Adakah anda suka bentuk-bentuk bintang untuk digunakan untuk menghiasi pelamin atau mana-mana tempat majlis perkahwinan anda. Jika jawapan anda 'ya', maka DIY bintang-bintang ini sangat sesuai untuk anda. DIY ini cukup mudah untuk dibuat untuk perkahwinan anda sendiri, jadi mari ikuti cara untuk membuat DIY bintang-bintang dinding ini.
Barang yang perlu ada:
Kertas foil emas.
Benang bewarna emas.
Mesin jahit.
Penebuk berbentuk bulat. (atau buat bentuk bulat sendiri)
Cara-caranya:
Potong bintang dari kertas foil emas anda. Anda boleh mendapatkan dari penebuk berbentuk bintang anda atau anda melukis bentuk bintang sendiri dan mengguntingkan ia.
Kemudian, sambungkan bintang-bintang anda dengan menjahit menggunakan mesin jahit. Panjang bintang-bintang anda adalah terpulang kepada diri anda sendiri.
Anda boleh mula gantung bintang-bintang anda pada dinding pilihan anda. Bagi memastikan bintang-bintang anda tidak berpusing semasa majlis dijalankan, maka anda dinasihatkan untuk melekat dengan menggunakan pelekat 'tack-it' pada belakang bintang-bintang anda.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com Photo credits: Google.