View: 25287|Reply: 90
|
kate dr mashitah,melacur kerana terdesak dimaafkan!!
[Copy link]
|
|
Dr Mashitah Ibrahim: Melacur kerana terdesak dimaafkan!
Monday, June 20 @ 13:46:36 MYT
Oleh Rozmal Malakan
Diharapkan para Mufti-Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan dapat memberikan komentar terhadap jawapan yang diberikan oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri mengenai isu "menjadi pelacur kerana terdesak" seperti tersiar dalam Harian Metro, Ahad 19 Jun 2005 demi mengelakkan kekeliruan orang ramai.
Jawapannya boleh dilayari terus di alamat: http://www.hmetro.com.my/Current ... Article/indexs_html
Berikut disiarkan sepenuhnya soalan pembaca dan jawapan Dr Mashitah:
Jual diri kerana terdesak
SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara terang adalah haram.
Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah? Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa? Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah?
RAZIN Kuala Lumpur
JAWAPAN DR MASHITAH
HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu 憈erpaksa |
|
|
|
|
|
|
|
PakMalau boleh senyum kambing je le bila dengar masalah macam ni... solution Islam dah ada (mutaah) tak mahu digunakan...
tapi PakMalau agak setuju dgn pendapat Dr Masitah tu, iyalah kalau darurat nak buat macamana??? Masyarakat dah berhati batu.... itupun kalau wanita tu dah minta tolong jiran, cari kerja, etc dan ikhtiar semampu yg boleh.. dah kebulur, nak buat camana yer... takkan nak apply konsep redha org tasauf sampai anak mati kebulur... kalau PakMalau tak boleh tolong, PakMalau advisekan wanita tu offer buat nikah mutaah kat mama-mana lelaki Islam... tentu ada yg setuju (secara haram pun diorang sebat...bukannya free.. tukar niat dan kaedah je). Tukar niat itu penting... alah mcm buat pinjaman rumah cara ISlam tu, calculation sama je dgn cara lama.. yg beza niat, etc cara Islam, bukan banyak beza pun. Bayar mahal gak bulan2. |
|
|
|
|
|
|
|
mana ada istilah TERDESAK sebegitu sekali..tuh sebab wang zakat kene diagihkan seadil adilnya.bukan bagik kat konsert sure heboh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PakMalau at 2005-6-21 12:41 AM:
PakMalau boleh senyum kambing je le bila dengar masalah macam ni... solution Islam dah ada (mutaah) tak mahu digunakan...
tapi PakMalau agak setuju dgn pendapat Dr Masitah tu, iyalah kalau ...
saya kesian dengan kredit yang TIDAK diberikan kepada ratusan malah ribuan ibu tunggal di seluruh Malaysia yang telah berjaya berusaha utk mencari rezeki halal dan tidak perlu mengambil jalan mudah utk resort kepada kerjaya yang extreme seperti pelacuran atau GRO utk mendapatkan rezeki bagi menyara anak-anak.
Begitu banyak natijah2 yang tak baik dari kerjaya pelacuran seperti dosa, AIDS, herpes,siphlis yang mana boleh menyebabkan keluarga menjadi lebih kucar kacir di samping self-esteem anak2 sendiri akan terjejas bila mendapat tahu ibu seorang pelacur.
Kekadang masalahnya ialah terlalu biasa dengan kehidupan mewah dan senang, tidak biasa menghadapi kesusahan dan jahil tentang ilmu agama yang menyebabkan ada ibu yang kehilangan suami memilih kerjaya melacur atau GRO dsbgnya di samping sokongan dari komuniti yang saya tak sangkal amat lemah terutama di kawasan kota raya yang mementingkan budaya "hang hang, aku aku".
Jadi tuan-tuan dan puan-puan, kalau tahu ada janda (samada tua atau muda) berniaga nasi lemak di ksan anda,, bagilah keutamaan untuk membeli dari mereka...tid akpun niat sedekah...semoga dapat membantu meringankan bebanan mereka mencari nafkah menyara kehidupan..
Ini juga menyerlahkan lagi kepentingan community life terhadap kehidupan kita...janganlah kita terlalu menekankan individual life atau family life sehingga lupa melabur masa dalam community life...to be fair - bagaimana komuniti nak menolong kalau tidak ada sebarang ukhuwah di kawasan individu tinggal? Bagaimana nak membina ukhuwah kalau tak ada yang mahu meluangkan masa bergiat dalam kegiatan komuniti? Apa nak buat..semuanya sibuk..
