh bayar melalui Visa, Master Card, Google Pay, American Express dan Apple Pay,pelan pembayaran ansuran.
YgBenarPaderi Kristian jual lot tanah di syurga
Views : 8313 Replies : 10
HATI-HATI DENGAN ORANG INI
hayrin86HATI-HATI DENGAN ORANG INI
Views : 27981 Replies : 171
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 6918 Replies : 21
Dulu Viral Sebab Ada 11 Anak, Pasangan Suami Isteri Ini Selamat Timang Cahaya Mata Ke-12.Tak tolak tambah anak
YgBenarDulu Viral Sebab Ada 11 Anak, Pasangan S
Views : 12378 Replies : 43
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 76451 Replies : 3164
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 117599 Replies : 1560
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 105316 Replies : 2904

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.725770 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list