CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1168|Reply: 1

[SABAH] Angkara lepas gian

[Copy link]
Post time 17-1-2021 05:30 AM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Tiga sekawan yang leka melepaskan gian syabu tidak sedar diserbu sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Kota Kinabalu di Sepanggar baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata serbuan kira-kira jam 10.20 pagi pada 14 Januari lalu itu juga berjaya merampas keseluruhan 75.80 gram syabu yang dianggarkan bernilai RM7,580.

“Hasil maklumat risikan, pasukan BSJN menjalankan serbuan di sebuah pondok yang dipercayai dijadikan sebagai lokasi untuk menjalankan kegiatan penyalahgunaan dadah di Kampung Lok Buno Sepanggar.

“Semasa serbuan, tiga lelaki berumur 36 hingga 49 tahun yang leka menghisap dadah jenis syabu gagal melarikan diri sebelum dicekup pasukan serbuan,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan menemukan satu paket syabu seberat 0.10 gram yang diletakkan di atas lantai pondok.

“Siasatan terperinci terhadap suspek kemudiannya menemukan dua bungkusan syabu seberat 75.70 gram yang disembunyikan di dalam lipatan kanvas di atas salah satu rangka besi di hadapan pondok berkenaan.

“Kesemua suspek yang ditahan juga dikesan tidak mempunyai pekerjaan tetap manakala salah seorang suspek tiada sebarang dokumen pengenalan diri yang sah serta mempunyai rekod kesalahan lampau mengikut kesalahan penyalahgunaan dadah,” katanya sambil menambah kesemua suspek positif syabu.

Habibi berkata kesemua suspek mengaku sudah membabitkan diri dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dengan menjadi orang tengah dalam tempoh yang agak lama.

“Suspek bertindak sebagai pengantara kepada sindiket pengedaran dadah dengan menjual bekalan syabu kepada penagih di kawasan sekitar.

“Bagi setiap kali pengedaran terbabit suspek akan mendapat upah berdasarkan keuntungan jualan sebanyak RM10 sehingga RM100,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Vivi Olviana Najurus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2021 05:30 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.044067 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list