View: 9183|Reply: 52
|
AGENDA MASA DEPAN UMAT ISLAM ( harith_hadi1204, b4dboyz, aizverus, damiqula)
[Copy link]
|
sailorvenus This user has been deleted
|
Assalamualaikum...............
Dalam topik ini kita akan bincangkan mengenai pelbagai isu
1) Mengenal Permasalahan Umat Islam Masa Kini
2) Serangan Barat Terhadap Pemikiran dan Umat Islam
3)Jalan penyelesaian kepada semua masalah di atas..
Ana harap dapat kita sama-sama membincangkan dan berdiskusi dengan mengharapkan keredhaan Allah...
wassalam...
[ Last edited by fleurzsa at 27-8-2006 03:05 AM ] |
|
|
|
|
|
|
sailorvenus This user has been deleted
|
PERMASALAHAN UMAT ISLAM MASA KINI
Nabi s.a.w bersabda: "Umat Islam itu laksana satu tubuh".
satu bahagian mengukuhkan bahagian yang lain . Setiap tubuh mempunyai darah yang menyebabkan seseorang menjadi sihat apalagi darah yang elok dan bersih. Apabila seseorang kekurangan darah, atau kehabisan darah, maka ia akan menjadi lemah, tidak dapat bangkit dan melakukan aktiviti secara normal. Kehidupannya kemudian menjadi beban kepada orang lain. Itulad sunatullah yant telah ditetapkan Allah S.w.T kepada manusia.
Umat Islam pada masa ini berada dalam keadaan yang lemah, menderita dan sakit, Reeliti terkini menunjukkan bahawa tubuh itu kini sedang dilanda penyakit kronik. hampir setiap tubuh merasainya. Tubuh Umat ISalm sampai waktu ini masih terkoyak-koyak. Jalannya terumbang ambing.
bersambung................. |
|
|
|
|
|
|
sailorvenus This user has been deleted
|
Fakta menunjukkan bahawa Barisan Pembebasan Islam (FIS) yang hendak menerapkan syariat ISLam meraih 86% undi dalam pilihanraya umum tahap pertama dihancur luluhkan oleh pihak tentera yang didalangi oleh Perancis.
Anehnya, FIS yang didukung oleh rakyat itu berubah menjadi parti yang diharamkan kewujudannya oleh pemerintah Algeria.
Kaum muslimin iraq terus didera lantaran sekatan ekonomi Amerika Syarikat atas izin PBB. Bayi, kanak-kanak dan kaum wanita terancam kehidupan mereka. Bahay hilangnya generasi menanti di hadapan mereka.
Belum lagi di Iran, Sejak pemerintahan Rafsanjni, kaum muslimin Iran diajak untuk sedikit demi sedikit tunduk kepada peneraju utama ideologi kapitalisme. lebih-lebih lagi pada masa pemerintahan Khatami sekarang ini. Kelompok yang berpegang kepada aturan Allah digelar konservatif kian dipinggirkan.
Sementara sekularisme dan sekularisasi di Turki nampak semakin nyata. Bahkan pemerintah Turki merayu-rayu agar negara dan kaum muslimin di sana diakui sebagai sebahagian dari kesatuan Eropah.
Belum lagi di Palestin, Iraq, Uzbekistan, Indonesia, Pattani, Moro di Filipina, Bangladesh, Pakistan, India dan bangsa lainnya. Semua umat Islam berjumlam 1.2 million tidak berdaya menghadapi satu musuh yang kecil sekalipun seperti Israel. di mana-mana sekalipun, kaum muslimin memiliki masalah.
Ini tidak termasuk lagi permasalahan dalaman kaum muslimin....
bersambung............ |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Originally posted by sailorvenus at 12-3-2005 12:24 PM:
Assalamualaikum...............
Dalam topik ini kita akan bincangkan mengenai pelbagai isu
1) Mengenal Permasalahan Umat Islam Masa Kini
2) Serangan Barat Terhadap Pemikiran dan Umat Islam
...
