oleh Adib ZA
Anda rindukan suasana kampung, pemandangan sawah bendang dan juga udara yang nyaman? Jika anda merancang percutian yang sedemikian, apa kata berkunjung dan menginap di homestay yang satu ini.
Terletak betul-betul di kawasan sawah padi, ia ibarat menggamit semula memori zaman kanak-kanak tentang keindahan sebuah kampung.
D'Sawah Bendang Homestay ini berlokasi di Sg. Besar, Selangor yang terkenal dengan pelbagai perusahaan seperti keropok lekor, kuih tradisional, minyak kelapa dara dan sebagainya.
Itu sahaja menjadi sebab mengapa anda harus menjejakkan kaki ke daerah Sabak Bernam ini. Apa yang menariknya lagi, D'Sawah Bendang ini dibangunkan dengan reka bentuk rumah Melayu tradisional yang begitu autentik dan asli. Mana nak dapat lagi pengalaman sebegitu kan!
Lihat sahaja pemandangan di bawah ini, pasti membuatkan anda sangat teruja membawa keluarga ke sini. Bukannya jauh sangat, cuma 120km sahaja dari Kuala Lumpur! - CARI
Alamat:
D'Sawah Bendang Homestay,
Jalan Parit 6 1/2 Timur,
Sungai Besar
Telefon:
012-808 4818
Facebook:
https://www.facebook.com/DsawahBendangHomestay/ |