CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40538|Reply: 126

apa kena dgn Bahasa Melayu di Singapura skang...? (merged with chipmunk))

[Copy link]
Post time 20-9-2004 06:09 PM | Show all posts |Read mode
Bahasa Melayu di Singapura ibarat:

  HIDUP SEGAN , MATI  X MAU...........


apa yg x kena dgn Bahasa Melayu di Singapura..........

di Singapura Bahasa Melayu masih lagi Bahasa Kebangsaan

tapi apa taraf nyer sekarang...?

kenapa di jalan2, bill board( papan2 iklan ) , stesen2 T.V ,dll

mau pun Kerajaan Singapura sendiri guna Bahasa Inggeris dll Bahasa Asing ..?


TANYA LAH KERAJAAN atau pun RAKYAT asal Singapura....dgn soalan...
  
..........WHAT IS SINGAPORE NATIONAL LANGUAGE....?

..........APA BAHASA KEBANGSAAN SINGAPURA.....?

  bagi yg tau pasti akan jwb...Bahasa Melayu lah....

  tapi BAHASA ASING pula yg di-JUNJUNG2 @ di-AGUNG2-kan

utk maklumat tang Bahasa Kebangsaan Singapura ...
  
.................sila ke  :dia: http://en.wikipedia.org/wiki/Singapore


:solute::solute::solute::solute::solute:


Harap dpt maklum balas drp Forummer....

:pmuka::ketuk::ketuk:


P/S: Topik ni hanya untuk m'bincang'n Masalah yg menimpa Bahasa Kebangsaan Singapura iaitu Bahasa Melayu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2003 11:35 PM | Show all posts

apa kena dgn Bahasa Melayu di Singapura skang...? (merged with chipmunk))

lagu kebangsaan singapura

rupenya dalam bahasa melayu yea...

Mari kita rakyat Singapura,
Sama-sama menuju bahagia,
Cita-cita kita yang mulia,
Berjaya Singapura,

Marilah kita bersatu,
Dengan semangat yang baru,
Semua kita berseru,
Majulah Singapura.

ade sesiapa tau sejarah dan asal usul lagu nie tak..nape still gune bm dan sebagainya...sape org sgapore...org msia nak tau gak mcmane kan ...hehhe


[ Last edited by fleurzsa on 28-10-2004 at 11:52 AM ]
Reply

Use magic Report

rodriguez This user has been deleted
Post time 10-11-2003 12:14 AM | Show all posts
herm..bahasa melayu tu adalah bahasa kebangsaan singapura selain daripada inggeris,mandarin dan tamil.cuma english tu digunakan sebagai bahasa pengantar utama manakala bahasa melayu hanya dituturkan oleh keturunan melayu sahaja ( dalam satu laporan,90 peratus warga melayu singapore masih mendaulatkan bahasa ibunda ni kat rumah)..kira perangkaan ni tinggi jugak laa untuk satu satu kaum yang gunapakai bahasa english dalam kehidupan seharian.

sebenarnya...bahasa melayu masih digunakan iaitu dalam pemerintah perbarisan dan lagu kebangsaan singapore (cam sedara kita kat atas tu berikan).


tapi heran gak..diorang yang majoriti berbahasa inggeris tu tak tukar bahasa ke bahasa english..hermm maybe untuk mengekalkan nilai nilai sejarah dan perhubungan singapura antara negara negara serantau kot...
kalo jepun..lagu kebangsaan dia dah berusia beribu ribu tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2003 07:55 AM | Show all posts
Mungkin tak semua orang Melayu kat Malaysia tahu sangat pasal keadaan di Singapura. Terutama mereka yang ada kat kawasan Utara.
Cuma mungkin orang Johor je lebih tahu cerita Singapura ni, pasal kedudukan yang sangat2 dekat, senang mereka masuk/keluar Singapura ataupun ikut siaran tv dan radio Singapura.