Topik yang diusul di dalam thread ini baik. Bersama-samalah kita berkongsi info dengan penuh berhikmah dan berhemah untuk mencari titik pertemuan agar tercapai maksud dan tujuan thread ini dibuka.
Janganlah kita jadikan ia sebagai medan untuk menyerang dan menyakat antara satu sama lain kerana kecenderungan politik, pemimpin, aliran fahaman yang berbeza. Yang penting kita bersama-sama berniat untuk mendaulatkan islam dan ingin melihat ISLAM menjadi CARA dan BUDAYA KEHIDUPAN. |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Keghairahan umat nampaknya bertambah dalam menyatakan dan memperjuangkan Islam. Kalau keghairahan ini diteruskan berjalan di atas landasan dan cara yang tepat yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya, maka kita akan sampai di satu era kehidupan yang mulia dan agung, yakni terbangunnya jemaah, daulah dan ummah Islamiah. Akan lahir sebuah jemaah dan masyarakat yang ahlinya cinta dan takutkan Tuhan, tunduk patuh dalam menerima dan mempraktikkan Islam serta menjadi rahmat bagi seluruh manusia.
Namun satu hakikat mesti diakui, bahawa untuk mencapai hal itu tidaklah semudah yang kita rasakan dan gambarkan. Di samping penentang dan musuh yang pasti tidak akan mengalah dengan kita, juga pengaruh faham sekularisma yang sangat kuat dalam sanubari umat. Kita sendiri sebenarnya sangat kabur tentang jalan jalan yang dapat menyampaikan kita ke sana.
Contohnya, umat Islam sendiri masih banyak yang kabur dan tidak faham tentang makna berjuang dan berjihad. Erti berjuang dan berjihad sudah dipesongkan dan dipersempit kepada perjuangan bersenjata. Maka timbullah berbagai kelompok umat Islam yang menggunakan kekerasan dan senjata sebagai alat perjuangan mereka untuk membela umat Islam yang tertindas di mana-mana. Tentu saja musuh-musuh Islam sangat menyukai hal ini kerana ada alasan bagi mereka untuk melabelkan kelompok umat Islam tersebut se-bagai kelompok pengganas atau teroris. Padahal merekalah yang menindas umat Islam.
Kata Fisabilillah ertinya untuk Tuhan bukan untuk diri, kelompok,golongan atau untuk bunuh orang bukan Islam. Tentu saja perjuangan itu dengan menggunakan cara-cara yang berhikmah, pemaaf, pengasih, penyayang dan lain-lain. Patutnya bila kita hendak sangat berjuang untuk membunuh orang dengan cara dan alasan apa pun, jangan kaitkan dengan nama Islam atau Tuhan. Ini tidak, sebut berjuang fisabilillah, tetapi dia membunuh orang. Jadi samalah perjuangannya dengan perjuangan orang kafir. Sedangkan bukan itu yang disuruh oleh Islam.
Begitu juga badan-badan, parti-parti dan organisasi Islam sebaik-baiknya jangan menggunakan nama Islam, supaya kalaulah badan, parti dan organisasi itu cacat dan tidak dapat membawa ciri-ciri Islam, maka nama Islam tidak rosak. Nama Allah dan Rasul tidak cacat. Kalau kita dapat menepati fisabililah itu tidak mengapa. Tetapi bagaimana kalau tidak menepati?
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
sailorvenus This user has been deleted
|
BEBERAPA MASALAH & CABARAN
bab jihad nih pun satu isu yang menarik...
mungkin di lain masa kita akan bukak thread berkenaan dengan jihad
Insya-Allah.
kita sambung perbincangan kita semula...
Nabi s.a.w pernah menyatakan kepada para sahabat:
" Bersegeralah kalian melakukan amal soleh. Sebab, akan datang fitnah-fitnah laksana malam yang kelam. Seseorang beriman pada pagi hari, namun menjadi kafir pada petang harinya. Beriman pada petang hari, kafir pada pagi keesokan harinya". (HR. Bukhari)
Pada masa ini, fitnah-fitnah itu nampaknya sudah terang lagi bersuluh, Bahkan peringatan Rasulullah bahawa suatu ketika nanti umat Islam akan dianyak musuh-musuhnya seperti halnya hidangan yang direbut dari pelbagai penjuru telah banyak bukti-buktinya, pada masa ini.
