CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27271|Reply: 144

Sudut Ilmu

[Copy link]
my_wahida This user has been deleted
Post time 29-5-2003 02:07 PM | Show all posts |Read mode
penyakit saka

Assalamualaikum kawan-kawan,

Saya mengalami penyakit ini sudah 8 tahun, dah sudah banyak tempat saya berubat tetapi, masih tidak berhasil sepenuhnya. Jadi saya ingin meminta pendapat kalian, bagaimana utk mengubatinya dan apa yg harus saya lakukan...

[ Last edited by  fleurzsa at 3-9-2006 10:20 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


awin_suhada This user has been deleted
Post time 29-5-2003 03:51 PM | Show all posts
cuba jumpa mereka yg pakar di dlm bidang buang saka ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2003 04:54 PM | Show all posts

amalkan ini

1. al-fatihah
2. al-iklas
3. al-falak
4. al-naas
5. ayatul kursi
pohon perlindungan allah

banyakkan zat iron (jangan over)
taburkan taik besi..... gelombangnya melemahkan jisim api....
tawakal..

keluarkan kata-kata yang boleh meyakinkan diri sendiri....
keraskan kata-kata bagi melemahkan gejala yang datang...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2003 11:04 PM | Show all posts
Saya tak pernah dengar pulak penyakit saka ni... boleh tolong terangkan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2003 01:35 AM | Show all posts

huh

salam semua..
ape ? tak pernah dengaq laa..boleh sudi terangkan..bless you all..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2003 01:35 PM | Show all posts

sakit saka: di antaranya

seseorang yang mengamalkan sesuatu ilmu.... macam ilmu hitamlah.... kalau melanggar sumpahan atau tidak menjalan sesuatu tuntutan.... maka.... terjadilah sesuatu yang tidak dikehendaki....
hal ini akan turun pula ke generasi seterusnya.... yang naya ialah generasi yang tidak berdosa....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2003 04:23 PM | Show all posts
Originally posted by paler kembang at 2003-6-3 01:35 PM:
seseorang yang mengamalkan sesuatu ilmu.... macam ilmu hitamlah.... kalau melanggar sumpahan atau tidak menjalan sesuatu tuntutan.... maka.... terjadilah sesuatu yang tidak dikehendaki....
hal in ...

Wah boleh tahan ko ni ya paler ( sungguh korang sopan punyer nick name) guro ajer yah...
Reply

Use magic Report

purnama_hijau This user has been deleted
Post time 17-6-2003 02:56 PM | Show all posts
paler kembang/sesiapa yg tahu,
is it possible for s/one to have saka tanpa ada rasa sakit atau gangguan? Ye lah...kita ni melayu. who knows kot2 tok nenek zmn dulu ada ilmu hitam. Apa tanda2 yg boleh kita pastikan sbg simptom penyakit saka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2003 04:45 PM | Show all posts
kalau ikut perubatan gangguan ini boleh didefinasikan  sebagai skizofrenia,
Ia boleh jadik dari Keturunan: Sebahagian penyakit jiwa mungkin diwarisi misalnya; terdapat 1:100 peluang untuk mengidap penyakit skizofrenia dalam masyarakat umum dibandingkan dengan nisbah 1:10 peluang jika salah seorang daripada orang tua anda mempunyai skizofrenia.

Sebenarnya perubatan mengikut keserasian... ada banyak kes gangguan ini dapat diselesaikan melalui perubatan tradisional dan tak dapat dijelaskan melalui istilah perubatan sebab syaitan memang ujud dan bagi yang berkawan denganya tak mustahil diganggu.(Memandangkan Saka mungkin datang dari keturunan yang terdahulu)

Saya cadangkan cuba kedua-dua kaedah tradisional dan moden dan jangan mudah putus asa... moga  keserasian yang saya maksudkan akan ditemui...

