CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1108|Reply: 1

Azreen intai lebur rekod G Shanti

[Copy link]
Post time 23-7-2021 10:49 PM | Show all posts |Read mode
Azreen intai lebur rekod G Shanti



KUALA TERENGGANU: Pesanan ibu supaya fokus dan tidak putus asa setiap kali bertarung menjadi azimat berguna buat pelari pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias.
Olahragawati Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak itu yang kematian bapanya pada 2014 kini lebih banyak berkongsi kegembiraan bersama ibunya, Khadijah Ali, 60 yang kini menetap di Kampung Saujana, Setiu selain adik-beradiknya.
"Jika bapa masih ada pasti gembira selepas saya terpilih mewakili negara ke pentas tertinggi dunia itu kerana arwah bapa bersama ibu yang banyak memberi dorongan sehingga saya berada pada tahap ini, saya mahu buktikan mampu lakukan yang terbaik di pentas Olimpik itu," katanya.
Mengulas mengenai impiannya pada temasya berprestij itu, penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi itu yang bakal beraksi dalam acara 100 meter (m) sudah pasti mahu lakukan catatan masa terbaik dalam sukan berprestij itu.
"Impian pertama saya sudah pasti mahu lakukan catatan masa terbaik di pentas dunia itu sekali gus memperbaiki rekod peribadi dengan 11.81 saat yang saya lakukan ketika mewakili Terengganu pada pentas SUKMA 2018.
"Impian kedua sudah pasti mahu mengintai peluang untuk memecah rekod kebangsaan 28 tahun lalu milik bekas pelari pecut negara, G Shanti yang melakukan catatan masa 11.50 saat ketika Pra Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 1993.
"Namun saya akui bukan mudah untuk merakam catatan terbaik kerana perlu bersaing dengan atlet terbaik seluruh negara yang sudah pasti lebih pantas selain mereka sudah pasti melakukan persiapan lebih awal.
"Tapi saya tetap bangga dan bersedia bersaing dengan peserta terbaik dunia walaupun sebelum turun ke gelanggang nanti pasti perasaan gementar menyelubungi saya kerana mereka lebih laju berbanding saya," katanya yang bakal bertolak ke Tokyo pada 25 Julai ini.
Terdahulu, anak ketujuh daripada lapan adik-beradik itu yang menjadikan pelari Amerika Syarikat, Allyson Felix sebagai idolanya mendapat tiket 'wild card' beraksi di pentas Olimpik Tokyo awal bulan ini.
https://www.bharian.com.my/sukan/olahraga/2021/07/839091/azreen-intai-lebur-rekod-g-shanti

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2021 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Goodluck dik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:26 PM GMT+8 , Processed in 1.401942 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list