Diantara permasalaham yang sedang dihadapi oleh kaum muslimin ketika ini ialah:
a) Nasionalisme dibidang politik
b) Kapitalisme dibidang ekonomi
c) Pembaratan di bidang budaya
d) Nominasi Informasi
e) Perubahan di bidang Aqidah dan Syariat
Huraian secara terperinci akan ana tuliskan nanti.....
ana nak sambung keje sikit..
bersambung.................. |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Yang dimaksud dengan berjuang dan berjihad dalam Islam yang diredhai oleh Allah ialah berjuang ke arah meninggikan kalimah Allah, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jadi tanggung-jawab yang telah dibebankan oleh Allah kepada semua umat Islam ialah untuk menghidupkan dan meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini agar kalimah Allah diamalkan dan didaulatkan sepanjang waktu dan di semua aspek kehidupan. Yang dimaksudkan dengan 'kalimah Allah' yang sebenarnya menurut sumber Al Quran dan Hadis serta menurut pendapat ulama-ulama di antaranya ialah:
1. Akidah yang sah
2. Menunaikan janji iaitu perintah suruh fardhu dan sunat
3. Menjauhi larangan haram dan makruh
4. Iman, Islam dan Ihsan
5. Tauhid, Feqah dan Tasawuf
6. Menegakkan undang-undang yang wajib, sunat, haram, makruh dan mubah (harus)
7. Membangunkan syariat Allah.
Selepas zaman Rasulullah SAW dan Khulafaur Rasyidin, di setiap zaman Allah berjanji untuk mengirim satu kelompok atau jemaah yang akan menjaga bara api Islam agar umat Islam tidak kembali kafir. Rasullullah SAW bersabda:
Terjemahannya: "Allah akan mengutus kepada umat ini di setiap awal kurun orang yang memperbaharui urusan agama. "
Sehebat manapun ujian yang Allah berikan kepada umat Islam, mereka tidak akan kafir, hanya jadi fasik saja. Maka lahirlah berbagai kelompok dan tareqat untuk menjaga bara api Islam agar tidak padam seperti tareqat Naqsyabandiah, Qadiriah, Samaniah, Tijaniah. Kumpulan-kumpulan tareqatyang hak ini tidak menggunakan nama Islam atau tidak melabelkan dengan label Islam, supaya andaikata perjuangan mereka melalui tareqat itu tidak tepat secara Islam, maka tidak akan menjatuhkan Islam. Maka tareqat itu disebut dengan menggunakan nama guru mursyidnya saja.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
|
Salam
Hammam musykil, mengapakah perlu ada BERBAGAI-BAGAI GOLONGAN dan KUMPULAN yang berbeda-beda cara perjuangan dan perlaksanaan?
Bukankah Umat Islam itu SATU? Mengapa tidak semuanya bersatu dibawah satu pimpinan sahaja? Sama seperti perjuangan Rasullullah SAW dan para sahabat dahulu?
Ada terbaca hadis yang memberitakan di akhir zaman, umat Islam terpecah kepada 73 golongan, dan setiap golongan ini pula, terpecah kepada beberapa golongan lagi. Tetapi hanya satu golongan sahaja yang Allah terima amalan mereka.
Golongan atau kumpulan yang mana satukah itu?
Adakah kita di Malaysia ini, tak kisahlah samada PAS ke, UMNO ke, ARQAM ke, mana-mana tarekat ke, berada di landasan yang benar?
Di jalan yang LURUS, iaitu jalan yang diredhai Allah?
