Tokyo: Juara dunia dua kali lompat bergalah, Sam Kendricks tersingkir dari saingan Olimpik Tokyo selepas diuji positif Covid-19. Perkara itu disahkan Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Amerika Syarikat (USOPC). "Kami sangat sedih untuk mengesahkan Sam Kendricks diuji positif Covid-19 dan tidak akan beraksi di Olimpik Tokyo 2020," kata USOPC dalam satu kenyataan di Twitter. Kendricks yang meraih emas dua kali berturut-turut di kejohanan dunia pada 2017 dan 2019, adalah salah seorang atlet pilihan di Tokyo bersama pemegang rekod dunia dari Sweden, Armand Duplantis. Atlet berkarisma berusia 28 tahun yang juga pemenang pingat gangsa Olimpik Rio 2016 itu sekarang ini melakukan pengasingan kendiri. "Sejajar dengan peraturan dan protokol setempat, dia sudah dipindahkan di hotel untuk melakukan kuarantin dan dibantu oleh staf USOPC dan Persekutuan trek dan padang Amerika Syarikat. "Sam adalah atlet Amerika Syarikat yang luar biasa dan ketiadaannya akan dirasai. Bagi menghormati privasinya kami enggan memberikan lebih banyak maklumat buat masa ini "Sam adalah ahli Team USA yang luar biasa dan berjaya dan kehadirannya akan dirindui. Kerana menghormati privasinya, kami tidak dapat memberikan lebih banyak maklumat buat masa ini," kata USOPC. Bapanya yang merangkap jurulatih, Scott Kendricks adalah orang pertama mengumumkan bahawa anaknya positif Covid-19 di Instagram sebelum ia dipadamkan. "Hari ini petugas rasmi Olimpik Tokyo memberitahu ujian harian Sam positif. Jadi dia terkeluar dari saingan. Dia berada dalam keadaan baik dan tiada simptom," kata Scott Kendricks. sumber : HMetro
|