[ Last edited by always_typo on 21-6-2005 at 08:55 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by always_typo at 21-6-2005 08:54 AM:
saya kesian dengan kredit yang TIDAK diberikan kepada ratusan malah ribuan ibu tunggal di seluruh Malaysia yang telah berjaya berusaha utk mencari rezeki halal dan tidak perlu mengambil jala ...
tatie setuju dgn always_typo tu...sebenarnya LEBIH RAMAI ibu tunggal yang buat kerja halal yg patut dijadikan contoh tauladan. Yg buat kerja HARAM dan jual diri itu hanya mewakili kurang dari 5 persen.
ramai yg tatie tgk ibu tunggal kat kg yg miskin tu, masih boleh bertahan menjaga anak mereka (ada yg lebih dari 5 org, kecik-kecik lagi...) ...mereka buat apa sahaja kerja yg halal, memanglah kerja tu nampak sukar, kotor dan tak glamour dan tak boleh beri duit banyak....tapi kita lupa Allah SWt itu maha kaya. Kerja yg mereka lakukan itu BERKAT dan masih tetap dapat menampung kehidupan seharian. Hai...cubalah fikir, haiwan yg hidup itupun Allah berikan rezki masing-masing walaupun tak ada gaji, tak ada tempat kerja...
itulah apa-apapun kita kena kembali kepada KEIMANAN dan KETAKWAAN seseoarang itu. Bukankah Allah pembela bagi org yg bertakwa?...Adakah Allah akan memungkiri janjiNya?...Cuma yg jadi masalah, bila kita kurang yakin dengan janji Allah dan kemudian pula tidak menurut sunnahtullah dgn berusaha sebaik mungkin, itu yg jadi masalah....
Tentu ada org pertikaikan, kalau ikut akal mana boleh hidup dengan TAKWA sahaja....cam ner tu?...
hemm.....sebenarnya org yg bertakwa itu, adalah org yg sangat positif dalam hidupnya ...ada motivasi...tak pernah rasa putus asa...itu yg menjadikan dia diberi byk ilham dan jalan utk berusaha oleh Allah SWT. Bukanlah berTAKWA itu bermaksud duduk berdiam diri, beribadah 24 jam menunggu rezki jatuh keriba...
tetapi org yg bertakwa akan menganggap segala apa yg dilakukannya adalah ibadah maka mencari rezki yg halal itu ibadah..maka dia akan berusaha sebaik mungkin utk mencari rezki dan tidak berpeluk tubuh...dia akan menganggap tgjawab menjaga anak itu adalah ibadah, maka dia akan menjaga anaknya dgn sepenuh hati dan kasih sayang...malah terhadap diri dia sendiri..dia tidak akan menganiaya diri sendiri dengan melakukan dosa kerana menganggap dia adalah hambaAllah dan khalifah Allah di mukabumi ini maka terpamerlah perilakunya selaras dengan keyakinannya itu...
tatie stuju dgn kata sniper..mana istilah TERDESAK....yg terdesak adalah NAFSU yg tidak kenal Allah SWT...maka sebab itu mereka sanggup buat kerja HARAM...
pasal komen Dr Mashitah tu...ermm....kalau setakat rumputpun boleh masuk kes saman menyaman....apalah nak diharap sgt.....
[ Last edited by serihartatie on 21-6-2005 at 09:53 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Maafkan saya yang kekurangan ilmu memberikan pendapat..........
Benarkah melacur kerana terpaksa itu dimaafkan.........Dalam erti kata lain
di HALAL kan.........???
Menurut saya tidak alasan di dunia ini untuk kita melakukan perkara yang di larang agama........ Bukankah melacur itu haram kerana sama seperti insan yang melakukan perzinaan......... Mudahnya insan seperti Dr. Masyitah membuat andaian tanpa ada bukti dan alasan yang kukuh berdasarkan Al Quran dan Hadis..........
Mungkin bagi kita yang mempunyai rezeki yang melimpah ruah atau sekurang2nya mudah mendapatkan makanan tidak akan sanggup melakukan perkara sedemikian....... Namun tidak adillah kepada beribu2 ibu tunggal yang sanggup berniaga di tepi jalan atau bekerja di kilang2 semata2 mencari sesuap nasi dengan cara halal untuk diri sendiri dan anak2 mereka .........Saya setuju dengan Always Typo dan serihartatie.........