Kalau kita perhatikan, di Malaysia sahaja dah ada pelbagai JALAN, yang menyebabkan perpecahan Ummah. Dan yang lebih malangnya, setiap golongan berasa bangga dengan apa yg mereka miliki, tanpa mereka ketahui kebenaran mengenai apa yang mereka perjuangkan itu... samada ianya LURUS ataupun tidak. |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Apakah mereka itu tidak faham? Tidak, sebenarnya mereka lebih faham dari kita, tetapi mereka sangat berhati-hati, berakhlak dan beradab. Tidak ada satu tareqat pun yang diberi nama atas nama Islam. Begitu juga Mazhab Syafie, Hambali, Hanafi, mengapa tidak disebut mazhab Islamiyah Syafi'iyah, Islamiyah Hambaliah, atau Islamiyah Hanafiah? Mereka sangat faham, sangat beradab dan kerana itu mereka sangat berhati-hati. Andaikata tareqat, mazhab atau jemaah yang mereka bawa dan perjuangkan tidak menepati Islam, maka ia tidak akan merosakkan Islam. Tidak akan mengotori nama Islam dan nama Tuhan.
Berjuanglah dengan Berseni dan Berhalus
Islam ada yang lahir ada yang batin, ada yang tersurat dan ada yang tersirat. Ada yang nampak oleh mata dan akal, ada yang hanya dapat difahami oleh hati yang bersih. Islam itu sangat seni. Kerana itu memperjuangkan Islam mesti dengan berhalus dan berseni. Tetapi ramai orang yang tidak nampak dan faham hal ini, sehingga mereka berjuang dengan cara yang kasar. Akhirnya umat Islam huru-hara di dunia hari ini. Mereka sangat berani dan kegigihan mereka dalam berusaha luar biasa. Mereka ramai di muka bumi ini, bahkan di beberapa negara umat Islam adalah majoriti.
BERSAMBUNG |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Tetapi mana kejayaan umat Islam sehingga pengamalan Islam mereka nampak sangat indah dan orang ramai mendapat banyak Contoh lain, Rasulullah SAW mendidik Sahabat secara lisanulhal di dalam masjid. Pada suatu hari, ketika Rasulullah sedang bersama para Sahabat, seorang Arab Badwi kencing di dalam masjid. Maklumlah Arab Badawi, dia tidak faham adab dan akhlak, sebab peradaban mereka waktu itu sangat rendah. Dia tidak pernah belajar sehingga walaupun sudah masuk Islam, dia masih kencing di dalam masjid. Sahabat waktu itu belum sempurna, masih dalam proses didikan Rasulullah SAW. Sebab itu ada sebahagian Sahabat yang hendak bertindak memberi teguran dan peringatan kepada orang Badwi tersebut. Tetapi Rasulullah SAW mencegah Sahabat bertindak dan menghukum Sahabat Badwi tersebut, bahkan Rasulullah SAW membersihkan najis itu dari lantai masjid.
Para Sahabat terpukul dan mendapat pelajaran melihat betapa mulianya akhlak Rasulullah SAW, sedangkan Sahabat Badwi yang buang air kecil itu juga turut insaf. Sekali saja Rasulullah SAW bertindak, ia telah mendidik semua orang yang ada di sekelilingnya ketika itu. Begitulah betapa seni dan berhalusnya Islam. Kalau pendakwah dan pejuang Islam tidak berhalus dan berseni dalam mengajak manusia kepada Allah, orang akan menolaknya, kerana caranya tidak sesuai dengan fitrah.
BERSAMBUNG
[ Last edited by hafizi on 15-3-2005 at 12:17 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hammam at 2005-3-15 11:51 AM:
Ada terbaca hadis yang memberitakan di akhir zaman, umat Islam terpecah kepada 73 golongan, dan setiap golongan ini pula, terpecah kepada beberapa golongan lagi. Tetapi hanya satu golongan sahaja yang Allah terima amalan mereka.
Golongan atau kumpulan yang mana satukah itu?
Adakah kita di Malaysia ini, tak kisahlah samada PAS ke, UMNO ke, ARQAM ke, mana-mana tarekat ke, berada di landasan yang benar?
73 golongan itu bermakna berpecahnya dari sudut aqidah iaitu selain sunnah wal jamaah. Cthnya spt faham jabariah, muktazilah, qadariah dsbnya.
