View: 13447|Reply: 45
|
Adat dan Islam (merged: pipi)
[Copy link]
|
|
Mari kita berbincang pula mengenai adat dan kepercayaan dahulukala. Dizaman datuk nenek moyang kita dahulu ada bermacam2 adat2 dan kepercayaan dalam masyarakat kita, sebahagian besar dari adat2 ini jika kita lihat banyak yang tidak sesuai dengan Ajaran Agama islam. Seperti di beberapa negeri dimalaysia ada adat budaya mereka menggunakan bahasa kasar satu perkara biasa, malah mereka berbangga dan mempertahankan budaya ini. Ada juga yang berbangga dengan hukum seperti hukum adat pepatih.
Dari segi kepercayaan pula seperti langkah bendul, menggunakan azimat dan tangkal, dan meminta pertolongan dari makhluk2 halus.
Dizaman kedatangan Nabi saw membawa cahaya, maka bermacam kebatilah adat jahiliah ini telah dibasmi. Dan dizaman kini kebatilan ini semakin hari semakin berkurangan dengan sebab usaha dakwah yang giat dilakukan, Alhamdulillah. Sunnah Rasulullah yang mempunyai nur kembali diamalkan. Kita hendaklah yakin bahawa dengan mentaati perintah Allah dan mengikut cara rasulullah sahaja yang akan mengembalikan kita kepada fitrah. Adat2 dan amalan yang karut-marut yang tidak diajar oleh rasulullah hendaklah dibuang terus.
Terdapat juga dalam PENDIRIAN dan PRINSIP dalam org kita yang salah seperti "Aku susah nak benci org tapi kalau mula benci sampai bila-bila pun akan benci", " Aku kalau dah marah aku tak kira apa, lantaklah", Alah buat apa nak pakai tudung kalau hati tak ikhlas" dan macam2 lagi..ini semua kesesatan dalam pemikiran.
Mari kita bincangkan bersama apa yang selalu kita lihat secara zahir nampak bagus tapi sebenarnya tidak sesuai dengan ajaran islam.
;)
[ Last edited by ibnur at 14-7-2007 02:29 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
erm..adat bersandng tuh haram sebenarnya sebab tiru budaya hindu
tapi yg sedihnya ada gak guru agama (kononnya) yg menyandingkan anaknya |
|
|
|
|
|
|
|
emmm....
biar mati anak, jangan mati adat..... nf:
biar mati adat anak beranak, JANGAN MATI SUNNAH!!! :bgrin:
Wassalam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam
1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.
2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.
3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)
Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
4. Unsur-unsur khurafatdalam persandingan:
(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.
(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.
Hukum Islam Terhadap Persandingan
1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.
2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.
3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)
4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj sepertikelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)
5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."
Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)
6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)
7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)
Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:
1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrimatau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.
2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.
Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.
Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam". |
|
|
|
|
|
|
|
PETIKAN..................annuarbakri 's Weblog
10 AMALAN YANG TERBALIK"
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut
dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita.
Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."
(Riwayat Bukhari)
Wallahualam..................... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by halimijuliana at 18-6-2005 06:55:
PETIKAN..................annuarbakri 's Weblog
10 AMALAN YANG TERBALIK"
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang ama ...
:setuju: sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 5/12/2004 12:21 AM:
terima kasih
1. sebab rata2 org melayu sebelum kedatangan islam berugama Hindu dan upacara itu sendiri ada pengaruh dan skit2 ikut hindu.
2. biasa la malaysia nih, benda haram tapi dapa ...
Aah...kan ade kilang arak tepi fed.hiway tue..:ah: tp kite kan multiracional country....so that's y maybe kilang tu x kene tutup.....tp bab bersanding nie,hanya haram dlm Islam....tu yg nk tau sgt.Nape xde ape2 berita psl bersanding ni haram?:hmm::hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya simple jer gurl, kita kan takleh meniru atau at least kelihatan seperti org bukan islam, so perkara bersanding nih merangkumi aspek tuh la saya amat setuju kita nih negara multiracial, tapi agama rasmi negara adalah agama islam. tuh org bukan islam kene akui, tak respek takpa (judging by perangai org islam sendiri) tapi dema kene akui |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by snipersnake at 19-6-2005 01:02 AM:
sebenarnya simple jer gurl, kita kan takleh meniru atau at least kelihatan seperti org bukan islam, so perkara bersanding nih merangkumi aspek tuh la saya amat setuju kita nih negara multiracia ...
Assalamualaikum,
:setuju: dgn awak sniper...........
