oleh Adib Za
Makanan dari negara Kemboja mungin jarang dibincangkan mahupun diketahui oleh rakyat negara ini, namun sebenarnya terdapat beberapa menu yang anda boleh cuba jika berkunjung ke sana nanti.
Salah satu yang popular dan mendapat rekomendasi dari laman Travel CNN, ialah And dtray-meuk, iaitu sejenis masakan seperti sotong bakar.
Lazimnya, menu ini mudah dijumpai di bandar berdekatan pantai seperti Sihanoukville dan Kep. Anda boleh melihat ramai penjual makanan laut membawa pembakar kayu arang di bahu mereka sambil menu sotong bakar itu dimasak di situ juga. Menarik!
Sotong tersebut akan disapukan dengan jus limau dan sos ikan terlebih dahulu sebelum dibakar. Ia kemudian dihidangkan bersama sos cili yang begitu dikenali di Kemboja yang menggabungkan cili merah, bawang putih, jus limau dan gula.
Selain itu, sotong bakar ini boleh didapati di kebanyakan restoran makanan laut di bandar Phnom Penh. - CARI
Sumber foto: carian google |