CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1181|Reply: 7

Chen Long 'psiko' Zii Jia

[Copy link]
Post time 29-7-2021 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Chen Long 'psiko' Zii Jia

Kuala Lumpur: Pujian melambung atau hanyalah serangan psikologi.
Belum lagi perlawanan membabitkan perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia menentang pemain China, Chen Long bermula sudah ada perang 'psikologi' antara mereka.
Hal ini apabila Chen Long memberikan pujian 'melambung' kepada Zii Jia yang berjaya mempamerkan aksi konsisten dalam dua perlawanan peringkat Kumpulan M sekali gus dilihat mampu mencipta kejayaan dalam acara perseorangan di Olimpik Tokyo.
Namun, Zii Jia yang mahu bermain lebih 'enjoy' dalam setiap perlawanan termasuk bertemu Chen Long esok tidak mahu memikirkan perkara terbabit dan mahu kekal fokus mencipta kejayaan pada perlawanan seterusnya.
"Saya rasa mungkin Chen Long bukan mahu 'psiko' saya dan saya pun sudah tengok dia main dari kecil tapi kita tak tahu esok lawan macam mana.
"Saya tiap kali main mahu main akan pandang ke depan lagi pun sudah setahun kami tidak bermain sama," katanya.
Terdahulu, Zii Jia menepati ramalan melangkah ke pusingan seterusnya selepas mengatasi lawannya dalam saingan akhir Kumpulan M, sebentar tadi.
Zii Jia yang juga juara Seluruh England 2021 berjaya menewaskan pemain Perancis, Brice Leverdez yang berada di ranking ke-36 dunia menerusi straight set 21-17,21-5.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Zii Jia berjaya menempah tiket ke pusingan seterusnya esok dengan bertemu Chen Long.
Rekod pertemuan antara kedua-dua pemain seimbang, selepas terikat 2-2, namun Zii Jia dilihat mempunyai sedikit kelebihan apabila menewaskan Chen Long 21-12, 21-18 pada peringkat suku akhir kejohanan badminton Seluruh England 2020, yang juga adalah pertembungan terakhir mereka.
sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2021 09:13 AM | Show all posts

Chen Long (kiri) dan Zii Jia berentap di Olimpik Tokyo.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
All the best Zii Jia. Mcm la dia baca kat sini heh
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Good luck  LZJ
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 09:33 AM | Show all posts
LZJ memang nampak cool and calm tapi tu lah, sebelum ni still lawan yang bukan class dia.
Harini baru boleh tengok kemampuan sebenar dia. Kalau menang insyaAllah, boleh berangan untuk emas.
Mcm dia cakap pun condition dia terbaik, tengok form pun mmg cantik.

One thing yang aku rase dia ni lebih dari LCW ialah dia ni main attacking, LCW banyak main technical dan rally. mmg excited kalau tengok LZJ ni main. boleh pergi jauh.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Gud luck LZJ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Good luck!
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2021 12:42 PM | Show all posts
Mental mmg kena steady.
Single Badminton ni mcm main chess. Anticipation. dan stamina.
Double pulak servis dan front court play.

Moga berjaya LZJ.
Tadi tgk SWY/AC vs Minions. MMg class. Semua skill keluar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 02:15 PM GMT+8 , Processed in 0.047684 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list