Pas ke Umno ke atau siapa shj tidak dikira berpecah atau masuk golongan yg 73 itu selagi berpegang pada sunnah wal jamaah.
wallahu'alam... |
|
|
|
|
|
|
|
hm....
a'kum....
ape kate kiter buat refleksi diri dahulu pastu keluarga kiter pastu kengkawan kita dan ......seterusnya...adakah kita muslim sejati? |
|
|
|
|
|
|
hafizi This user has been deleted
|
Originally posted by Mawar Merah at 15-3-2005 12:19 PM:
73 golongan itu bermakna berpecahnya dari sudut aqidah iaitu selain sunnah wal jamaah. Cthnya spt faham jabariah, muktazilah, qadariah dsbnya.
Pas ke Umno ke atau siapa shj tidak diki ...
Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) :-
"Bahawasanya Bani Israil telah berfirqah-firqah sebanyak 72 millah dan akan berfirqah umatku kepada 73 firqah, semuanya dimasukkan ke dalam neraka kecuali satu"
Sahabat-sahabat yang mendengar ucapan ini bertanya kepada Rasulullah SAW:
"Siapakah yang satu itu wahai Rasulullah?"
Jawab (baginda) : Yang satu itu ialah orang yang berpegang (beri抰iqad) sebagaimanaku (i'tiqadku) dan pegangan sahabat-sahabatku"
Dirawikan Imam Tarmizi. Sanad Shahih
Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) :-
"Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tanganNya, akan berfirqah umatku kepada 73 firqah, yang satu dimasukkan ke dalam syurga dan yang lainnya dimasukkan ke dalam neraka"
Bertanya para sahabat : "Siapakah firqah itu wahai Rasulullah?"
Jawab (baginda) : "Ahlussunnah wal Jama抋h"
Dirawikan Imam Thabrani
73 firqah/millah berkenaan ialah :-
Syiah (termasuk Bahai抋h dan *Ahmadiyyah Qadiani) 22 Aliran
Khawarij 20 Aliran
Muktazilah (Termasuk Qadariah) 20 Aliran
Murji抋h 5 Aliran
Najariah 3 Aliran
Jabariah 1 Aliran
Musyabihah (termasuklah Ibnu Taimiyah dan Wahabi) 1 Aliran
Ahlussunnah Wal Jama抋h 1 Aliran
JUMLAH 73 FIRQAH
* Ini bukannya Tariqat Ahmadiyyah Al-Allamah Syaikh Ahmad Idris |
|
|
|
|
|
|
|
Salam
Originally posted by Mawar Merah at 15-3-2005 12:19 PM:
73 golongan itu bermakna berpecahnya dari sudut aqidah iaitu selain sunnah wal jamaah. Cthnya spt faham jabariah, muktazilah, qadariah dsbnya.
Pas ke Umno ke atau siapa shj tidak diki ...
Yeke? Tapi masih ada golongan PAS dan UMNO kan? Yang masing2 punyai fahaman dan cara perjuangan yg berbeda.
Mengapa aqidah mereka sama, tetapi saling berbalah dan musuh memusuhi?
Yang mana satukah di jalan yg LURUS?
dan apa definasi AQIDAH? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam
Originally posted by hafizi at 15-3-2005 02:56 PM:
Terbahagi kepada 4 Mazhab Utama dalam Ahlussunnah wal Jama抋h iaitu:-
Mazhab Hanafi
Mazhab Shafi扞
Mazhab Maliki
Mazhab Hambali
Hmm.. terima kasih...
Jadi antara 4 mazhab ni, apakah perbedaannya? Dan yg mana satukah yg paling lurus?
Kalau x silap saya, cara menunaikan amalan antara 4 mazhab ini berbeda, kalau tak banyak pun sedikit kan?
Jadi cara amalan manakah yg benar dan terpaling LURUS? Ini kerana, ketika zaman Rasullullah SAW dan para sahabat, hanya ada SATU cara dan SATU aliran sahaja...
Bagaimana sampai ada yg terpecah? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam
Tidak ada sesiapa ke yg nak kupas isu ni?
