CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 25717|Reply: 40

Zaman Kolonial / Penjajahan British (merged: Chole)

[Copy link]
Post time 14-5-2004 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Sejarah pemerintahan kolonial telah meninggalkan banyak kesan2 di Malaysia.  Samada dari segi politik, undang2, pendidikan, ekonomi, pemikiran dsb.

Semasa zaman pemerintahan British masyarakat Malaya terpinggir dari pembangunan ekonomi, politik dan sosial.   

General W.H Treacher, salah seorang yang bertanggungjawab ke atas pemerintahan kolonial British di Tanah Melayu dulu pernah menyindir dengan kata-katanya bahawa..

'Orang Melayu telah diberikan segala-galanya yang mungkin; keselamatan, sistem hubungan, perkhidmatan kesihatan, pelajaran dll lagi.'

Pada pandangan saya beliau tidak mengambil kira tentang berlakunya eksploitasi kekayaan, penindasan oleh golongan penjajah dan konsep kebebasan bangsa Melayu...

Apa pandangan anda tentang kesan2 penjajahanan kolonial itu?

[ Last edited by fleurzsa at 18-10-2005 01:00 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2004 03:30 PM | Show all posts
yup.aku ada buat research pasal tragedi 13 Mei.pada zaman pemerintahan british,mereka amalkan dasar pecah dan perintah dan menyebabkan rusuhan kaum pada 13 Mei
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2004 11:17 PM | Show all posts
Originally posted by Lindsay at 14-5-2004 03:30 PM:
yup.aku ada buat research pasal tragedi 13 Mei.pada zaman pemerintahan british,mereka amalkan dasar pecah dan perintah dan menyebabkan rusuhan kaum pada 13 Mei


Salam,

Ya benar...
Tragedi 13 Mei 1969 memang meninggalkan kesan hitam dalam sejarah M’sia.
Peristiwa ini menunjukkan masih terdapat jurang ekonomi dan isu perkauman dalam masyarakat M’sia .

Disebabkan dasar pecah dan perintah ini jugalah komuniti kaum Melayu, Cina dan India pada ketika itu telah dipisah-pisahkan dan akibatnya mereka mempunyai sedikit perhubungan antara satu sama lain.

Seterusnya keadaan ini pula yang mendorong kepada ketidakstabilan populasi kaum2 tertentu dalam sesebuah kawasan petempatan dan masyarakat. Maka wujudlah berbagai ketidakpuasan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2004 11:24 PM | Show all posts
Menyentuh dalam bab politik pula..

Kita dapat lihat pada peringkat awal, parti politik di Tanah Melayu kebanyakkannya bercorak perkauman dan ideologi seperti PKKM, MDU, PAS, UMNO, MCA dan lain-lain lagi.

Namun idea Dato Onn dibawah IMP yang bercorak terbuka kepada semua kaum menjadi landasan kepada perkembangan politik di Tanah Melayu. Walaupun ia gagal pada permulaan tetapi Parti Perikatan yang mengamalkan konsep ini telah berjaya dalam pilihanraya pada 1955.

Ini menunjukkan masyarakat dalam hal kemerdekaan sanggup melupakan kepentingan masing-masing bagi menghalau British di tanah Melayu . melalui pilihanraya itu, pemimpin Melayu secara langsung didedahkan mengenai sistem demokrasi Berparlimen.

Akhirnya tanah Melayu mencapai kemerdekaan melalui perpaduan antara tiga kaum ini pada 31 Ogos 1957, manakala Malayan Union merupakan perintis bagi penyatuan ketiga-tiga kaum ini iaitu Melayu, India, dan Cina.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2004 06:52 AM | Show all posts
fleurza,thanks for the info.cuba citer skit pasal tragedi natrah.aku masih samar2 lagi pasal tragedi tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2004 02:18 PM | Show all posts
Ini apa yang saya tahu la...

Keluarga Belanda Maria Hertogh tidak dapat menerima perkahwinan Maria dengan Mansor Adabi.

Tragedi Natrah berlaku apabila Maria Hertogh atau nama Islamnya Natrah telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Singapura supaya dipulangkan kepada ibubapanya yang berbangsa Belanda.  

Sebenarnya Natrah telah dibesarkan oleh ibu angkatnya Aminah.  Beliau telah dikahwinkan dengan Mansor Adabi semasa berumur 14 tahun.  

Ibubapa kandungnya yang telah meninggalkan Natrah sejak kecil lagi kepada pengasuhnya Aminah menuntut Natrah dengan menggunakan perundangan Barat.

Bagi Dr Burhanuddin dan orang Islam lain, tindakan ini adalah satu penghinaan dan pencabulan kepada agama Islam dan maruah orang Islam.  

Tragedi ini dianggap sebagai satu unsur penting kepada perasaan kebangsaan orang Melayu dan Islam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-5-2004 10:41 AM | Show all posts

Kita lihat pada pendidikan yang diwujudkan di zaman kolonial...

British menubuhkan sekolah2 yang mengembangkan pendidikan sekular yang mana Islam dihadkan kepada perkara-perkara ‘ritual’ sahaja seperti sembahyang, mengerjakan haji, menyambut Hari Raya dsb.

