View: 1473|Reply: 5
|
[SARAWAK] Covid-19: New cluster appears in Sebauh, labelled as ‘Bukit Sekubong C
[Copy link]
|
|
KUCHING (Jan 12): Sarawak has one new Covid-19 cluster, dubbed the Bukit Sekubong Cluster, in Sebauh after the district recorded 20 cases today, said the State Disaster Management Committee (SDMC).
The index case was detected after on Jan 8 after the index case went for treatment at the Sebauh health clinic in Bintulu.
To date, a total of 32 individuals were screened with 21 cases testing positive for Covid-19 (including the index case), three testing negative and eight still awaiting test results in Sebauh.
With the addition of the new cluster, Sarawak now has seven active clusters with the other six being the Jelita Cluster; Pasai Cluster; Keranji Tabuan Cluster; Bah Sayap Cluster; Stutong Cluster; and Mador Cluster.
“The Jelita Cluster recorded seven new cases, bringing the total number of cases to 15. A total of 55 individuals were screened where 25 tested negative and 15 are still awaiting lab test results.
“The Pasai Cluster saw 111 new cases, bringing the total number of cases to 194. A total of 1,243 individuals were screened where 800 tested negative and 249 are awaiting lab test results,” SDMC said in a statement today.
Meanwhile, the Bah Sayap Cluster saw 36 new cases, bringing the total number of cases to 70. A total of 400 individuals were screened, where 292 tested negative and 38 are awaiting lab test results.
The Keranji Tabuan Cluster also saw one new addition, bringing the total number of cases to 13. A total of 139 individuals were screened where 112 tested negative and 14 are awaiting lab test results.
“The Stutong Cluster recorded one new case, bringing the total to 30 cases. A total of 477 individuals were screened where 302 tested negative and 145 are still awaiting lab test results,” SDMC said.
The Mador cluster saw no new cases, making the total number of cases remain at eight. A total of 1,238 individuals were screened where 1,230 were found negative.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KUCHING (Jan 12): The Sebauh district is now a Covid-19 orange zone after 21 local infections were reported in the past 14 days, said the State Disaster Management Committee (SDMC).
SDMC also reported that the Limbang district changed from green to yellow zone status after one new cases was reported in the district today.
“Kuching, Sibu and Miri remain as red zones with a total of 316 local transmissions reported in those three districts in the past 14 days,” said the committee in a statement today.
The districts of Beluru, Dalat, Selangau, Samarahan, Sri Aman, Bukit Mabong, Meradong and Bintulu remain as yellow zones with a total of 26 local transmissions reported in the past 14 days.
The other 27 districts in the state remain as green zones.
|
|
|
|
|
|
|
|
146 kes, Kluster Bukit Sekubong, Bintulu dikenal pasti
KUCHING: Sarawak merekodkan 146 kes positif menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,574 kes.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata, Sibu mencatatkan kes tertinggi iaitu 92 kes, Sebauh (20), Kanowit (12), Miri (11), Beluru (3), Kuching (3), Dalat (2), Saratok (1), Bintulu (1) dan Limbang (1)].
"Daerah Sibu mencatatkan 92 kes iaitu hari ini iaitu 83 jangkitan daripada Kluster Pasai, 7 lain-lain saringan dan 1 saringan individu balik dari kawasan berisiko tinggi jangkitan COVID-19," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kluster baharu dikenal pasti iaitu Kluster Bukit Sekubong, Sebauh di Bahagian Bintulu.
Menurutnya, indeks kes kepada kluster ini ialah kes 1,258 yang dikesan melalui saringan individu bergejala pada 8 Januari 2021 setelah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Sebauh, Bintulu.
"Sehingga 12 Januari 2021, jam 12:00 tengah hari sejumlah 32 orang telah disaring iaitu 21 kes dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 3 individu negatif; dan 8 individu yang masih menunggu keputusan," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Warga Pasai tertekan dan bimbang dengan persepsi masyarakat
SIBU: Penduduk Pasai serta kawasan berhampiran, di sini bimbang dengan persepsi masyarakat berikutan penularan wabak COVID-19 di daerah ini yang dikaitkan dengan Kluster Pasai.
Penghulu Richard Ampi yang bertanggungjawab bagi kawasan Pasai Siong berkata kewujudannya (Kluster Pasai) telah menakutkan orang ramai terutama orang luar dan keadaan itu telah menyebabkan penduduk Pasai berasa tertekan.
“Penduduk Pasai mula perasan masyarakat takut dengan kawasan ini dan mereka mula berasa tertekan dengan keadaan itu,” katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut Richard, kawasan Pasai sangat luas dan terdapat lebih 20 rumah panjang.
Katanya, kawasan Pasai pula terbahagi kepada beberapa bahagian termasuk Pasai Siong.