1) Majulah Singapura ditulis oleh Arwah Zubir Said. Tak salah tahun 1950an.
2) Bahasa Kebangsaan Singapura ( National Language ) ialah Bahasa Melayu. Bahasa Rasmi ( Official Language ) ialah Inggeris, Mandarin, Tamil dan Melayu.
3) Dari segi military dan polis , lambang rasmi Angkatan Bersenjata Singapura dan lambang rasmi Polis Republik Singapura menggunakan bahasa Melayu.
4) Segala command (perintah) pembarisan rasmi baik untuk tentera dan polis ialah didalam Bahasa Melayu.
Walaupun takde Melayu pun, secara rasmi, tetap kena gunakan Melayu jugak. Faham ke tak faham ke, tu lain cerita.
Kalau nak tengok sendiri, lihat pembarisan hari Kebangsaan Singapura, semua perintah pembarisan dilakukan dalam bahasa Melayu eg - 'Hormat Senjata","dari kiri cepat jalan" etc etc.
5) Walaupun bilangan Melayu kecil tapi, Masjid2, madrasah2, kelas2 agama sentiasa aktif (dari segi agama Islam).
6) Pasal bilangan Melayu sikit 15-16% ( Cina lebih 76% ), urusan harian kenalah gunakan Bahasa Inggeris. Bilangan orang Melayu yang boleh gunakan bahasa Mandarin adalah sangat2 kecil.
7) Budak2 Melayu di sekolah diajar Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kedua ( bahasa ibunda). Tapi sekarang mungkin ada beberapa budak Melayu yang ambil bahasa Mandarin. Mungkin untuk bersaing dalam ekonomi.
8) Cara kehidupan Melayu Singapura mungkin tak jauh beza dari kehidupan di Malaysia. Cuma, sini dah takde kampung, secara umum, orang Melayu tinggal di rumah pangsa ( flat ). Ada jugak lah, yang tinggal rumah privet dan condo.
Masalah dadah, keruntuhan rumahtangga, anak terbiar, pergaduhan,  etc etc malangnya selalu didominasikan oleh orang kita. Tak seimbang sangat ratio jika dibanding ngan ratio kaum lain.
9) Tentang peluang/kepercayaan terhadap Melayu Singapura, no komen. Datang tengok sendiri.
10) Cerita pasal siaran tv sikit la, sampai lebih setahun dulu RTM1, RTM2 ialah siaran percuma kat tv. TV3 boleh ditonton secara bayaran cable ( macam astro la).
Lepas tu, TV3 tidak lagi boleh ditonton. Penjelasan dia aku tak tahu.
Beberapa bulan lepas RTM2 pun dah tak boleh ditonton jika menggunakan aerial rumah pangsa yang disediakan. ( nak tengok kena pasang aerial sendiri agaknya).
Jadi secara rasmi sekarang, cuma boleh tonton RTM1.
Apasal? Aku tak tahu kenapa.
Harap penjelasan ni dapat kasi pengetahuan sikit kat orang2 Melayu  yang agak jauh dari pulau Singapura ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2003 09:46 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 10-11-2003 07:55 AM:
Mungkin tak semua orang Melayu kat Malaysia tahu sangat pasal keadaan di Singapura. Terutama mereka yang ada kat kawasan Utara.
Cuma mungkin orang Johor je lebih tahu cerita Singapura ni, pasal ke ...


so nak tanya deaf...pandangan individu..apa masalah yang biasa dihadapai oleh orang Melayu kat sana?...dengar cerita banyak juga sekatan-sekatan...boleh bagi komen?..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2003 11:52 PM | Show all posts
Originally posted by valkries at 10-11-2003 09:46 AM:
so nak tanya deaf...pandangan individu..apa masalah yang biasa dihadapai oleh orang Melayu kat sana?...dengar cerita banyak juga sekatan-sekatan...boleh bagi komen?..


Valkries...ermmm....
nanti senang ku cerita la....
ni semua pandangan masing2 ye tak?

tapi kalau takde angin takkan pokok bergoyang hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2003 11:31 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 11-11-2003 11:52 PM:
Valkries...ermmm....
nanti senang ku cerita la....
ni semua pandangan masing2 ye tak?

tapi kalau takde angin takkan pokok bergoyang hehehe


ok...senang senang PM le aku...tapi kalo nak bagi pandangan kat forum ni pun takpe...semua orang nak tau...kita kat sini tak tau sangat apa sebenarnya yang berlaku kat sana..kadang kadang berita dalam paper tu boleh dipertikaikan kesahihannya...so since ko sendiri duduk kat sana boleh le ko bagi personal view...bukan nak sakitkan hati sesiapa...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2003 10:57 PM | Show all posts

zubir said

pasal zubir said nih...
semasa persakutuan malaya nak pilih lagu
ada satu pertandingan..
zubir said ada submit lagu jugak...
tp last2 lagu indon terang bulan tuh jugak yg dipilih!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2003 12:14 AM | Show all posts
lahhh yea ker,  tp bangga gak anak melayu cipta lagu kebansaan singapore kan....tp lagu terang bulan khabarnya lagu asal dr kepulauan seychelles tempat buangan raja abdullah sultan perak dulu...betul ker?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2003 05:36 PM | Show all posts
terang bulan lagu indon!!!
masa penubuhan mesia radio indon selalu main lagu nih
tujuannya utk memerli gagasan neo kolonialisme (malaysia) yg takde identiti!!
kenapa? tak percaya?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2003 11:37 AM | Show all posts
Originally posted by chipmunk at 13-11-2003 12:14 AM:
lahhh yea ker,  tp bangga gak anak melayu cipta lagu kebansaan singapore kan....tp lagu terang bulan khabarnya lagu asal dr kepulauan seychelles tempat buangan raja abdullah sultan perak dulu...bet ...