Dalam bidang politik, ekonomi dan sosial, Islam dipinggirkan dan diganti dengan sistem buatan manusia.

Ada  3 matlamat utama pendidikan pada zaman kolonial:

1.  Sekolah sebagai memasyarakatkan kanak-kanak dengan nilai-nilai asing ataupun nilai-nilai bukan pribumi.

2.  Sekolah sebagai melantik segolongan kecil masyarakat Melayu (terutamanya dari golongan pemimpin2 Melayul) bagi memenuhi tujuan-tujuan tertentu mereka.

3.  Sekolah yang berbagai operasi bagi memenuhi keperluan tenaga manusia yang paling minimum dan diperingkat yang paling rendah.

Jadi kita boleh nampak tujuan British memperkenalkan sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah untuk kepentingan British sendiri....Untuk kepentingan ekonomi dan politik mereka dan bukannya untuk kepentingan kaum Melayui atau kaum pendatang.

Matlamat utama ialah semata2  untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

Jadi... sistem pendidikan masa kini masih terdapat kesan2 kolonial lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2004 02:34 PM | Show all posts

salam

pada saya iamengajaq kita supaya tidak dijajah lagi dan supaya kita bersedia dan sedar ttg penjajahan bentuk baru pula.
Kita dapat tahu pola  cara penjajahan itu dan pada saya ia tak banyak berubah cuma cara dan " tools' yg berbeza.

kesan penjajahan ni boleh dilihat dan dikupas dari pelbagai segi
dari segi fizikalnya - like buildings yg ade moorish archietectures and so on
penjajan pemikiran ini yg susah...kekangan pemikiran? ini mcm  mana
ada tak kesan penjajahan pada karya sastera?
like Harun Aminurashid kalau tak salah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2004 05:33 PM | Show all posts

Kedudukan Istimewa Orang Melayu

Semasa pemerintahan kolonial , raja2 melayu telah dipaksa mengikut nasihat para pegawai British dalam semua urusan pentadbiran, kecuali perkara2 berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.  Tindakan ini tanpa disedari telah menghakis hak dan kedudukan istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu secara sedikit demi sedikit.

Keadaan ini diburukkan lagi akibat dasar pintu terbuka British pada awal 20 an yang membawa masuk ramai pendatang asing ke Tanah Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah dan lading getah.  Orang Melayu dibiarkan terus kekal menetap di kampung2 , tanpa perlu  melibatkan diri dalam arus pembangunan ekonomi yang sedang berkembang pesat.

Selepas Perang Dunia Kedua, kerajaan British merasa bertanggungjawab untuk memelihara kepentingan kaum pendatang yang telah menetap di Tanah melayu.  Oleh itu, kerajaan British bercadang mewujudkan satu bentuk pemerintahan baru di Tanah Melayu.  Dalam perlembagaan Malayan Union yang dikuatkuasakan pada 1946, bukan sahaja hak keistimewaan org Melayu tidak disebut tetapi keistimewaan dan kedudukan yang dimiliki oleh raja2 Melayu telah dikurangkan sehingga kepada keperluan rasmi dan perkara2 kecil sahaja.

Setelah Malayan Union dimansuhkan dan digantikan oleh perjanjian Persekutuan  Tanah Melayu, orang Melayu mendapat semula hak dan kedudukan mereka.  Pesuruhjaya tinggi Persekutuan diberi tanggungjawab khas untuk ‘melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum2 lain.  

Setelah negara merdeka, tanggungjawab khas Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan telah dipendahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.  Apabila Sabah Sarawak menyertai Malaysia, kedudukan istimewa kaum2 Bumiputera diiktiraf dan terpelihara serta menjadi sebahagian daripada tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong.

Kedudukan istimewa orang Melayu tidaklah bersifat mutlak kerana peruntukan ini dibuat untuk diseimbangkan dengan kepentingan sah yang dinikmati oleh kaum2 lain seperti mendapat kerakyatan, hak mengganut dan mengamalkan agama masing2, hak menggunakan bahasa ibunda serta hak menikmati layanan yang sama bagi semua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2004 01:53 PM | Show all posts

Migrasi dan Pembentukan Masyarakat Majmuk

Kesan yang cukup besar, ketara dan berpanjangan oleh penjajahan Kolonial ialah migrasi kaum dan seterusnya pembentukan masyarakat majmuk.  

Konsep masyarakat majmuk mula dipeloporib oleh J.S. Furnivall dalam kajian yang dibuat di Indonesia dan Burma.  Konsep masyarakat majmuk merujuk kepada masyarakat yang dicirikan dengan perpecahan dan konflik antara kumpulan2 manusia yang berada di bawah satu pemerintahan politik.  

Konflik wujud dalam bidang ekonomi, tetapi dalam dalam masyarakat majmuk perbezaan yang wujud dr segi ras dan etnik itu selari dengan perbezaan ekonomi sehingga ketegangan dan ketidakstabilan lebih mudah berlaku.

Terdapat 3 masyarakat yang terlibat dalam imigrasi ini iaitu masyarakat darai Indionesia, Cina dan India.

