CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

'Pinjaman Islam' sepatutnya tidak membebankan-Sistem perbankan Islam tidak zalim

  [Copy link]
Post time 17-1-2012 10:58 PM | Show all posts
Deen, hang punya penerangan memang mudah difahami.
Aku menantikan sambungannya.

P/S: Selamat menjamu selera.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2012 11:13 PM | Show all posts
Reply  Muntz

agree with u, muntz. my hubby said the same thing. perbankan 'islam' lebih mengania ...
aiharanaoki Post at 17-1-2012 16:44


jd pn ai beli rumah & kereta guna pinjaman konvensional ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 11:14 PM | Show all posts
mungkin ramai yg masih keliru dgn pembankan Islam ini. memang nampak seperti harga yg dipinjam itu lebih tetapi cara pelaksanaan 'pinjaman' itu mengikut hukum.

Kebanyakan system yg diguna adalah system Murabahah iaitu pembelian aset dari org ketiga. iaitu perjanjian yg kita nak beli barang tu tapi xda duit so kita meminta pihak yg ada duit itu membelinya dan kita membyr kepadanya. So ini adalah perjanjian kita dgn org yg ada duit tersebut. Org yg ada duit itu boleh menyatakan jumlah bayaran yg perlu dikenakan utk dia membeli barangan tersebut dan 'menyewa' atau menjualnya kepada kita. benda ini dibenarkan oleh Islam.

Contohnya, kita nak beli rumah, tapi tak ada duit, so kita pergi ke bank untuk meminta bank membelikan rumah tersebut. Bank tersebut menyatakan dia boleh membeli rumah tersbut dan kita perlu membayar jumlah yg lebih besar utk mendapatkan rumah tersebut secara ansuran atau menyewanya. Jika setuju dgn jumlah tersebut, baru lah bank membeli rumah tersebut atas nama bank dan menjualkan semula rumah tersebut kepada nama kita dgn jumlah yg baru.

sebab itu dalam hal ini kita boleh nego dgn pihak bank jumlah yg kita nak bayar. Hal ini dibenarkan berbanding dgn system konvensional yg ada skrg. Ini bukanlah satu riba tetapi kita membeli rumah 2nd hand berbanding rumah 1st hand yg dibeli oleh pihak bank.

utk menyetahui lebih lanjut dalam hal ini, boleh ikuti ulasan UZAR di sini
http://www.zaharuddin.net/index2 ... do_pdf=1&id=829

saya di negara Arab ini pun menggunakan system ini. kita berhak meminta pihak bank utk menurunkan harga belian sebelum akad dilaksanakan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 11:19 PM | Show all posts
tapi memang sukar dalam system kewangan di malaysia ini malah di dunia ini berdasarkan system konvensional. System kewangan Islam berada di bawah kawalan system konvensional, sebab itu ada permasalahan2 yg sukar utk system kewangan Islam ini berdiri sendiri.

Alangkah baiknya jika Dasar system kewangan sesebuah negara itu adalah berdasarkan system Islam, maka mudah utk melaksanakan semaksimum mungkin system kewangan Islam ini.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 12:32 AM | Show all posts
Post Last Edit by Maideen. at 18-1-2012 00:35
Deen, hang punya penerangan memang mudah difahami.
Aku menantikan sambungannya.

P/S: Se ...
Babai Post at 17-1-2012 22:58
Baik lah bai,


Oleh kerana "riba" itu yang membuat pinjaman itu jadi harom, maka "cerdik pandai" Islam  cuba untuk membuang "riba" itu. Dengan izin dan kehendak Allah jua mereka mendapat "idea".


Katakanlah ko nak pinjam RM100.00 dari Maideen dan Maideen setuju meminjamkannya dengan syarat ko bayar balik RM120.00. dengan cara ansuran 6xRM20.00.   Ko ada sebuah jam tangan. Kita buat transaksi berikut:


1. Ko jual jam ko itu kepada Maideen dengan harga RM100.00 cash. (siap ada akad).
2. Maideen, serta merta menjualkannya semula kepada ko dengan harga RM120.00 dengan cara 6 kali bayaran, setiap satunya sebanyak  RM20.00. (siap ada akad).