wassalam....
Reply

Use magic Report

nagaruda This user has been deleted
Post time 26-6-2003 04:32 PM | Show all posts
saka, aku punye persepsi lain sikit.....keturunan betul....ilmu pun betul...jadiknya kalau nak ikutkan rantaian saka leh sampai adam....jadiknye ade yang baik ada yang kurang baik ada yang tak baik.....ramai hidup bersama darah darah yang mengalir....dalam banyak banyak yang mengalir tu ada satu haq bagi setiap seseorang....bila datang yang haq yang batil akan musnah.....aku tak heran bila saka boleh berkata kata....aku tak heran bila canser boleh berkata kata....kerana setiapnye ade ke jadian masing masing.....yang macam kau yang macam aku.
Reply

Use magic Report

Mat Kampong This user has been deleted
Post time 26-6-2003 04:44 PM | Show all posts
Originally posted by my_wahida at 29-505-2003 14:07:
Assalamualaikum kawan-kawan,

Saya mengalami penyakit ini sudah 8 tahun, dah sudah banyak tempat saya berubat tetapi, masih tidak berhasil sepenuhnya. Jadi saya ingin meminta pendapat kalian, bag ...


Salam my_wahida,

Apa yang MK tahu penyakit saka ialah pesaka datuk nenek.. sebenarnya datuk nenek munkin ada perjanjian atau menuntut sesuatu ilmu dan mereka dimestikam melakukan atau mengadakan sesuatu untuk 'hidangan' untuk mengingati datuk nenek mereka.. contohnya kalau ada buat jamuan doa selamat, ianya perlu diadakan pulut kuning dengan ayam golek goreng khas sebelum mengadakan kenduri tersebut.. jadi kalau ini dilakukan maka tak ada apa yang berlaku.. jadi untuk my_wahida.. munkin disebelah ibu atau bapa ada amalan yang serupa,, jadi you kena tanya pada kedua-dua orang tua atau abang atau kakak kepada kedua orang tua anda.. atau tanya atuk atau nenek... munkin mereka terlupa... MK mendapat tau tentang ini kerana ada jiran yan kena.. kesian isterinya dirasuk jadi tak ketahuan... mulanya tak mahu buat kerana katanya bida'ah tetapi tak tahan kerana penyakitnya maka beliau pun buat iaitu bubur hitam dan bubur merah sebelum memulakan kenduri doa selamat.. lepas tu penyakit tu hilang entah kemana.. wallah.huallam
Reply

Use magic Report

Dearheart This user has been deleted
Post time 26-6-2003 06:27 PM | Show all posts
Astaghfirullah,
takutnye bila tau ttg sakit saka nih ari nih
sbb dulu
dear prnah serumah sebilik
dgn yg katanya
dia kene saka tulah raja
keturunan nenek dia
uwaaaaaaaaaaaa
Alhamdulillah dear tk ape
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2003 12:26 PM | Show all posts

5 jenis racun & penawarnya

Sekadar ingatan & Pedoman

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali;
1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Ak! u rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;
1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2003 12:11 AM | Show all posts

cetar pasal tanah

Kepentingan Ilmu dan Research & Development
- TANAH
===========================================

Tanah adalah penting didalam kehidupan manusia.  Nabi Adam A.S.
berasal dari tanah.  Tumbuh-tumbuhan dan makanan asasi manusia
juga berasal dari tanah.  Apabila seseorang manusia meninggal
dunia, dia disemadikan didalam tanah.  Disamping itu, tanah
adalah penting sebagai alat pencuci.  Nabi S.A.W.bersabda :-

"APABILA SALAH SEORANG DARIPADA KAMU DATANG KE MASJID, BALIK-
  KANLAH TEROMPAHNYA.  JIKA DIDAPATI ADA KOTORAN DIBAWAHNYA,
  GOSOKLAH IA DI ATAS TANAH KEMUDIAN BERSOLATLAH DENGANNYA."
                                - ( Riwayat Ahmad dan Abu Daud )