Bukankah Islam amat menitikberatkan rezeki halal, rezeki yang diperolehi secara suatu yang negatif adalah haram dan berdosa. Sedangkan banyak lagi bidang rezeki yang halal di atas muka bumi ini. Se-sungguhnya rahmat Allah itu terlalu luas. Kerana itu janganlah memilih jalan yang kotor dan tidak baik.
Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud :
" Wahai manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat dibumi dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata'.
Oleh itu setiap orang dari kita semestinya mendapatkan rezeki yang halal dan dari cara yang halal juga. Jauhilah dari rezeki yang haram. Sabda nabi s.a.w bermaksud: Menuntut yang halal itu wajib atas tiap-tiap orang Islam.........
Wallahualam............. |
|
|
|
|
|
|
|
la takrabu zina... (jgn kau DEKATI zina)
bukannya la takmalu zina (jgn kau LAKUKAN zina)
betapa seriousnya menda nih....DEKAT pon tak boleh..nih kan plak BUAT.. |
|
|
|
|
|
|
|
telah berkata Hisyam bin Ammar (ia berkata) : telah menceritakan kepada kami Shidqah bin Khalid, kemudian beliau menyebutkan sanadnya hingga Abi Malik Al-Asy'ari Radhiyallahu 'anhu, bahwa dia mendengar Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Artinya : Sungguh akan ada hari bagi kalangan umat kaum yang menghalalkan perzinaan, sutera, minuman keras, dan alat-alat musik. Dan sungguh akan ada kaum yang pergi ke tepi bukit yang tinggi, lalu para pengembala dengan kambingnya menggunjingi mereka, lantas mereka di datangi oleh seorang fakir untuk meminta sesuatu. Mereka berkata, 'Kembalilah kepada kami esok hari'. Kemudian pada malam harinya Allah membinasakan mereka dan menghempaskan bukit itu ke atas mereka, sedang yang lain (yang tidak binasa) diubah wajahnya menjadi monyet dan babi sampai hari kiamat".[Shahih Bukhari, Kitab Al-Asyrabah, Bab Maa Jaa-a fi Man Yastahillu Al-Khamra wa Yusammihi bi Ghairi Ismihi 10:51]. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by palong at 21-6-2005 01:50 PM:
telah berkata Hisyam bin Ammar (ia berkata) : telah menceritakan kepada kami Shidqah bin Khalid, kemudian beliau menyebutkan sanadnya hingga Abi Malik Al-Asy'ari Radhiyallahu 'anhu, bahwa dia mende ...
Nampaknya hari dan zaman itu telah kita jumpa dan temui.....Wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by halimijuliana at 21-6-2005 10:13 AM:
Benarkah melacur kerana terpaksa itu dimaafkan.........Dalam erti kata lain
di HALAL kan.........???
Menurut saya tidak alasan di dunia ini untuk kita melakukan perkara yang di larang agama........ Bukankah melacur itu haram kerana sama seperti insan yang melakukan perzinaan......... Mudahnya insan seperti Dr. Masyitah membuat andaian tanpa ada bukti dan alasan yang kukuh berdasarkan Al Quran dan Hadis..........
...
Mungkin Dr Masitah tu melihat secara global, masalah TERDESAK yg dipikul oleh ibu tunggal. Betul spt kata Dr Masitah, kita mesti melihat kepada keadaan seseorang itu, jangan main pukul rata.. lihat kes by kes. Bagi kes yg terdesak, itulah jawapannya. Dia tak sebut pun dalam kontek bagaimana, situasi (kebulur, ada makanan, etc), masa (perang, aman, etc), tempat (negeri ramai muslim, barat, etc) dll. Mungkin istilah terdesak tu memang terdesak yg "mengharuskan" kepada perbuatan itu seperti makan babi juga (haram), kalau dah darurat.. makan je le tapi jangan sampai kenyang. Ini pun sama juga, buat je le tapi jangan naik syok plak... (eeih susah ni).
Mungkin terdesak ini maksudnya pilihan antara "hidup atau mati". Bukan nak bermewah dgn pendapatan tersebut.
Kalau dalam kontek Malaysia sekarang susah sikit nak justify sebab ada banyak channel dan means yg boleh diperolehi bantuan spt. Persatuan kebajikan, minta sedekah, etc. PakMalau ingat lagi waktu time ekonomi down dulu, ada seorang bapa bawa anak2 kat Restoran minta PakMalau belanja makan sebab lapar (takder duit, hilang pekerjaan). Itu pun satu cara menyelesaikan masalah, jangan malu meminta.
