Edited by snackysneaky at 11-3-2017 12:09 PM
Apa itu box-venture?Sekiranya anda berminat untuk memulakan bisnes yang kreatif dan menyeronokkan, ataupun anda selalu sahaja mempunyai idea idea yang pelik tetapi kreatif, mungkin anda boleh menyertai kami di SnackySneaky .
Sekiranya anda merupakan seorang usahawan muda, aktif, dan mempunyai semangat yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru, anda boleh menyertai program partnership kami iaitu- Box-venture dan mula menjual idea anda bersama kami.
Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertai Box-Venture: - Cari idea mengenai tema kotak anda, contohnya kotak kecantikan.
- Namakan kotak anda dengan nama yang unik dan kreatif mengikut kesukaan anda. Contohnya: Beauty Box/Gincu Box/Wangi Box.
- Menyenaraikan barang ataupun produk yang anda ingin masukkan ke dalam kotak tersebut.
- Mengira kos ( mengambil kira kos penerimaan produk, kos produk, kos kotak, kos pembungkusan)
- Meletak harga jualan anda
- Kami ingin memaklumkan bahawa setiap jualan kotak anda di Snackysneaky akan dikenakan caj transaksi. Apakah fungsi caj transaksi? Setiap caj transaksi yang dikenakan adalah bertujuan untuk meningkatkan pemasaran & branding, memperbaiki laman web, dan menyumbang kepada tenaga kerja kami. Jangan risau, caj transaksi hanya akan dikenakan selepas produk anda laku.
- Apakah kebaikan memasarkan produk anda dengan Snackysneaky? 1. Teknik pemasaran yang unik. 2. Jimat dari segi kos pemasaran. Sekiranya anda memasarkan produk anda sendiri, anda perlu membayar tenaga kerja (sekiranya anda ingin mengupah orang lain untuk mempromo produk anda), anda perlu membayar kos pemasaran yang lain secara berasingan, contohnya iklan facebook, iklan google, blogger dan lain-lain. 3. Snackysneaky bertujuan untuk menarik pelanggan dari global mahupun tempatan.
- Klik butang di bawah untuk mengakses cara mengira harga kotak
- kalkulator
- Mendaftar sebagai ahli Box-Venture
9 langkah mudah untuk memulakan bisnes kreatif bukan?
|