Didalam riwayat yang lain yang berkaitan dengan jilatan anjing,
Nabi S.A.W. bersabda: -

"SUCINYA BEJANA SALAH SEORANG DARIPADA KAMU YANG DIJILAT
  ANJING IALAH DENGAN DIBASUH BEJANA ITU TUJUH KALI DENGAN AIR
  DAN PADA BASUHAN YANG PERTAMA DICAMPURI DENGAN TANAH."
                                 - ( Riwayat Muslim dan Ahmad )

Tanah mempunyai komposisinya yang tersendiri, 45% daripadanya
adalah zat-zat logam (minerals), 25% udara, 25% air dan 5% adalah
bahan-bahan organik.  Tanah ada kelebihannya.  Ahli sains di
Norway menemui sejenis kulat di tanah yang mampu menghasilkan
ubat yang bernama cyclosporin.  Ia digunakan sebagai rawatan
selepas pembedahan pemindahan organ (anti-rejection drug).  Di
sebuah ladang jagung, seorang pelajar dari Universiti Wisconsin
menemui sejenis protein dari bakteria yang mampu mengeluarkan ais
(bacterial ice-forming protein).  Pada hari ini ia telah diguna-
kan untuk mengeluarkan ais bagi pusat-pusat ski. Di Indonesia,
pakar-pakar sains menemui sejenis bahan dari kuman tertentu
(microbial molecule) di tanah yang mampu menukarkan kanji (starch)
kepada glukos.  Di sebuah padang golf di Jepun, seorang pakar
sains menemui sejenis ubat yang mampu merawat penyakit parasit
(parasitic infection) yang sering menyerang binatang ternakan.
Bakteria yang diperolehi dari tanah juga telah menghasilkan produk
yang bernama ivermectin....  Lebih dari itu, lebih kurang 3,222
antibiotik yang terdapat pada hari ini sebenarnya diperolehi dari
kuman dan kebanyakan dari kuman-kuman ini diperolehi dari tanah...
Tambahan dari itu, sabun, abu dan tanah selut dilaporkan oleh Dr.
Bilqis Amin Haque di bawah tajuk Comparison of Soap, Soil and Ash
in Cleaning Hands After Defaecation: A Rural Bangladesh Experience
di Dialogue on Diarrhoea Online, didalam isu 54 bagi bulan Sept/
November 1993.

Apabila seseorang Muslim bersuci dengan tanah, dia sedang
mendekatkan dirinya kepada alam dan kunci kehidupan.  Lebih dari
itu, tanah merupakan alat pencuci yang murah, berkesan dan boleh
diperolehi di seluruh dunia.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

eswai This user has been deleted
Post time 3-7-2003 08:29 AM | Show all posts

saka

Kepada my_wahida, -mungkin  ini boleh membantu,sebab saya pernah menghadapi masalah yg sama.
Hubungi Encik Abu Samah di 019-2491001 (Kuala Pilah).
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2003 09:11 AM | Show all posts
Penyakit SAKA adalah gangguan dari JIN yang dibela oleh keluaraga terdekat samada ibu/nenek membela pelesit atau bapa/datuk membela hantu raya sebagai contoh umum. Hantu-hantu ni semua nya jin kafir atau pun Syaitan. Selalu nya makhluk-makhluk ni mencari immediate family iaitu anak-anak apabila si pembela meninggal dunia dan tidak hand over/serah milik secara isyarat dengan ritual yang tertentu samada melalui salam, makanan tertentu jampi menteru/seru dsb nya.

Bab jamu makan pulut, telur dsb nya adalah amalan si pembela dan seperti yang Mat Kampong katakan amalan 'memberi makan'/jamu jin syaitan ni memang ujud tapi saranan beliau agar turut memberi jamu kerana tunduk kepada ugutan/usikan/gangguan makhluk halus adalah amalan syirik dan membawa seseorang  menjadi murtad.

