View: 1625|Reply: 8
|
[SABAH] Dua Beradik Jumpa Mayat Bapa Dalam Perahu
[Copy link]
|
|
Mayat mangsa, Binjamin (gambar kecil) dibawa oleh pihak KKM mengikut SOP ke Hospital Besar Tawau.
Dua Beradik Jumpa Mayat Bapa Dalam Perahu Di Tawau
TAWAU: Dua beradik terkejut selepas menemukan mayat bapa mereka di dalam perahu di kawasan Laut Batu Payung di sini tengah hari tadi.
Amirkhan Binjamin berkata bapanya Binjamin Osman, 65, keluar dari rumah di Kampung Tanjung Batu Laut sejak 5 petang semalam untuk memukat di kawasan laut berdekatan namun beranggapan bapanya itu pergi memancing lagi walaupun tidak pulang sehingga tengah malam tadi.
“Sehingga jam 11 pagi tadi, saya dan adik keluar mencari dan menemukan perahu bapa di sini kira-kira 12 tengah hari tadi. Didapati bapa terbaring tidak sedar di dalam perahunya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Amirkhan turut meminta pertolongan daripada bot peronda Pasukan Polis Marin (PPM) yang kebetulan melalui kawasan itu.
“Bapa tidak mempunyai penyakit kronik selain hanya mengalami sakit kaki biasa sahaja dan mempunyai pengalaman luas dalam kerja-kerja nelayan,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau DSP Mohd Nazari Ismail berkata Bilik Gerakan PPM menerima panggilan daripada anggota Bot RH59 berhubung kejadian itu.
“Anak mangsa meminta bantuan daripada anggota bot RH59 yang kebetulan melalui kawasan tersebut sebelum bot PGR 3 diarahkan ke lokasi kejadian untuk mengiringi bot mangsa ke Pangkalan PPM Tawau.
“PPM juga menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dan Jabatan Kesihatan mengenai penemuan jenazah berkenaan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Jenazah tiba di Pangkalan PPM Tawau pada 1.50 petang dan petugas kesihatan membawa mayat itu ke Hospital Besar Tawau untuk tindakan lanjut.
BERNAMA
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 25-1-2021 07:34 AM
Takziah kpd keluarga
Jantung kot.. tp sian ek.. prosedur angkat mayat gune ppe sian ek |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 25-1-2021 08:08 AM
Jantung kot.. tp sian ek.. prosedur angkat mayat gune ppe sian ek
Mmg kesian sbb itu sop jaman pandemik now. Pastu kena cek ada kobid ke dak. Doa2 je la pandemik berakhir. |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 25-1-2021 08:28 AM
Mmg kesian sbb itu sop jaman pandemik now. Pastu kena cek ada kobid ke dak. Doa2 je la pandemik be ...
Tu laa.. dah la sakit mati pas tu sakit kena korek idung la plk.. pas tuu sakit kena post mortem plk |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 25-1-2021 08:29 AM
Tu laa.. dah la sakit mati pas tu sakit kena korek idung la plk.. pas tuu sakit kena post mortem p ...
Abis tu.. dah kata takde sakit lain. Kena dpt tau juga punca sakit...
Lepas dah meninggal, akan terasa sakit pada jasad lagi ka? Bkn ke roh dah dicabut drp jasad? |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 25-1-2021 08:32 AM
Abis tu.. dah kata takde sakit lain. Kena dpt tau juga punca sakit...
Lepas dah meninggal, akan t ...
Tak tau.. itu aku tak tau.. setad ckp sakir.. |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 25-1-2021 08:35 AM
Tak tau.. itu aku tak tau.. setad ckp sakir..
Iols pun takde ilmu sampai ke giteww... dolu2 mmg ada org ckp sakit tapi pastu iols baca ttg kematian, tang masa roh dicabut, ada tmpt2 yg kita akan rasa sakit. Paling sakit apabila dicabut habis.. cenggitu la |
|
|
|
|
|
|
|
heart attack agaknya
sian, keluar cari rezeki |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|