View: 1392|Reply: 2
|
Farah Ann sedia ‘move on’
[Copy link]
|
|
FARAH ANN gagal mara ke pentas final selepas menduduki tempat ke-53 daripada 85 peserta. - AFP
Farah Ann sedia ‘move on’
PINTU buat ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi untuk mara ke pentas final acara individu all-around boleh dikatakan telah tertutup rapat.
Pada saingan kelayakan tersebut, Farah Ann sekadar mengumpul 48.565 mata sekali gus menduduki tangga ke-53 daripada 85 peserta sekali gus impiannya untuk memburu tiket ke pusingan akhir tidak kesampaian.
“Saya sudah berikan segalanya tapi tidak berjaya. Saya cuba ‘move on’ dan buat yang terbaik dalam kejohanan akan datang,” katanya kepada Astro Arena.
Pada saingan tersebut, gimnas Amerika Syarikat (AS), Simone Biles terus mencuri tumpuan apabila menduduki tangga teratas diikuti rakan senegaranya Sunisa Lee selepas masing-masing mengumpul 57.731 mata dan 57.166 mata.
Atlet Rusia, Angelina Melnikova menduduki tangga ketiga dengan kutipan mata 57.132. Pada saingan tersebut, hanya 24 gimnas terbaik dengan maksimum dua wakil setiap negara layak ke final bagi acara individu all around. – K! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak sampai 10 mata di belakang top 3. Not bad ha |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Farah. Respect nilai patriotik sheol. Very pretty and hardworking. Sebak gak tengok dia sedih kalah..
Anyway umur dia terlalu tua kan utk sukan ni, apakan daya ini jelah permata negara |
|
|
|
|
|
|
| |
|