Terdapat amalan ayat-ayat Al Quran tertentu yang bersesuaian untuk menghalau makhluk Jin / Syaitan ni. Jasngan sesekali memilih jalan mudah untuk pergi kepada bomoh-bomoh terutama nya yang menurun dengan dakwaan didatangi wali Allah dsb nya... itu semua jin juga walau pun umum nya mengakui Jin Islam. Ye lah, kalau mengaku jin kafir, tak de orang Islam nak pergi pulak lah. Itu lah antara jalan halus jin/syaitan menyesatkan manusia... dengan membawa kisah jamu makan jin/syaitan tanpa penerangan penegahan mengenai nya yang akan membawa ke arah melakukan  amalan syirik seperti Mat Kampong lagangkan seperti suruh jamu makan musuh-musuh Islam berkenaan.

Cara terbaik yang saya boleh cadangkan adalah untuk pergi ke Darul Syifa di Bangi dan berjumpa dengan pengamal-pengamal perubatan Islam di sana, seperti Dato' Dr. Haron Din, Dr. Amran Kasimin dan ramai lagi.... kes anda adalah kes biasa dan hampir hari-hari ada kes seperti itu. Bahkan, Tok Bomoh yang dah sedar dari kesilapan dan berusaha untuk berpisah dengan 'sahabat', mereka dari kalangan jin pun ada yang pergi ke situ. Insha Allah. Semua nya menggunakan amalan ayat-ayat Al Quran dan tidak melibatkan sebarang amalan syirik seperti menjamu makan hantu/syaitan/jin ni. Menjamu ni sama lah seperti pada awal 70an dulu orang menjamu pantai dalam bulan Safar dengan membuat mandi tolak bala/sial bulan Safar yang merupakan amalan syirik dengan jamu makan jin/syaitan yang kenkadang sampai jamu seekor kambing/kerbau pulut kuning sekawah dsb nya. Bebaru ni dalam Misteri Nusantara TV3 pun ada tunjuk rencana tentang tanah terhakis menjadi laut sebab ada sorang pakcik makan harta dua beradik iaitu anak saudara nya sendiri yang jadi yatim piatu. Apa yang Lax nak ceritakan tentang tu, adalah apabila TV3 interbiu seorang pemuda kampung, dia sebut bahawa mereka cuba pelbagai cara untuk menahan hakisan ombak laut yang semakin dahsyat termasuk dengan memanggil bomoh dan jamu kambing atau lembu sekor kat pantai tu, katanya lagi, TOK BOMOH TU DAN KITA ORANG KAMPUNG MINTA KAT TUHAN JUGA LAH BILA JAMU TU.... Tapi laut semakin menghakis relong demi relong.... Siapa yang cuba dijamu  tu....? Adakah Islam menyuruh kita jamu makan dewa laut, hantu air, jin,syaitan dsb nya. Kenapa tunduk kepada mereka. Itu lah jarum halus kesesatan... Minta lah hanya kepada Allah s.w.t., dan Nabi Muhammad s.a.w. telah menyatakan bahawa " Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara... Al Quran dan Ithrah Ahlul Bait... berpegang teguh lah kepada kedua-dua nya...  So, jangan ikut saranan jamu makan hantu/syaitan ni.... I'm serious... go to Darul Syifa... Insha Allah.
:2cool:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2003 12:40 AM | Show all posts
Originally posted by Nape?Tak caye? at 4-03-2003 04:23 PM:
Wah boleh tahan ko ni ya paler ( sungguh korang sopan punyer nick name) guro ajer yah...

salahkah hamba yang berambut kembang macam sarang tabuan (masa muda dulu) dan digelar paler kembang.....
Reply

Use magic Report

zden This user has been deleted
Post time 8-7-2003 07:52 AM | Show all posts

Istiqamah - Diperlukan dalam setiap ibadah

Istiqamah - Diperlukan dalam setiap ibadah

ISTIQAMAH secara umumnya bermaksud menumpukan komitmen untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan penuh konsisten dan kesungguhan.

