[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 3, 2021 @ 10:34am[email protected]
GEORGETOWN: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang kembali normal sepenuhnya pada jam 3.19 pagi tadi.
Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohammed Idid, berkata siasatan pihaknya mendedahkan berlaku kerosakan kabel di Kilometer 138 yang menyebabkan bekalan elektrik terputus di jambatan dan plaza tol kelmarin.
"Bagaimanapun, kabel ini berjaya dibaiki dan operasi sudah kembali normal sepenuhnya.
"Keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami dan akan melakukan segala yang perlu bagi memastikan keselesaan di sepanjang perjalanan anda," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Terdahulu, PLUS mengesahkan Jambatan Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan elektrik sejak jam 8.23 malam kelmarin.
Kejadian itu juga menyebabkan bekalan elektrik di kawasan sekitar pulau dan Seberang Jaya yang menghubungkan kepada jambatan turut terjejas buat sementara waktu.