View: 1748|Reply: 0
|
Adakah Dikira 'Rezeki' Melihat Aurat Wanita Jika Ke Bazar Ramadan?
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Hari-hari ke bazar Ramadan, sudah tentu tidak sengaja melihat aurat wanita. Lebih-lebih lagi wanita berpakaian menjolok mata.
Jika penjual wanita berpakaian seksi, boleh jadi lelaki yang membeli pun tersilap memilih juadah. - Imam Muda Asyraf
Gambar hiasan
Soalan :
Ustaz, jika saya ke bazar Ramadan, kemudian terlihat aurat wanita adakah ia dikira 'rezeki' dengan tidak menundukkan pandangan saya dan boleh terbatal atau tidak puasa pada hari tersebut?
Jawapan :
Melihat yang diharamkan itu akan melemahkan iman di dalam hati, mengurangi (keutuhan) puasa, mengurangi pahalanya, akan tetapi tidak membatalkan puasa, dan jika terjerumus dengan kemaksiatan segeralah bertaubat.
Syeikh Ibnu Baaz –rahimahullah- berkata:
“Diharamkan baginya untuk melihat wanita, jika melihat tersebut disertai syahwat maka keharamannya lebih berat, berdasarkan firman Allah –Ta’ala- :
(قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ)
“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya”. (QS. An Nuur: 30)
Kredit : islamituindah.my
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|