Istiqamah adalah sikap terpuji yang perlu diamalkan oleh setiap individu muslim. Ada beberapa faktor yang boleh menjana sikap istiqamah dalam beribadah antaranya:

Pertama: Ilmu yang Mantap:
Kekuatan ilmu adalah perkara utama dalam menjana rasa istiqamah. Melalui ilmu akan menumbuhkan keyakinan serta keimanan yang kukuh.

Oleh itu, ilmu pengetahuan atau makrifah adalah perkara yang mesti dipelajari terlebih dahulu sebelum ibadah dapat dilakukan dengan sempurna.

Ini kerana tidak mungkin seseorang itu tertumpu kepada sesuatu yang tidak ia ketahui hakikatnya.

Perkaitan antara ibadah dan istiqamah telah diungkap oleh Allah dalam firman-Nya; ``Dan supaya orang-orang yang telah diberi ilmu meyakini bahawa al-Quran itu adalah yang hak daripada Tuhan kamu, lalu mereka beriman dengan-Nya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhi-Nya.'' (Surah al-Hajj: 54)

Kemantapan ilmu akan menjadikan nilai ibadah lebih bermakna. Kita juga akan memahami tujuan ibadah tersebut, bagaimana pelaksanaan yang sebenar serta lebih yakin tentang hikmah-hikmah yang terkandung di dalam setiap ibadah.

Ia juga mendorong seseorang muslim itu melakukan ibadah bukan sekadar ikut-ikutan tanpa memahami tuntutan sebenar ibadah tersebut.

Kedua: Bersahabat dengan orang-orang yang beristiqamah

Sahabat adalah cermin bagi seseorang dan ini dinyatakan oleh Rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud; ``Orang mukmin laksana cermin bagi mukmin yang lain (untuk membetulkan diri),'' (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang-orang yang berjiwa istiqamah akan sentiasa berbuat kebajikan, nasihat-menasihati dan tidak mudah berputus asa serta sabar dalam melaksanakan ibadah.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyatakan, bergaul dengan mereka yang beristiqamah merupakan suatu kebajikan, manakala meniru cara hidup mereka merupakan satu kejayaan.

Dalam hal ini, Rasulullah pernah bersabda iaitu; ``Bandingan teman yang baik dan teman yang jahat bagaikan pembawa kasturi dan peniup dapur api.

``Pembawa kasturi sama ada dia memberikan kasturi kepada anda, ataupun anda akan membelinya atau sekurang-kurangnya anda mendapat bau wangi daripadanya.

``Sedangkan peniup dapur api, mungkin dia membakarkan pakaian anda atau anda mendapat bau busuk daripadanya.'' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Justeru, kita perlu berhati-hati dalam memilih sahabat. Implikasi bersahabat amat besar dalam mempengaruhi mentaliti dan moral kita.

Imam Syafie pernah berkata; ``Apabila tidak aku temui sahabat-sahabat yang bertakwa, lebih baik aku hidup menyendiri, daripada aku harus bergaul dengan orang-orang yang jahat dan buruk akhlak.

Ketiga: Menghayati sirah orang-orang yang beristiqamah
Sirah atau sejarah hidup orang-orang yang beristiqamah wajar dibaca dan hidupkan di dalam diri kita.

Dengan cara ini, pengaruh positif mereka bakal meninggalkan kesan yang baik kepada seseorang untuk menimbulkan keazamannya dalam meneladani kehidupan mereka.

Sikap istiqamah mereka terpancar dari sudut keilmuan seperti kegigihan dalam menuntut serta menyampaikan ilmu dan menulis karya-karya ilmiah yang agung.

Selain itu, umat Islam perlu juga sentiasa menghayati ketahanan daya istiqamah pejuang-pejuang terdahulu dalam jihad mereka menegakkan Islam serta ketabahan mereka ketika menghadapi kezaliman dan penganiayaan daripada musuh-musuh Allah.