Zina tu bergantung juga kepada niat, kalau orang kena rogol takkan nak istilahkan zina juga. Ini kes antara melakukan zina (rela) dan kena rogol (paksa), tapi lebih kpd hampir kpd rogol. Allah melihat kpd perbuatan dan niat. Dan ini juga bukan masalah nak DISCREDIT ibu tunggal yg berusaha tungkus lumus mencari duit cara halal. Ini masalah hukum.
Sepatutnya Dr Masitah tanya lebih detail (tapi iyalah itu masalah dlm paper je), bukan setakat keluarkan fatwa berdasar sedikit info sahaja. Tanya detail tersangat detail kalau nak bagi pendapat, itu juga sifat takwa (berhati2) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 21-6-2005 09:51 AM:
tatie stuju dgn kata sniper..mana istilah TERDESAK....yg terdesak adalah NAFSU yg tidak kenal Allah SWT...maka sebab itu mereka sanggup buat kerja HARAM...
Ini bukan masalah nafsu, ini masalah terperangkap dlm situasi yg terpaksa melakukan.
Consider kes ini yg baru je keluar kat TV (mcm program kisah benar di malaysia) ditempat PakMalau, ibu tunggal yg telah dicolek dan dibawa ke tempat asing bersama anaknya oleh bapak ayam (gengsters). Wanita itu terpaksa menjual tubuh untuk terus hidup.. dan membesarkan anaknya (tiada alternatif lain yg lebih baik: bunuh diri atau kena pukul bila cuba lari atau melacur). Sesetengah disuntik dgn dadah supaya terpaksa bergantung dgn dadah (disupply oleh gengster).
SANGGUP itu disebabkan TERDESAK.... kena halusi definasi terdesak tu...
Kita yg ada pelajaran ni bolehlah cakap pandai.. cari bantuan sana sini, kerja itu ini.. bagi yg tak ada pelajaran, miskin, etc pompuan yg nak pergi pejabat pos beli stem pun tak tahu dan tak berani.. (org miskin kampung dusun ke), kalau tak makan 3 hari ke.. (stgh org yg puasa sehari pun terlewat buka puasa pun berang semacam je..).. lain definasi terdesak diorang... kena tengok kes by kes...
Itulah imam Ali cakap, kalau miskin itu dijadikan dalam bentuk manusia, dah lama dia bunuh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PakMalau at 2005-6-21 05:05 PM:
Mungkin Dr Masitah tu melihat secara global, masalah TERDESAK yg dipikul oleh ibu tunggal. Betul spt kata Dr Masitah, kita mesti melihat kepada keadaan seseorang itu, jangan main pukul rata. ...
Benar Pak Malau.
Mungkin juga dia sengaja hendak menimbulkan kontroversi untuk membawa perhatian masyarakat betapa pentingnya peranan "community support" dalam masyarakat Islam Malaysia yang makin lama dah makin kurang sekarang ni...semua dah tak mahu "jaga tepi kain orang" dan "bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing"..hmm...nak berperibahasa la pulak ptg Selasa ni...
Kekadang kena buat shocking statement baru dapat perhatian masyarakat...kalau tidak jadi macam kempen "Cintailah Sungai" ajerla...cinta-cinta jugak tapi sampah buang serupa tu jugak..
Walaubagaimana pun, dia sebagai penulis pastilah bertanggungjawab penuh dengan apa yang ditulisnya hatta kalau diedit oleh editor sekalipun.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa org yg soal tu tanya dlm konteks Malaysia walaupon dia tak tulis... dia tulis dia selalu baca kisah perempuan camtu, of course la kan kat Malaysia.. sudah tentu dlm keadaan Malaysia sekrg, belum sampai darurat pon..
Zina tu bergantung juga kepada niat, kalau orang kena rogol takkan nak istilahkan zina juga. tak da kaitan dgn masalah ni.. sbb semua org tau bezakan zina dgn rogol..
