CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1648|Reply: 13

Zii Jia tepati ramalan

[Copy link]
Post time 28-7-2021 10:40 PM | Show all posts |Read mode
Zii Jia tepati ramalan

Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menepati ramalan melangkah ke pusingan seterusnya selepas mengatasi lawannya dalam saingan akhir kumpulan M sebentar tadi.
Zii Jia yang juga juara Seluruh England 2021 berjaya menewaskan pemain Perancis, Brice Leverdez yang berada di ranking ke-36 dunia menerusi straight set 21-17,21-5.
Perlawanan yang berlangsung di Musashino Forest Sport Plaza menyaksikan pemain perseorangan negara itu beraksi cemerlang untuk menundukkan lawan pada pertemuan set pertama.
Kecemerlangan itu diteruskan pada set kedua walaupun Leverdez cuba memberi tentangan namun Zii Jia tetap tenang mematahkan setiap serangan untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Zii Jia berjaya menempah tiket ke pusingan seterusnya esok dengan bertemu pemain China, Chen Long.
Mengikut rekod, Leverdez bukanlah lawan mudah apabila dia pernah mengejutkan bekas pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei di dua kejohanan iaitu di Kejohanan Dunia 2017 dan Terbuka Denmark 2016.
Sebelum ini, Zii Jia tidak berdepan masalah besar pada perlawanan pertama apabila berjaya menundukkan pemain Ukraine, Artem Pochtarov 21-5, 21-11 dalam tempoh 25 minit.
sumber : HMetro


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2021 10:41 PM | Show all posts

Pemain negara, Lee Zii Jia menentang pemain Perancis, Brice Leverdez dalam acara perseorangan lelaki badminton pada saingan peringkat kumpulan di Sukan Olimpik Tokyo. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Congratss zii jia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2021 11:02 PM | Show all posts
next game lawan chen long ujian sebenar bermula
gud luck
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 28-7-2021 11:02 PM
next game lawan chen long ujian sebenar bermula
gud luck

awalnyaaa jumpa, dah la msia masih kegersangan pingat emas, badminton dgn cycling track je la harapan terbaik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2021 11:10 PM | Show all posts
bakingsoda replied at 28-7-2021 11:09 PM
awalnyaaa jumpa, dah la msia masih kegersangan pingat emas, badminton dgn cycling track je la hara ...

terjun ada lagi kan..acara individu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Look forward next game. Good luck #lzj #teammalaysia
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
I doa zi jia menang lawan chen long. Kt arena semua ckp zi jia boleh menang lawan chen long sbb dh chen long pun udah tua. Tua tp experience banyak sherammm jugak. Mengharap pingat dari badminton, terjun dan basikal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2021 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 28-7-2021 11:10 PM
terjun ada lagi kan..acara individu

oh ingat dah habis acara terjun, maap tak tengok jadual hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2021 11:26 PM | Show all posts
bakingsoda replied at 28-7-2021 11:24 PM
oh ingat dah habis acara terjun, maap tak tengok jadual hehe

"Pandelela dan Cheong Jun Hoong akan turun beraksi dalam acara 10m platform individu wanita dan Nur Dhabitah dan Ng Yan Yee bagi acara 3m papan anjal individu wanita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2021 11:27 PM | Show all posts
tarikh kena gogel
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 28-7-2021 11:02 PM
next game lawan chen long ujian sebenar bermula
gud luck

Wah....dia akn bertembung dgn naga tembok besar....chaiyok...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Good luck malaysiaaaa..smoga smanya sihat2
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2021 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Best of luck Msia!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.054168 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list