Contohnya Imam Syafie pernah berkata; ``Aku berjaga di tengah malam untuk menekuni ilmu, ia lebih nikmat bagiku berbanding lagu merdu dan harum wangian.

``Goresan penaku di atas lembaran kertas terasa lebih indah berbanding khayalan. Bergelut dengan masalah keilmuan lebih mengasyikkan dibanding mendengar nyanyian seorang gadis. Aku berjaga setiap malam untuk belajar, pada saat insan lain lelap tidur.''

Keempat: Mujahadah melawan nafsu
Antara faktor yang dapat membantu kita untuk mencapai sikap istiqamah ialah mujahadah iatu mengarahkan hati untuk berjuang melawan runtunan nafsu yang merangsang ke arah kejahatan.

Di samping itu, keinginan nafsu serta kehendak-kehendak duniawi wajarlah dibimbing sehingga ia menjurus ke arah kebaikan dan keikhlasan kerana Allah semata-mata.

Memang tidak dinafikan, mujahadah melawan hawa nafsu itu tidak mudah. Ia adalah suatu yang mencabar dan perlu ditempuhi bagi mereka inginkan jalan akhirat.

Segala kesulitan dalam bermujahadah melawan hawa nafsu adalah ujian yang perlu ditangani dengan bersungguh-sungguh, sabar serta tawakal kepada-Nya.

Allah menegaskan hal ini melalui firman-Nya yang bermaksud: ``Maka sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kesenangan. Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kesenangan.'' (Surah al-Insyirah: 5-6)

Orang-orang yang berjihad melawan kehendak nafsu yang keji begitu dikasihi oleh Allah sehingga mereka dijanjikan dengan petunjuk-Nya.

Firman-Nya yang bermaksud: ``Dan orang-orang yang berjihad pada jalan Kami, sesungguhnya akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami, dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang-orang yang berbuat kebaikan.'' (Surah al-Ankabut)

Ayat tersebut dikategorikan sebagai makkiyah dan ia diturunkan sebelum perintah jihad secara ketenteraan (berperang) disyariatkan.

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, ini bermaksud bahawa ayat tersebut lebih tepat mengenai jihad-jihad yang lain iaitu seperti perjuangan melawan hawa nafsu.

Sabda Rasulullah yang bermaksud; ``Mujahid (orang yang berjihad) itu ialah mereka yang berjihad melawan hawa nafsunya kerana Allah.'' (Hadis riwayat al-Tirmidzi dan Ahmad)

Kelima: Doa memohon pertolongan Allah
Umat Islam perlu berdoa memohon pertolongan Allah dalam apa jua urusan hidup, sama ada di saat senang mahupun di waktu ditimpa kesusahan.

Doa adalah senjata bagi orang mukmin dan dalam hal ini seorang ulama hadis, Imam Al-Syaukani menyatakan bahawa doa merupakan darjat ibadah paling tinggi dan mulia.

Justeru, umat Islam perlu menggunakan senjata rohaniah ini untuk memohon hidayah Allah supaya segala tuntutan syariat akan dapat direalisasikan secara istiqamah dan dengan penuh rasa keikhlasan.

Allah memerintahkan manusia supaya berdoa kepada-Nya dalam firman-Nya yang bermaksud; ``Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (beritahulah kepada mereka) bahawasanya Aku sentiasa hampir (kepada mereka), Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa berada dalam petunjuk kebenaran.'' (Surah al-Baqarah: 186)

Istiqamah merupakan keperluan asasi dalam segenap ibadah kerana ia adalah bukti ketaatan serta kecintaan sebagai seorang hamba kepada pencipta.