Dah didalam transaksi diatas, tidak ada "interest" yang Maideen dapat, cuma keuntungan dari menjual barang bukan? Oleh kerana tak ada "riba", maka ianya menjadi patuh syariah dan Islamic!


Maideen kata Islamik kepala Benazir Bhutto dia! Itu pasal di post Maideen # 34 di ms.2 Maideen katakan:


Pada Maideen inilah beza yang paling ketara diantara undang undang orang kafir dengan undang undang syariah dimana undang undang kafir memandang kepada "substance" dan bukan "form" (yakni undang undang kafir akan melihat apa sebenarnya tujuan kedua dua pihak dan bukan melihat apa yang kedua dua pihak kata mereka lakukan). Syariah pula melihat form dan bukan substance i.e. walaupon ianya rupa macam taik, bau macam taik, texturenya macam taik, jika kedua dua pihak mengatakan ianya adalag cheese cake maka syariah akan mengiktiraf ianya sebagai cheese cake!



Pada Maideen perbuatan jual beli jam yang ko dan aku buat diatas itu samalah dengan perbuatan menipu Allah SWT. Trus Maideen teringat kepada cerita Pak Cik Maideen, Tn. Hj Kuthubudeen (bukan nama sebenar) berikut:


Pada zama dahulu di negri Baghdad ada seorang kaya bernama Qardhul Hassan .........

Suatu hari si Qardhul ini jatuh sakit yang teruk. Dia tinggal di sebuah rumah agam yang beharga RM1.2 miliion. Lalu dia bernazar (yakni berawaad dengan Allah SWT bahawa jika Allah SWT menyembuhkan penyakitnya dia akan menjual rumahnya itu dan menyedekahkan hasil nya kepada fakir miskin.

Apabila dia sembuh dia menyesal kerana bernazar sedemikian lalu dia berfikir bagaimana nak lepas dari nazarnya itu. Si Qardhul lalu meminta nasihat daripada seorang kawannya yang kebetulan menjadi Pengerusi Jawatan Kuasa Syariah sebuah Bank di Baghdad.

Kawannya itu yang drawing from his experience bertahun tahun memberi nasihat kepada bank- bank Islam, telah memberi nasihat begini:

Si Qardhul terpaksa juga menjual rumahnya itu kerana waadnya dengan Allah SWT. Tetapi didalam aqad penjualan itu dia buleh menyatakan begini:

Aku jualkan rumah aku dengan harga RM100.00 beserta kerusi rotan didalamnya dengan harga RM1,199,900.00 dan pembeli menyambut aku beli rumah siQardhul dengan harga RM100.00 beserta kerusi rotan didalamnya dengan harga RM1,199.900.00.

Dengan cara ini siQardhul hanya perlu menyedekahkan RM100.00 sahaja kerana itulah harga rumah yang dijualnya. Dengan cara demikian dia tidak dianggap mungkir kepada waadnya.



Pak Cik Maideen melarang sama sekali daripada melakukan perbuatan menipu Allah SWT ini. Dia berkata Islam tidak membenarkan kita membuang "conscience" kita. Jika kita tak ada 'scruples" dan membuang "conscience" kita katanya, tak payahlah nak menaku Isle dan Isle kehulu Isle kehilir! "Tahu lah malu sikit", katanya. "Kalau tak kat orang, lain pada diri sundri", katanya.
Perlu dikatakan disini, walaupun banyak kali Maideen diminta untuk mendraf dokumen dokumen menipu Allah ini, walaupon Maideen kehilangan Fee yang agak banyak, Maideen akan menolaknya.


Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 12:38 AM | Show all posts
Contohnya, kita nak beli rumah, tapi tak ada duit, so kita pergi ke bank untuk meminta bank membelikan rumah tersebut. Bank tersebut menyatakan dia boleh membeli rumah tersbut dan kita perlu membayar jumlah yg lebih besar utk mendapatkan rumah tersebut secara ansuran atau menyewanya. Jika setuju dgn jumlah tersebut, baru lah bank membeli rumah tersebut atas nama bank dan menjualkan semula rumah tersebut kepada nama kita dgn jumlah yg baru.

sebab itu dalam hal ini kita boleh nego dgn pihak bank jumlah yg kita nak bayar. Hal ini dibenarkan berbanding dgn system konvensional yg ada skrg. Ini bukanlah satu riba tetapi kita membeli rumah 2nd hand berbanding rumah 1st hand yg dibeli oleh pihak bank.  
zkhairul Post at 17-1-2012 23:14


Jadi kalau Bank jual rumah kat kita, tiba2 rumah tu terbengkalai, patutnya bank la yg menanggung rugi sebab itu rumah bank, buat apa kita nak beli rumah yg terbengkalai?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2012 12:39 AM | Show all posts
Dia gini bai, dalam Islam kununnya riba itu harom. Kalau bai pinjamkan duit, say RM10.00,  kat satu  ...
Maideen. Post at 17-1-2012 22:54



   jadi, maideen sendiri telah terlibat dalam sistem islamik ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 12:42 AM | Show all posts
jadi, maideen sendiri telah terlibat dalam sistem islamik ni?
thieo Post at 18-1-2012 00:39
Boleh dikatakan begitu. Sila baca pasal sewa beli diatas itu. So many times during meetings with the Islamists, Maideen berharap Maideen adalah Captain Kirk dan dapat menghantar mesej kepada Scotty - "Beam me up Scotty, there's no intelligent life here!"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2012 12:43 AM | Show all posts
Boleh dikatakan begitu. Sila baca pasal sewa beli diatas itu. So many times during meetings with the ...
Maideen. Post at 18-1-2012 00:42



   thieo da baca dan faham. bila maideen mahu bertaubat ni? maideen da terlibat dalam scam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 12:49 AM | Show all posts
Reply 148# Maideen.


    Maideen mempunyai ketokohan pemimpin islam sejati fan syumul.. harap Maideen dapat bertanding PRU 13 sebab Maideen adalah winable candidate..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 12:49 AM | Show all posts
thieo da baca dan faham. bila maideen mahu bertaubat ni? maideen da terlibat dalam scam ni. ...
thieo Post at 18-1-2012 00:43
Hehehehe.....pandai hang menyindir.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 12:51 AM | Show all posts
Reply  Maideen.


    Maideen mempunyai ketokohan pemimpin islam sejati fan syumul.. harap Maide ...
perang_sivil Post at 18-1-2012 00:49
Tapi Maideen tak pandai Isle kehulu Isle kehilir, syumul kesana syumul kemari, sikit sikit hukum Allah sikit sikit hukum Allah, boleh ka parti sarban menerima Maideen? Prrrrrrrrrpfffftght
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 12:51 AM | Show all posts
Hehehehe.....pandai hang menyindir.
Maideen. Post at 18-1-2012 00:49



   thieo kesian kan maideen saja...terlibat dalam menifoo tuhan..
   harap2 ummah isle kehulu aurat kehilir sedar dan tidak terpengaruh...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 12:56 AM | Show all posts
Boleh dikatakan begitu. Sila baca pasal sewa beli diatas itu. So many times during meetings with the Islamists, Maideen berharap Maideen adalah Captain Kirk dan dapat menghantar mesej kepada Scotty - "Beam me up Scotty, there's no intelligent life here!"
Maideen. Post at 18-1-2012 12:42 AM

Huhuhuhuh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 12:58 AM | Show all posts
thieo kesian kan maideen saja...terlibat dalam menifoo tuhan..
   harap2 ummah isle kehu ...
thieo Post at 18-1-2012 00:51