Ni la first time aku dengar pelacuran dibenarkan semasa atas alasan darurat.. darurat tu plak atas alasan nak bg anak2 makan.. Dr Masyitah sepatutnya berhati2 mengeluarkan hukum.. kredibiliti beliau makin lama makin terjejas.. tambah dgn kes ceroboh tanah, masuk politik la, org dah semakin tak respect.. |
|
|
|
|
|
|
|
erm, aku ingat la pakmalau..tuh sebab nasib ibu2 tunggal nih patut dibela..kita beri kemudahan yg cukup, pinjaman bank, agihan wang zakat, kelas2 kemahiran. tuh pun antara sebab kenapa rasulullah byk kawin janda.baginda nak pastikan nasib ibu tunggal terbela. lagik satu, sepatutnya anak2 yatim pon kita kene jugak tolong.bukan setakat anta kuih raya jer. tapi kalo dah tolong macam2 pon masih nak melacur, tuh bukan ibu tunggal, tu ibu tunggul. |
|
|
|
|
|
|
|
PakMalau pun sebenarnya kurang melihat pendapat Dr Masitah ni. Dulu PakMalau dah komenkan fasal salahfaham beliau (pendapat dlm Metro gak) thdp fahaman syiah yg katanya menganggap imam Ali sebagai nabi.
Rasanya dia sibuk kut dgn bidang politik... tak sempat nak refer kitab2 ...
Tapi macamana pun PakMalau puji dia sebab LAWA, selalunya yg lawa mcm dia ni susah nak belajar sampai PhD ... belum habis IPT dah disambar tok guru... |
|
|
|
|
|
|
|
dia nih dulu selalu ponteng klas kat uia dulu..masuk kelas dia best..dalam seminggu mungkin ada sehari jer kelas dia..tapi dia nih garang woo... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 21-6-2005 05:46 PM:
erm, aku ingat la pakmalau..tuh sebab nasib ibu2 tunggal nih patut dibela..kita beri kemudahan yg cukup, pinjaman bank, agihan wang zakat, kelas2 kemahiran. tuh pun antara sebab kenapa rasulullah b ...
:setuju:
PakMalau pun ada niat gak nak buat biness, 20% untung kasi kat rumah anak yatim dan ibu tunggal.
Satu lagi cara ialah menggunakan internet, buat website yg menghubungkan anak2 yatim kpd keluarga2 angkat.. atau ibu tunggal kpd sponsor... bukan susah sangat, pergi rumah anak2 yatim atau cari ibu tunggal yg miskin (mungkin boleh dapat maklumat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKKK, etc) kemudian masukkan info mereka (termasuk bank details, etc) kat website. Buat promosi supaya sesiapa yg berminat boleh menghulurkan bantuan secara wang belanja bulanan, derma, etc yg termampu.
Mungkin setiap rumah kebajikan (anak yatim) disediakan internet access dan boleh berforum dgn keluarga angkat/sponsor yg menanggung perbelanjaan bulanan mereka. Surat atau SMS pun OK. Komunikasi dua hala penting supaya ada kasih mesra dan hubungan berterusan.
PakMalau bagi idea je, rasanya kalau ada 4, 5 org yg prihatin dan berkemampuan untuk uruskan secara sukarela, boleh jadi... kemudian kudakan DR Masitah dgn politiknya (kempen)... sure jalan. Kadang2 org politik ni tak ade idea....
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh Iya la... tak boleh ke CIK MOD cadangkan dekat pihak urusan supaya diadakan BOARD untuk menghubungkan anak yatim dan ibu tunggal yg kritikal dgn pihak sponsor (individu atau badan2 tertentu) supaya ramai yg kat sini tahu siapa yg perlu bantuan dan macamana nak hulurkan bantuan.
Alah rasanya CIK MOD pun boleh fikir detail2 yg sesuai, yg penting kita ramai2 kat sini boleh cuba bantu mereka. Ada juga BERKAT berforum ni, asyik hentam-menghentam je... elok berhenti kejab.... fikir macamana nak bantu mereka sekadar yg kita mampu melalui means yg kita ada... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by PakMalau at 21-6-2005 06:42 PM:
Eh Iya la... tak boleh ke CIK MOD cadangkan dekat pihak urusan supaya diadakan BOARD untuk menghubungkan anak yatim dan ibu tunggal yg kritikal dgn pihak sponsor (individu atau badan2 tertentu) ...
:hmm::hmm:
Bagus idea Pak Malau ni.
I akan fikirkan perkara ni... macam mana...
La ni tgh pening2 lalat la Pak Malau. :nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak cari ibu tunggal sorang.. hehehehe.. yg muda2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|