CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3292|Reply: 7

Pernah Terfikir Nak Besarkan Aset?? Ini Dia Fakta Ttg Implan Payudara

[Copy link]
Post time 31-10-2016 06:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-MAMS at 1-11-2016 11:15 AM

Memiliki payudara yang besar dan mantap menjadi idaman kebanyakan wanita. Begitu juga kaum Adam, di mana payudara atau buah dada wanita menjadi tumpuan penglihatan mereka terutama yang bersaiz besar.









Bagi mendapatkan payudara yang ideal, ramai wanita di dunia ini melakukan implan payudara. Hasilnya adalah perubahan yang memberangsangkan.


Walaubagaimanapun, ia terpulang kepada setiap individu untuk mencari maklumat terperinci sebelum menjalani pembedahan implan payudara.


Terdapat dua jenis implan payudara iaitu silikon dan saline. Implan saline merupakan implan yang terdiri dari kantung silikon yang berisi air garam steril. Manakala, implan silikon pula terdiri dari kantung silikon yang diisi dengan gel silikon yang lengket dan hampir menyerupai lemak manusia.


Sumber foto: Carian Google



Silikon adalah bahan pertama yang popular digunakan bagi melakukan implan payudara, tetapi kini populariti penggunaan saline semakin meningkat dalam pembedahan pembesaran payudara.


Suatu ketika dahulu, implan silikon pada payudara diragui kerana risiko mengalami kebocoran dan ia telah diharamkan pada tahun 1993. Namun, digunakan kembali tidak lama kemudian selepas kajian mendapati tiada kaitan antara kebocoran silikon dengan mana-mana penyakit.


Jika kebocoran saline berlaku, ia tidak berbahaya kerana ia hanya akan meninggalkan air garam dan boleh diserap tubuh. Sementara itu, jika implan menggunakan silikon pecah, imbasan MRI perlu dilakukan kerana dibimbangi akan menyebabkan penyakit lain.


Implan yang dilakukan dengan saline lebih mudah daripada implan dengan silikon kerana ia dimasukkan tanpa diisi saline terlebih dahulu. Cara ini lebih mudah kerana saiznya boleh ditambah dan dikurangkan tanpa melakukan pembedahan susulan.


Implan dengan silikon lebih digemari kerana memberikan bentuk dan rasa yang lebih nyata daripada implan saline.


Jika ada di antara anda yang mahu melakukan pembesaran payudara, selidik dahulu betul-betul sebelum membuat keputusan yang mana mampu mengubah takdir hidup anda. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2016 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Asyik besarkan je....kecilkan tkde ke...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2016 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Saline nampak.lg selamat
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 03:53 PM | Show all posts
cahaya_almas replied at 31-10-2016 08:35 PM
Asyik besarkan je....kecilkan tkde ke...

knape..besar sgt ke
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
bobo_beck replied at 2-11-2016 03:53 PM
knape..besar sgt ke

Bknlah...bila baca psl payu dara tu je isu isunya...tkde yg lain...haha....boring tau....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 04:41 PM | Show all posts
cahaya_almas replied at 2-11-2016 04:32 PM
Bknlah...bila baca psl payu dara tu je isu isunya...tkde yg lain...haha....boring tau....

Nak kasi kecik operate buang skit kot.. boleh? klau boleh yg dibuang tu bg pd yg nk kasi besa.. xyah silikon ke pe..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2016 08:50 AM | Show all posts
Silikon agk bhya la..xprlu la kot
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpayah nak besarkan asal ada tetek dah cukup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.047555 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list