Pada Hammam, selagi Umat itu tidak menjadi SATU, iaitu bersatu dari segi amalan, fahaman dan didalam semua bidang, selagi itu nasib Umat Isalam itu sendiri masih di awang-awangan...
Sekiranya UMNO dan PAS pun tak boleh disatukan, bahkan bermusuhan pula sedangkan mereka beraqidah yang sama, bagaimana nak menyatukan umat2 lain yg berbeda pegangan dan fahaman? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hammam at 15-3-2005 07:49 PM:
Hmm.. terima kasih...
Jadi antara 4 mazhab ni, apakah perbedaannya? Dan yg mana satukah yg paling lurus?
Kalau x silap saya, cara menunaikan amalan antara 4 mazhab ini berbeda, kalau tak ...
Menarik persoalan yg dibawa...mungkin adik tatie boleh berkongsi idea..info...
mula-mula kita hayati sabda rasululllah saw ...
Berselisih faham di kalangan umatku itu adalah satu rahmat.
(Riwayat Al Baihaqi)
Barangsiapa yg berijtihad lalu tepat (sebagaimana yg dikehendaki) maka dapat dua pahala. Dan sessiapa yang berijtihad tapi salah maka ia dapat satu pahala.
(Riwayat Al Bukhari)
Menurut rasullullah ada dua bentuk ikhtilaf atau dua bentuk perselisihan faham iaitu :
1. Ikhtilaf furu'iyah.
Ikhtilaf mengenai cabang-cabang dan ranting-ranting dalam islam atau perselisihan di dalam ilmu feqah.
contoh :
Terbahagi kepada 4 Mazhab Utama dalam Ahlussunnah wal Jama抋h iaitu:-
Mazhab Hanafi
Mazhab Shafi扞
Mazhab Maliki
Mazhab Hambali
2. Ikhtilaf usuliyah. Perselisihan yang berlaku mengenai dasar, pokok atau aqidah dalam Islam.
contoh :
73 firqah/millah berkenaan ialah :-
Syiah (termasuk Bahai抋h dan *Ahmadiyyah Qadiani) 22 Aliran
Khawarij 20 Aliran
Muktazilah (Termasuk Qadariah) 20 Aliran
Murji抋h 5 Aliran
Najariah 3 Aliran
Jabariah 1 Aliran
Musyabihah (termasuklah Ibnu Taimiyah dan Wahabi) 1 Aliran
Ahlussunnah Wal Jama抋h 1 Aliran
JUMLAH 73 FIRQAH
Bentuk ikhtilaf furu'iyah memang dibenarkan dalam ajaran islam.
Sebaliknya ikhtilaf usuliyah tidak dibenarkan.
[ Last edited by serihartatie on 17-3-2005 at 06:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
:pray:
Fleurzsa: :no:
[ Last edited by fleurzsa on 7-6-2005 at 12:58 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ikut imam Thabrani, kesian PakMalau dekat budak syiah Iran (sekarang) yg menghafal Al-Quran sepenuhnya pada umur 6 tahun dan abangnya umur 7 tahun, termasuk mak bapak diaorang yg juga penghafal Al-Quran sebab akan masuk neraka nanti. Diorang ni syiah... termasuklah anak cucu Rasulallah yg boleh dibuktikan keturunan (di IRAQ dan IRAN). Hairan juga mengapa pengikut mazhab Shafie doakan (ali Muhammad) kpd diorang yg dah sah masuk neraka disetiap solat wajib, waktu duduk Tahiyyat Akhir.
Nampaknya pendapat yg mengatakan penghafal A-Quran akan dimasukkan ke syurga tak boleh dipakai, begitu juga hadis yg mengatakan sesiapa yg mengucap kalimah shahadat akan dimasukkan ke syurga juga terpaksa diketepikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by intanterpilih at 7-6-2005 10:08 AM:
:pray:
Fleurzsa: :no:
[ Last edited by fleurzsa on 7-6-2005 at 12:58 PM ]
maaf Encik MOD....bukan sengaja letak ikon ajer tapi sebab teks tak diterima minggu lalu...
minggu ni saya tak buat lagik... |
|
|
|
|
|
|
| |
|