Arwah Zubir Said pun anak kelahiran Indonesia. Dia orang Minangkabau dari Sumatra. Bapak dia ketua penghulu kampung.

Masa muda tu baru dia pegi Singapura.
Apa aku tahu selain Majulah Singapura, lagu yang sampai sekarang masih dikenal ialah lagu budak2 'Semoga Bahagia'. Tak tahu la korang tahu tak lagu ni.
Reply

Use magic Report

rodriguez This user has been deleted
Post time 14-11-2003 12:18 PM | Show all posts
deaf4ever..aku rasa lagu geylang si paki geylang tu mesti dari singapore gak..(ada tempat nama geylang kan)..lagu tu lagu rakyat untuk kanak kanak..

geylang...si paku geylang..
GEYLANG!!!
geylang... si rama rama..
pulang...marilah pulang...marilah pulang...bersama sama..

masa aku putar lagu ni versi XPDC dalam kereta..member Indon aku terkejut..sebab dia kata lagu ni pun wujud kat indon..dengan lirik yang sama.ini bermakna lagu geylang ni dah sampai serata nusantara...ehh kat singapore ada ke tak lagu ni?
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2003 03:32 PM | Show all posts
Originally posted by rodriguez at 14-11-2003 12:18 PM:
deaf4ever..aku rasa lagu geylang si paki geylang tu mesti dari singapore gak..(ada tempat nama geylang kan)..lagu tu lagu rakyat untuk kanak kanak..

geylang...si paku geylang..
GEYLANG!!!
geyl ...


rod...

lagu ni memang favorite masa masuk pengakap dulu...kalau sapa yang pernah masuk pengakap tu kalau setiap kali camping mesti buat persembahan pada malam terakhir tu...lagu ni antara yang favorite le...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2003 12:36 AM | Show all posts
Originally posted by rodriguez at 14-11-2003 12:18 PM:
deaf4ever..aku rasa lagu geylang si paki geylang tu mesti dari singapore gak..(ada tempat nama geylang kan)..lagu tu lagu rakyat untuk kanak kanak..

geylang...si paku geylang..
GEYLANG!!!
geyl ...


Yes. Lagu rakyat ni.
Tapi aku tak agak bangsa Cina & India Singapura tahu sangat. Mungkin generasi tua je.

Geylang ni kawasan yang besar kat bahagian timur Singapura.

Ni opinion aku.
Untuk orang2 Melayu, bukan sahaja Melayu Singapura, tapi Melayu Malaysia dan juga aku rasa Brunei. Bila kita sebut Geylang, fikiran kita terus fokus kat Geylang Serai.
Ni ialah tempat tradisi dari zaman dulu2 dimana orang Melayu suka datang membeli belah, makan2 dan berkumpul.
Makcik2, nenek2 sanggup susah payah naik bas pergi Geylang Serai pasal suka sangat belanja pasar kat sana.
Selain tu, barang2 jualan banyak fokus kat budaya Melayu/Islam cam baju kurung, selendang , ubatan tradisional, kitab2 dan bahan2 bacaan.
Business2 kaum Cina kat sini kirakan majoriti pelanggan adalah Melayu. Jual karpet ke, kedai emas ke, klinik privet etc etc.
Ni dah masuk bulan Ramadhan dan Syawal, Geylang Serai makin kecoh ngan bazaar2 dan gerai2 sementara.
Seluruh Geylang Serai bermandi lampu lap lip, dipasang oleh Badan Pelancungan Singapura sebagai hiasan untuk pengunjung.

:re::re:
Tapi untuk bukan Melayu, bila sebut Geylang je, ramai selalu fikir yang bukan2. Pasal kat Geylang ni juga ada kawasan red light. Tempat pelacuran yang boleh aku cakap besar gak.:nana::nana:
Mereka yang bermentaliti begini juga termasuk rakyat Malaysia kaum Cina/India yang biasa datang atau kerja kat Singapura.  Cuba test tanya kawan2 kamu semua, 'Kat Geylang ada apa?"
Tapi kawasan red light ni jauh jugak dari Geylang Serai.