Malam nanti sambung lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2004 01:49 AM | Show all posts

Penghijrahan orang Indonesia.

Tanah Melayu telah lama menjadi tempat tumpuan utama penghijrah dari Indonesia, bukan sahaja kerana kedudukan kedua2 negara yang berjiran, tetapi juga didorong oleh dasar ekonomi kapitalis yang diamalkan oleh pihak British.   

Di bawah sistem perdagangan bebas, syarikat India Timur Inggeris (EIC) telah memberi sedikit sebanyak kebebasan kepada setiap orang untuk menjalankan kegiatan ekonomi masing2.  

Pihak British juga tidak mengamalkan bentuk pentadbiran yang ketat seperti dasar paksaan Belanda ke atas penduduk Indonesia.  Keadaan ini menarik minat orang Indonesia untuk dating ke Tanah Melayu, terutama selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.  

Sebelum itu, istilah 慴erhijrah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2004 04:47 PM | Show all posts

Penghijrahan Kaum Cina

Kedatangan org Cina ke Tanah Melayu secara besar2an bermula sepanjang abad ke 19.  Dalam tempoh 32, tahun iaitu antara tahun 1895 hingga 1927, dianggarkan lebih 6 juta org Cina telah memasuki tanah jajahan dan negeri2 yg erada di bwh perlindungan British di T Melayu.

Kebanyakan org Cina yg dating ke T Melayu berasal dr 3 wilayah di bahagian tenggara Negara Cina, iaitu Kwangtung, Kwangsi dan Fukien.  Kawasan ini mempunyai alam yg terhad dan tekanan penduduk yg ramai.  Penghijrahan mereka ke Negara lain dibuat berasaskan satu tujuan, iaitu 憉ntuk bekerja dan menyara penghidupan masing2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2004 04:47 PM | Show all posts

Penghijrahan Kaum India

Jarak di antara pantai barat T Melayu dgn pantai timur India kira2 1200 batu.  Jadi, hubungan jarak yg tidak begitu jauh menyebabkan hubungan antara T Melayu dgn India terjalin sejak zaman dahulu lagi.  Hubungan awal India dikatakan bermula di sekitar abad pertama Masihi.  Hubungan awal berkait rapat dgn perdagangan, di samping usaha2 penyebaran agama Hindu dan Buddha di rantau Asia Tenggara.  

Proses penghijrahan org India secara besar2an bermula pada awal abad ke 20.  pada masa itu, tanaman getah mula diusahakan secara komersil oleh syarikat2 Eropah.   Bilangan penduduk India semakin meningkat daripada 270 000 pd thn 1911 kepada 470 000 thn 1921  dan 625 000 pd thn 1931.

Kehadiran kaum India juga byk didorong oleh pergolakan dalaman yg berlaku di India dan masalah pertambahan penduduk yg pesat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2004 04:49 PM | Show all posts

Senibina Kolonial

Salah satu kesan yg cukup nyata dr penjajahan ialah bangunan2 yg sekali gus dpt dicampastikan sbg pertanda kekuasaan Inggeris.  Penerimaan senibina colonial ini dpt kita lihat pd rumah2 kedai kepunyaan tauke2, masjid dan bangunan2 kerajaan.

Stail rumah kolonial, byk sekali diwarisi oleh kerajaan2 negeri seperti Pulau Pinang.

Contoh bangunan2 sekular termasuk la...

-        Pusat Keretapi Tanah Melayu.

-        Jabatan Penerangan di K Lumpur.

-        Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

-        Bangunan Sultan Abdul Samad.

-        Mahkamah Pulau Pinang.

-        Muzium P Pinang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2004 04:56 PM | Show all posts
BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD


MAHKAMAH TINGGI LAMA
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2004 02:29 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at  02:18 PM:
Ini apa yang saya tahu la...

Keluarga Belanda Maria Hertogh tidak dapat menerima perkahwinan Maria dengan Mansor Adabi.

Tragedi Natrah berlaku apabila Maria Hertogh atau nama Islamnya Natrah  ...



akak fleur,rasanya maria hertogh nie hidup lg ker?yg saya tau nie maria nie menderita lepas dipaksa pulang ke belanda and forced to converted to christian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2004 05:12 PM | Show all posts
setahu aku hidup lagi sebab beberapa tahun lepas ada keluar gambar dia ngan anak-anak dan cucu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2004 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by jofizo at 15-6-2004 05:12 PM:
setahu aku hidup lagi sebab beberapa tahun lepas ada keluar gambar dia ngan anak-anak dan cucu....


Thanks en Jofizo... kerana tolong jawabkan...

:solute:
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2004 11:24 AM | Show all posts
yup ada leh tunjukkan gambar dia ngan family dia?
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2004 04:58 AM | Show all posts
teringat mok nik ada baca satu artikal dulu, pemerintahan British di mana mana negara yang dijajahnya ialah meninggalkan 'neraka' kepada negeri berkenaan.

contoh terbaik lah di malaysia, burma, india...semuanya berlaku 'anarki' selepas britih menarik keluar pemerintahanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.098721 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list