Meskipun ibadah yang kita lakukan itu kecil sahaja tetapi jika dilaksanakan secara istiqamah, maka ia lebih disukai oleh Allah berbanding ibadah yang besar tetapi tidak disertai dengan sikap istiqamah.
Reply

Use magic Report

zden This user has been deleted
Post time 8-7-2003 07:55 AM | Show all posts

Batal wuduk cium mayat bukan muhrim

Batal wuduk cium mayat bukan muhrim
Anda Bertanya Kami Carikan Jawapan
Bersama Dr. Sharifah Hayanti Syed Ismail, Ketua Jabatan Siasah Syariyyah, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
MASALAH
Assalamulaikum
Pertamanya, saya ingin bertanya, apakah kedudukan wuduk seseorang itu apabila dia mencium mayat yang bukan muhrim seperti isteri mencium mayat suami dan sebaliknya.

Keduanya, berkaitan dengan solat Jumaat. Sebagaimana yang diketahui, ia wajib bagi golongan lelaki tetapi apakah hukumnya jika lelaki tersebut pergi ke masjid pada hari Jumaat, sebaliknya bersembahyang Zuhur. Apakah pula hukum sembahyang Jumaat bagi orang perempuan? - SHIMA

Jawapan
Waalaikumussalam
Terdapat perbezaan pandangan di kalangan ulama berkenaan masalah mencium mayat bukan muhrim.

Menurut jumhur iaitu Hanafi, Hanbali dan Maliki, sentuhan tidak membatalkan wuduk kerana tanpa sebarang nafsu.

Tetapi menurut mazhab Syafie, sama ada dengan nafsu atau tidak, walaupun telah mati maka batal wuduk kecuali yang disentuh adalah kuku, rambut atau anggota yang telah terpisah daripada badan.

Seterusnya, berkenaan solat Jumaat. Benar, solat Jumaat adalah wajib bagi lelaki yang memenuhi syarat-syaratnya iaitu Islam, baliqh, berakal, sihat (yang membolehkannya mengerjakan solat di masjid) dan bukan orang yang musafir.

Jadi sekiranya seseorang itu memenuhi syarat berkenaan secara asas dan tidak mengerjakannya maka dia akan menanggung berdosa.

Tetapi mengenai masalah jika seseorang itu pergi ke masjid pada hari Jumaat tetapi tidak mengerjakannya, perlu difahami terlebih dahulu sebab-sebabnya.

Adakah dia tidak menunaikan solat Jumaat dengan sengaja atau kerana kelewatan yang tidak dapat dielakkan hingga menyebabkan tidak dapat bersama-sama berjamaah untuk solat Jumaat?

Jika keadaan kelewatan itu berlaku dengan tidak sengaja, maka seseorang itu dimaafkan kerana perkara tersebut adalah di luar kawalannya.

Jika dia terlepas daripada mengerjakan solat Jumaat, sama ada dengan sengaja atau tidak, wajib baginya mengerjakan solat Zuhur.

Dengan itu, solat Zuhur yang dilakukan adalah sah sekiranya mengikut rukun dan syarat sah tetapi ia berdosa kerana tidak mengerjakan solat Jumaat tanpa sebarang alasan atau sebab yang diharuskan dalam Islam.

Wanita pula tidak diwajibkan mendirikan solat Jumaat berdasarkan dalil sebuah hadis dari Tariq bin Syihab, bahawa Nabi s.a.w bersabda: ``Sembahyang Jumaat itu hak dan wajib atas tiap-tiap orang Islam secara berjemaah, kecuali atas empat orang iaitu hamba yang dimiliki, kaum perempuan, kanak-kanak atau orang yang sakit'' (Diriwayatkan oleh Abu Daud)
:2cool:
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2003 08:32 AM | Show all posts
Saya dengar dari satu ceramah Mazhab Shafie, mencium mayat hanya membatalkan wuduk bukan muhrim yang hidup sahaja... hukum batal hanya pada yang hidup sahaja... oleh itu, tak batal wuduk si mati,mengikut nya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.090723 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list