CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 873|Reply: 1

OLIMPIK: 'Bukan impian saya seorang'

[Copy link]
Post time 21-7-2021 04:24 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei mahu atlet negara meneruskan misinya yang 'tergendala' dengan memburu pingat emas pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan membuka tirai secara rasminya, Jumaat ini.
Bekas jaguh badminton negara itu tiga kali gagal dalam menamatkan penantian Malaysia bagi meraih emas sulung di Olimpik apabila dia dikecewakan di pentas final edisi 2008 di Beijing, 2012 di London dan 2016 di Rio de Janeiro.
Justeru, dia yang menggalas tanggungjawab sebagai ketua kontinjen ke Tokyo berharap ada atlet negara yang mampu merealisasikan impiannya itu di Tokyo kali ini.
"Ini bukan impian saya seorang, tetapi seluruh rakyat Malaysia. Sebagai atlet, saya tidak dapat menyumbang emas tetapi saya berharap kali ini sebagai ketua kontinjen, saya dapat membantu atlet meraih emas pertama negara.

"Ini adalah perjuangan kita semua. Saya mahu atlet semua tahu yang mereka tidak berjuang berseorangan.
"Sebaliknya, doa dan harapan seluruh rakyat Malaysia akan mengiringi perjuangan mereka di Tokyo. Saya harap mereka akan buat yang terbaik," katanya yang mengumumkan persaraan pada Julai 2019 susulan masalah kesihatan.
Kelmarin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan sasaran kontinjen negara pada Sukan Olimpik kali ini dengan misi membawa pulang tiga pingat termasuk satu emas dari Tokyo.
Beliau berkata, sasaran itu lebih tertumpu kepada sukan badminton, basikal trek dan akuatik.
Mengulas mengenai sasaran berkenaan, Chong Wei yang tidak dapat ke Tokyo atas faktor kesihatan berkata, ia adalah sasaran realistik dan fokus sudah pasti tertumpu kepada usaha bagi meraih emas sulung Malaysia.
Sukan Olimpik Rio 2016 menjadi pencapaian terbaik kontinjen negara setakat ini apabila membawa pulang empat perak dan satu gangsa.
Perak disumbangkan menerusi Chong Wei dalam acara badminton perseorangan lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran) dan Pendelela Rinong-Cheong Jun Hoong (terjun) manakala jaguh basikal trek, Datuk Azizulhasni Awang meraih gangsa bagi acara keirin.
Walaupun tidak bersama atlet di Tokyo, Chong Wei tetap memantau perkembangan semasa dan berhubung dengan mereka secara dalam talian.
"Saya akan mendapatkan perkembangan atlet daripada Setiausaha Agung MOM (Majlis Olimpik Malaysia), Datuk Mohd Nazifuddin Najib. Setakat ini, saya dimaklumkan atlet yang sudah tiba di Tokyo berada dalam keadaan baik.
"Mereka gembira dengan kemudahan yang ada di perkampungan atlet biarpun perlu mengikut SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan.
"Biarpun timbul kebimbangan selepas ada atlet yang diuji positif COVID-19 di perkampungan atlet, pihak sekretariat Malaysia sudah mengambil langkah yang perlu dan akan sentiasa mengawasi serta memantau atlet kita.
"Saya juga nasihatkan atlet agar sentiasa menjaga diri dan elakkan berada di tempat ramai orang. Apa pun, saya percaya atlet semua memang sudah bersedia untuk memulakan aksi masing-masing," katanya.

https://www.bharian.com.my/sukan/lain-lain/2021/07/841703/olimpik-bukan-impian-saya-seorang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2021 04:31 PM | Show all posts
Semoga impian LCW yang tertangguh dpt direalisasikan oleh atlet lain pada temasya kali ini..EMAS PERTAMA OLIMPIK
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.640434 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list