CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3721|Reply: 8

Hanya Dengan Serai Dan Kurma, Minuman Ini Segar Dan Menyihatkan!

[Copy link]
Post time 16-10-2018 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Salur darah tersumbat adalah penyakit yang bahaya dalam kalangan masyarakat kita. Tetapi masalah ini kerap kali diabaikan oleh kita semua. Antara penyakit yang serius disebabkan pembuluh darah tersumbat ialah sakit jantung secara tiba-tiba dan lebih parah lagi, ia boleh membawa maut.





Walaupun penyakit ini kebanyakannya dialami oleh mereka yang sudah agak berusia, bukan bermakna, kita yang masih muda ini tidak perlu menjaga kesihatan pembuluh darah. Orang kata mencegah lebih baik dari merawatkan? Jadi, apa kata mari sama-sama amalkan minuman serai dan kurma ini untuk menjaga kesihatan pembuluh darah kita.


Cara membuatnya:


1. Rebuskan 5 batang serai dengan 7 biji kurma.


2. Didihkan dengan api perlahan bersama 3 gelas air sehingga air kering tinggal 1/3 atau segelas.


3. Sedia untuk diminum.


Dikatakan minuman ini mempunyai khasiat seperti berikut:


Kaya dengan zat besi


Kurma kaya dengan zat besi dan ini sangat berguna untuk anda yang ada anemia, untuk kanak-kanak serta wanita mengandung. Cukup dengan memakan 100g kurma sehari (kira kira 0.9 mg zat besi), anda telah mengambil 11% pengambilan zat besi yang perlu untuk badan.


Kurma mengelak cirit birit (diarrhea)


Kurma juga kaya dengan potasium yang penting untuk menghalang cirit birit dengan melegakan dinding perut dan usus, serta merangsang bakteria (dalam perut) secara lebih efektif.


Kurma melegakan sembelit


Mampu melegakan sembelit. Sebab itu disarankan untuk anda merendam beberapa biji kurma dalam air semalaman, dan minum air tersebut pada waktu pagi untuk meningkatkan pencernaan yang baik.


Mengawal berat badan


Jika anda mahu mengelak lemak berlebihan, anda perlu makan kurma dengan perut kosong. Ia akan mengawal berat badan anda memandangkan ia tiada kolesterol.


Mengimbangkan kolesterol


Sangat berguna dalam mengimbang dan mengawal kolesterol yang tidak sihat (LDL) kerana kurma membersih salur darah dan menghalang pembentukan darah beku.


Menguatkan jantung


Kurma yang anda rendam semalaman untuk minum airnya itu, jangan dibuang bijinya. Makan begitu sahaja atau dikisar terlebih dahulu.


Mengawal selia tekanan darah


Ramai di antara kita yang menderita hipertensi (tekanan darah tinggi) dan orang yang begini perlu makan banyak kurma kerana ia kaya dengan potasium dan tiada langsung sodium.


Mampu menghalang strok


Potasium dalam kurma adalah mineral yang penting dalam membaik pulih sistem saraf dan boleh menghalang serangan strok. Jadi ambil lebih kurang 400 mg potasium sehari, anda sudah tidak perlu terlalu risau lagi.


Selamat mencuba! - CARI


Kredit : Kami Kongsi Via ViWanita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh try ni nanti
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 02:25 PM | Show all posts
menarik..terbaiklah!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 09:47 AM | Show all posts
nak try laa
selalu aku buat serai + halia
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 12:26 PM | Show all posts
pernah minum.. x sangka plk sedap
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2018 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
First time tgk serai campur kurma. Anyways boleh try ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2020 08:44 PM | Show all posts
Bagus untuk elakkan stroke
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2021 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Refreshingnye.. nk try nti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2021 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Good info boleh try nanti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.149405 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list