CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3152|Reply: 1

DIY Kotak Huruf

[Copy link]
Post time 21-9-2016 03:43 PM | Show all posts |Read mode

Dengan adanya huruf-huruf kotak, ia akan membuat latar belakang majlis super menyeronokkan, atau penerimaan tetamu yang hebat. Anda juga boleh mengeja nama anda, nama samaran atau kata-kata manis. Satu benda yang perlu anda beri perhatian sebelum anda membuat huruf-huruf kotak ini, dimana anda dinasihatkan untuk menggunakan kertas krep kerana ia adalah lebih tebal dan lebih fleksibel daripada kertas tisu, jadi ia boleh membantu huruf-huruf kotak lebih kukuh. Selain itu, huruf-huruf kotak ini, anda boleh buat berdiri 40" tinggi dan 32" kelebaran dengan meletak menegak di atas lantai atau membuat lebih kecil dengan menampalnya ke dinding. Kreativiti terpulang kepada masing-masing.

Barang yang perlu ada:
  • 4 kotak besar.
  • Pemotong kotak.
  • Kertas krep.
  • Gunting shredder.
  • Tape duct.
  • Pembaris T.
  • Gam kertas.

Cara-caranya:
  • Gariskan huruf anda dalam setiap kotak secara berasingan, dimana dengan menggunakan satu kotak kepada setiap huruf. Anda juga dinasihatkan untuk mempunyai lebar yang sama.
  • Potong huruf anda dengan menggunakan pemotong kotak dan anda harus memastikan yang anda memotong diatas permukaan yang betul seperti lantai simen atau membuat kotak tambahan dibawah.
  • Setelah huruf anda dipotong, seterusnya anda harus mengukur untuk sisi yang akan memberikan bentuk huruf anda seperti 3D. Anda harus mengira berapa banyak sisi yang terdapat pada huruf anda dan pastikan semua kepingan mempunyai panjang dan lebar yang sama.
  • Sekarang semua kepingan anda sudah dipotong, maka anda harus mencantumkan kepingan itu dengan menggunakan tape duct untuk membentukkan ia kepada huruf.
  • Kemudian, anda gamkan sisi dan belakang kotak dengan menggunakan kertas krep supaya ia dapat menutup kotak.
  • Untuk menutup bahagian depan, potong kertas krep dengan mengunakan gunting shredder sebagai hiasan berjalur-jalur. Anda dinasihatkan untuk bermula dari bawah dan gam satu-satu sehingga keatas. (Rajah dibawah)


Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com

Photo credits: Google.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2016 12:09 AM | Show all posts

Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 07:21 AM GMT+8 , Processed in 0.035339 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list