“Antara penempatan yang terdapat di kawasan Pasai Siong termasuk Lubok Pelaie, Siong Ulu, Siong Ili dan Siong Tengah.
“Ketika ini, tumpuan pengesanan kontak rapat serta ujian saringan COVID-19 lebih kepada penduduk di Siong Tengah.
“Dianggarkan terdapat sembilan rumah panjang di Siong Tengah,” jelas beliau.
Justeru Richard mengajak masyarakat di luar kawasan Pasai bertindak bijak dalam menguruskan pemikiran dan emosi.
Selain itu katanya, masyarakat di luar Pasai juga harus bijak menapis dan memilih maklumat berkualiti sahaja bagi mengelak berlakunya salah faham.
“Saya berharap masyarakat di luar kawasan Pasai berhenti menjadi negatif, malah sepatutnya memberi sokongan moral kerana tiada siapa yang mahu dijangkiti wabak itu,” katanya.
Katanya, sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya saling memberi sokongan moral antara satu sama lain.
Ahad lalu, satu kluster baharu telah dikesan di Sibu selepas seorang wanita yang kembali dari Johor untuk menghadiri pengebumian bapanya di Rumah Langi Ambau@Douglas, Pasai Siong dikenal pasti sebagai penyebar dalam kalangan penduduk di rumah panjangnya.
Berikutan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBN) Sibu memutuskan melakukan kawalan pergerakan di kawasan berkenaan.
kredit:utusanborneo 14Jan2021 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
COVID-19: 69 kes positif baharu di Sarawak
KUCHING: Sarawak merekodkan 69 kes positif COVID-19 baharu hari ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan positif di negeri ini meningkat kepada 2,049 kes.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Emas berkata daripada 69 kes berkenaan 30 kes baharu dikesan di Sibu diikuti Kuching (10), Bintulu (9), Kanowit (5), Miri (4), Meradong (2), Asajaya (2), Selangau (2), Lubok Antu (1), Samarahan (1), Sarikei (1), Simunjan (1) dan Sebauh (1).
“Di Sibu, daripada 30 kes direkodkan, 29 adalah kes yang melibatkan Kluster Pasai manakal satu kes melibatkan individu menjalani saringan kendiri di fasiliti kesihatan swasta.
“Di Kuching, lapan dari 10 kes adalah saringan individu balik dari kawasan berisiko jangkitan COVID-19 (Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Sabah) manakala satu kes yang disaring kerana mempunyai kontak rapat kepada kes positif dan satu lagi kes berkaitan Kluster Stutong,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata di Bintulu sembilan kes dikesan dengan tujuh daripadanya melibatkan Kluster Pasai, satu kes yang disaring kerana mempunyai kontak kepada kes positif dan satu kes adalah saringan seorang bukan warganegara yang baru dari Pakistan.
Beliau memberitahu, lima kes direkodkan di Kanowit dengan kesemuanya melibatkan Kluster Pasai.
Sementara di Miri empat kes dengan tiga daripadanya melibatkan Kluster Jelita dan satu kes saringan individu pulang dari kawasan berisiko tinggi COVID-19, ujarnya.
“Di Selangau terdapat dua kes, yang kedua-duanya melibatkan Kluster Pasai dan di Meradong dua kes juga kedua-duanya melibatkan Kluster Pasai.
“Manakala di Asajaya dua kes yang telah disaring kerana mempunyai tanda dan gejala jangkitan COVID-19 di klinik kesihatan kerajaan di Sadong Jaya dan kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan,” katanya.
Uggah memberitahu, di Lubok Antu sat ukes dikesan melibatkan individu telah disaring kerana mempunyai Severe Acute Respiratory Infection (SARI) semasa kemasukan ke Hospital Sri Aman dan kes dikategorikan sebagai kes jangkitan tempatan.
Di Samarahan, satu kes dikesan iaitu individu warga tempatan (Sarawak) yang disaring kerana mempunyai gejala jangkitan COVID-19 dan kes ini mempunyai sejarah balik dari kawasan berisiko jangkitan COVID-19 iaitu Kelantan pada 03 Januari 2021 dan telah menjalani kuarantin di pusat kuarantin, katanya.
Beliau memberitahu sementara itu di Sarikei, Simunjan dan Sebauh masing-masing satu kes direkodkan hari ini yang semuanya juga dari Kluster Pasai.
Mengenai kluster di Sarawak yang masih aktif, Uggah berkata sehingga hari ini tujuh kluster COVID-19 masih aktif iaitu Kluster Bukit Sekubong (Sebauh), Kluster Jelita ( Miri), Kluster Pasai (Sibu), Kluster Keranji Tabuan (Kuching), Kluster Bah Sayap (Miri), Kluster Stutong (Kuching) dan Kluster Mador, (Meradong).
kredit : utusanborneo - 16 January 2020 Sabtu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|