    Maideen beriman dan pejuang islam yang sukar dicari.. harap Maideen dapat membentuk Angkatan Perpaduan Ummah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 12:58 AM | Show all posts
Baik lah bai,


Oleh kerana "riba" itu yang membuat pinjaman itu jadi harom, maka "cerdik pandai" ...
Maideen. Post at 18-1-2012 00:32


tenkiu meden atas pencerahan ini terutama cerita pakcik meden tuh.harap dari cerita tu beroleh sesuatu yg bermanfaat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2012 01:01 AM | Show all posts
thieo kesian kan maideen saja...terlibat dalam menifoo tuhan..
   harap2 ummah isle kehu ...
thieo Post at 18-1-2012 00:51
Mungkin Maideen tidak cukup berusaha untuk menghalang perbuatan menifu Allah SWT ini. Hanya tidak mahu campur tangan, tidak cukup rasanya. Tapi Maideen berhadapan dengan spesis ketayap yang semakin ramai kini memanipulasi orang orang jahil yang mudah percaya sesuatu itu adalah Islamik hanya kerana spesis ketayap mengatakan ianya Islamik!


Memang harapan kita ialah ummah suatu hari nanti mampu berfikir. Sebelum harapan kita tercapai, terpaksalah kita senyum sahaja bila mereka Isle kehulu Isle kehilir, syumul kesana syumul kemari, sikit sikit hukum Allah sikit sikit hukum Allah.


Semoga mereka tidak mati dalam kejahilan....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 01:04 AM | Show all posts
Baik lah bai,


Oleh kerana "riba" itu yang membuat pinjaman itu jadi harom, maka "cerdik pandai" ...
Maideen. Post at 18-1-2012 12:32 AM

Menarik jugak perkara yang dikemukakan oleh hang.

Apapun, aku jemput kawan2 lain untuk turut memberikan penerangan. Tak kiralah penerangan yang menyokong atau menyanggah.

Jujur aku cakap, memang aku tak mahir dalam hal2 macam ni. So dok berharap korang2 la untuk share info.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 01:10 AM | Show all posts
tenkiu meden atas pencerahan ini terutama cerita pakcik meden tuh.harap dari cerita tu beroleh s ...
5229 Post at 18-1-2012 00:58
Welkam 5229, Yang baik dari Allah yang buruk pon dari Allah juga....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 01:10 AM | Show all posts
Mungkin Maideen tidak cukup berusaha untuk menghalang perbuatan menifu Allah SWT ini. Hanya tidak ma ...
Maideen. Post at 18-1-2012 01:01



   thieo harap semoga mereka2 yang sarban kesana jubah kesini dan yg rasa lebih isle dari orang2 islam yg lain cepat sedar sebelum terus menerus menifu tuhan..

thieo sedih setiap bulan mereka terus menifu tuhan dengan membayar ansuran loan Bai’ Mu’ajjal ka apa ka..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 259428 Replies : 6562
Tok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-7!
doubleATok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-
Views : 11341 Replies : 107
Dulu Viral Sebab Ada 11 Anak, Pasangan Suami Isteri Ini Selamat Timang Cahaya Mata Ke-12.Tak tolak tambah anak
YgBenarDulu Viral Sebab Ada 11 Anak, Pasangan S
Views : 12255 Replies : 41
Konsert Qalam Noraniza Idris
Lulu_717Konsert Qalam Noraniza Idris
Views : 5238 Replies : 19
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 117498 Replies : 1560
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 105316 Replies : 2904
KUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak ini dalam filem P Ramlee?
akuperatijeeKUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak in
Views : 76874 Replies : 259
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 6852 Replies : 19
HATI-HATI DENGAN ORANG INI
hayrin86HATI-HATI DENGAN ORANG INI
Views : 27854 Replies : 169
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 76350 Replies : 3159

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.277548 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list