Mungkin bila korang ada masa sikit bila jalan2 di JB, korang semua masuklah Singapura. Tengok2.
Jangan lupa turun Geylang Serai.



p.s - Valkries kamu dulu scout ye? waah!! bukan main lagi camping ye.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2003 02:27 AM | Show all posts
geylang... heheeeeee
dulu ada satu drama cina singapore citer pasal geylang
living in geylang ker apa ntah tajuk die
citer pasal pelacurlah!

ok pasal lagu majulah singapura.. kalo ko dgr bhgn korus dier ada persamaan dgn korus lagu indonesia raya...
kebetulan? atau zubir said sengaja samakan? tak tahulah!!
mungkin sengaja utk menunjukkan singapura sebhgn dari kepulauan melayu
kalo tengok bendera sg pun mengambil bentuk asas sang saka merah putih (bendera kepuulauan melayu)
cuma ditambah bulan dan bintang........
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2003 12:08 PM | Show all posts
FYI, selain lagu geylang si paku geylang, lagu rakyat untuk kanak kanak..
terdapat juga lagu bertajuk ditanjong katong.

Dahulu Tanjong Katong ni memang ditepi laut....
tetapi sebahagian dari kawasannya telah ditambak oleh kerajaan singapura, dan kini dinamakan marine parade, iaitu kawasan parlimen bagi perdana menteri singapura kini iaitu goh chock tong.

Originally posted by rodriguez at 2003-11-14 12:18 PM:
lagu geylang si paki geylang tu mesti dari singapore gak..(ada tempat nama geylang kan)..lagu tu lagu rakyat untuk kanak kanak.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2003 12:18 PM | Show all posts
Apa yang diperkatakan oleh deaf4ever memang benar.

Geylang dahulu memang famous dengan melayu...
(infact wa pon dilahirkan disuatu kampong berdekatan ngan geylang yg kini dikenali sebagai eunos)

pada pendapat wa, kini geylang terdiri dari 2 bahagian.
1)  Geylang Serai - kawasan melayu
2)  Geylang Bahru - kawasan cina.

infact, kawasan geylang bahru ni lah banyak bisnes yang tidak sihat terdapat dikawasan sana, sehingga ada penduduk yg jual rumah mereka terpaksa jual dengan harga below valuation kerana status dikawasan tersebut dah jadi 'merah'.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2003 05:51 PM | Show all posts
Originally posted by sutera_abadi at 16-11-2003 12:08 PM:
FYI, selain lagu geylang si paku geylang, lagu rakyat untuk kanak kanak..
terdapat juga lagu bertajuk ditanjong katong.

Dahulu Tanjong Katong ni memang ditepi laut....
tetapi sebahagian dari k ...

"ditanjong katong,  airnya biru.... disitulah tempat..." tak ingat dah....
dulu2 aku tinggal kat singapore gak.  masa tu ( 80-an)  mak aku posting situ kerje dgn malaysian trade office.  so dapat lah tinggal kat rumah 2 tingkat yg melekat kat tanah dgn big compound (sponsored ek... sekarang kat kl rumah aku kecik jer...)  kalau naik teksi org tak berapa percaya mak aku tinggal situ.  dia ingat kerja apa agaknya...sebab kitorang melayu.... kalau shopping banyak2 kat exclusive place pun dia ingat kita shopping untuk boss kita... padahal kat malaysia sapa2 pun boleh shopping kat mana2... tak pelik pun... tapi tu cerita dulu la...

aku kat singapore sampai umur 6 tahun jer kot.. lepas tu balik malaysia.  masa tu tak suka malaysia coz aku rasa macam tak modern lah konon... tapi sedih gak coz org pandang org melayu macam tu kat sana.  dah lama tak turun s'pore so tak tau apa jadi kat sana sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2003 10:22 AM | Show all posts
Hai fairy,
Keadaan singapore di tahun 80-an dengan sekarang, sungguh amat jauh berbeza..  
antaranya ialah dari segi infrastruktur di singapura.....
seumpama sistem pengangkutan, jauh lebih advance ......
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2003 09:36 PM | Show all posts
Originally posted by sutera_abadi at 16-11-2003 12:18 PM:
Apa yang diperkatakan oleh deaf4ever memang benar.

Geylang dahulu memang famous dengan melayu...
(infact wa pon dilahirkan disuatu kampong berdekatan ngan geylang yg kini dikenali sebag ...


Sutera, tanya sikit...
kau dulu kampung kat mana ah?
Kau budak kampung Melayu Jalan Eunos ke?
Kaki Bukit ke?
budak Kampung Ubi?

dah habis dah ni tempat semua.
.:cry::cry:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 1.437617 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list