|
KUCHING, 15 Januari: Tarian singa dan naga adalah tidak dibenarkan ketika perayaan Tahun Baharu Cina (CNY) 2021.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata demikian dan ini adalah antara Prosedur Operasi Standard (SOP) perayaan terbabit ketika pandemik Covid-19 ini.
"Tiada rumah terbuka, tiada ziarah (rumah ke rumah), tiada perhimpunan di restoran atau hotel, tiada bazaar, tiada sambutan di tokong dan tempat awam. Dan juga bagi kali pertama tarian singa dan naga tidak dibenarkan CNY ini,"katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya hari ini.
Dr Sim berkata antara peraturan lain ialah tiada makan malam reunion di hotel atau restoran di ambang ataupun ketika perayaan CNY dan makan malam terbabit dibenarkan di rumah sendiri sahaja.
"Sambutan CNY dibenarkan hanya hari pertama sahaja dan hanya bagi ahli keluarga terdekat,"katanya dalam kenyataannya di laman Facebooknya hari ini.
Beliau berkata selain itu maksima seramai 20 ahli keluarga sahaja tanpa mengira besar rumah dan dengan penjarakkan fizikal sekurangnya satu meter serta tiada sentuhan fizikal.
Tambahnya, ahli keluarga yang menziarahi mesti mendaftar dengan must register MySejahtera/ COVIDTrace/ Qmunity bagi tujuan pengesanan kontak.
"Bagi mereka yang melakukan pendaftaran manual, mesti menyertakan tarikh, masa, nama dan nombor telefon,"katanya.
Katanya ahli keluarga itu yang mempunyai suhu badan > 37.5 c atau menunjukkan simptom tidak dibenarkan masuk dan dinasihatkan pergi ke hospital dan klinik berhampiran.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|