View: 1255|Reply: 1
|
[SARAWAK] Sibu perlu lebih banyak hotel sebagai pusat kuarantin: Lau
[Copy link]
|
|
SIBU: Lebih banyak pengusaha hotel di sini diseru agar menawarkan hotel mereka untuk dibuka sebagai pusat kuarantin.
Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau berkata, ini kerana Sibu akan membenarkan kemasukan semula penerbangan dari luar Sarawak apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat kelak.
Justeru katanya, lebih banyak pusat kuarantin amat diperlukan bagi menampung penumpang yang datang ke sini.
Setakat ini katanya, terdapat tiga hotel di Sibu yang dijadikan pusat kuarantin.
“Hotel-hotel tersebut ialah Hotel Premier, Hotel Kawan dan Hotel Sarawak dengan jumlah keseluruhan 309 bilik,” katanya pada sesi dialog dengan Persatuan Hotel Wilayah Tengah Sarawak di sebuah hotel di sini, petang kelmarin.
Hadir sama ialah Timbalan Residen Bahagian Sibu Wong Hee Sieng, Pengarah Urusan Pusat Perubatan Borneo (BMC) Dr Peter Tang dan Pengurus Besar Hotel Premier Tony Hii.
Sesi dialog dengan pengusaha hotel itu bertujuan berkongsi apa yang diperlukan oleh hotel yang digunakan sebagai pusat kuarantin untuk orang yang dipantau (PUS).
Lau berkata, dialog itu juga untuk membolehkan pengusaha hotel meningkatkan pemahaman mereka mengenai keperluan daripada pihak hotel.
Selepas sesi dialog tersebut, beliau berkata tiga lagi hotel dengan jumlah lebih daripada 400 bilik pada prinsipnya telah bersetuju untuk dijadikan pusat kuarantin bagi PUS tertakluk kepada penerimaan syarat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).
“Bilik-bilik tambahan ini harus sedia untuk digunakan oleh orang dari luar Sarawak apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sibu ditamatkan,” tambahnya.
Terdahulu, Wong berkata hotel sebagai pusat kuarantin untuk PUS amat diperlukan apabila PKP ditamatkan di Sibu agar penerbangan dari luar Sarawak dapat disambung semula.
Beliau berkata, pada masa ini tidak ada penerbangan masuk ke Sibu kecuali penerbangan dalaman.
Katanya, PUS adalah orang yang kembali ke Sarawak melalui Lapangan Terbang Sibu dan mereka akan menjalani kuarantin 14 hari.
Sementara itu, Hii turut berkongsi pengalaman Hotel Premier sebagai hotel kuarantin.
Menurutnya, Hotel Premier menawarkan khidmat sebagai hotel kuarantin sejak pelaksanaan PKP pada Mac tahun lalu hingga sekarang.
Bahagian Sibu sedang menjalani PKP mulai semalam hingga 29 Januari ini sebagai usaha untuk memutuskan rantaian penularan COVID-19 susulan peningkatan mendadak kes positif sejak awal minggu ini.
Watt Zacchaeus
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SIBU: Lebih ramai lagi pemilik hotel di sini digesa supaya membuka premis mereka sebagai tempat kuarantin.
Ahli Dewan Negara Senator Robert Lau Hui Yew berkata, susulan peningkatan kes Covid-19 di sini khidmat mereka diperlukan bagi membantu kerajaan.
Menurutnya, Kluster Pasai berpunca dari masalah tempat kuarantin yang sangat terhad di Sibu hingga membolehkan perebak utamanya itu dibenarkan kuarantin di rumah.
“Pandangan saya mengenai isu ini adalah menggesa lebih banyak pengusaha hotel di Sibu untuk membuka pusat kuarantin.
“Namun kita tidak terus menyalahkan sesiapa mengenai hal ini kerana boleh dianggap sebagai di luar jangkaan kita,” tegas beliau.
Lau menjelaskan bahawa banyak rakyat Sarawak dari Semenanjung Malaysia mendarat di Lapangan Terbang Sibu diberi kuarantin rumah selama 14 hari dan bukannya di pusat kuarantin (hotel) mulai awal Disember 2020.
“Saya mempunyai beberapa kebimbangan sebelum ini mengenai perkara tersebut yang dibaratkan seperti bom menunggu masa untuk meletup.
“Pada masa itu, hanya ada satu hotel di Sibu yang bersedia menjadi pusat kuarantin iaitu Premier Hotel dengan sekitar 180 bilik.
“Pilihan yang tinggal adalah sama ada melaksanakan kuarantin di rumah atau membatalkan semua perjalanan antara Sibu dengan dunia luar (terdapat penerbangan terhad dari Johor, KL dan KK pada masa itu),” jelas beliau.
Dengan memutuskan penerangan untuk semua sektor juga, Sibu akan terpinggir di mana barang dan perkhidmatan penting masih diperlukan seperti ubat-ubatan, pegawai kesihatan, juruteknik yang perlu masuk dari Semenanjung Malaysia, tegasnya.
Kemudian, ujarnya ada kes orang yang perlu pulang kerana hal-hal kecemasan seperti masalah keluarga.
“Pada pandangan saya, dua faktor utama menyumbang kepada wabak terbaharu ini (Kluster Pasai).
“Pertama, di peringkat komuniti perniagaan dan yang kedua di peringkat individu,” kata Lau.
Suara Sarawak
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|