Sebagai contoh layanan baik terhadap orang bukan Islam dalam masyarakat majmuk yang diperintah oleh orang Islam berlaku di Madinah semasa pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w.
Cara mentadbir masyarakat majmuk yang mengandungi orang Muhajirin dan Ansar Islam bersama dengan orang Yahudi dan Nasrani telah ditentukan oleh Perlembagaan atau Sahifah Madinah. Orang Yahudi dan Nasrani tidak dipaksa memeluk agama Islam.
Bahkan undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas mereka ialah undang-undang agama mereka sendiri. Demikian apabila sepasang orang Yahudi melakukan zina, hukuman yang dikenakan adalah `rejam dengan batu' yang merupakan hukum yang terdapat dalam Kitab Taurat.
Indahnya Islam................ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mok_nik at 18-6-2005 05:49 AM:
Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam
1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaia ...
:setuju:
Bab bersanding ni mengikut pengalaman adakalanya menjadi haram dan adakalanya menjadi wajib pula.
Saya semasa belum kahwin dulu memang menentang perbuatan bersanding ni kerana semangat waktu tu memang tinggi dan kuat terpengaruh dengan fikrah jemaah. Akad nikah yang dijalankan di rumah isteri memang tidak ada majlis persandingan, cuma kenduri makan-makan dan doa selamat sahaja.
Tapi seminggu selepas tu dan diadakan pula dipihak saya, saya terkejut melihat ibubapa saya yang siap mendirikan pelamin untuk persandingan saya. Sebelum tu memang saya dah katakan pada mereka bahawa saya tak mahu bersanding tapi nampaknya mereka buat juga.
Ibu saya berkeras mahu saya bersanding juga kerana katanya ia hanya sekali seumur hidup sehingga ia menitiskan airmata ingin melihatnya.
Akhirnya tak sampai hati, saya buat kompromi yaitu saya akan bersanding waktu malam dan untuk bergambar kenang-kenangan dengan keluarga. Alasan saya ramai kawan-kawan yang datang dan perlu berjumpa dan melayan mereka.
Malam tu memang meriah tapi hanya dikalangan keluarga sahaja. Kami mengadakan berbagai sesi fotografi dan usik mengusik antara adik beradik. Memang detik waktu itu menjadi kenangan sehingga hari ini dan gambar-gambar kenangan yang tersimpan sempat saya tunjukkan kepada anak-anak saya sekarang ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by saifulms at 17-6-2005 07:08 PM:
emmm....
biar mati anak, jangan mati adat..... nf:
Kalau dilihat dari sudut yang positif......
Mati anak cuma sekeluarga sahaja yang menangisinya tapi
Kalau mati adat maka seluruh masyarakat akan hancur binasa.
Ikut pepatah minangkabau.....adat biarlah bersendi syara'
syara' bersendi kitabullah
Saya tambah.....hukum bertempat
sunnah meluas
Islam biarlah menyeluruh
(ini pepatah saya sendiri) |
|
|
|
|
|
|
|
satu soklan.
7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)
mane satu sunnah Rasulullah? hantaran murah ke mahal? |
|
|
|
|
|
|
|
:ah::ah: bile dah tau bersnding ni haram,cam nanti xnak la bersanding time kawen nanti....
Hmm satu lagi
-Apa komen pasal baling duit syiling?mende tu adatkan?so ok ke tue baling2 duit tue pastu tetamu berebut amek...:hmm: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BeanDiesel at 19-6-2005 12:05 AM:
satu soklan.
mane satu sunnah Rasulullah? hantaran murah ke mahal?
mungkin Bean silap baca kot :bgrin:
yang dihuraikan itu adalah beberapa perkara yang biasa dipraktikan dalam masyakrat kita yang antaranya meletakkan hantaran dan belanja yang mahal...
sebab itu ustaz itu membawa riwayat hadith dari Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi yang bermaksud " "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya."
jadi sunnah Nabi s.a.w ialah hantaran/belanjar yang murah ...
ada org pertikailak sunnah nie..antaranya mereka kata "camner nak murah hantaran dan belanja sebab persiapan utk kenduri nikah kawin makan belanja besar sekarng nie"
tapi kalau kita balik pada sunnah..bersederhanalah dalam serba serbi, tentu ia tak akan jadi maslaah..takut nanti lepas kawin terpaksa tangung hutang nikah kawin bank rakyat :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 18-6-2005 10:58 PM:
:setuju:
Bab bersanding ni mengikut pengalaman adakalanya menjadi haram dan adakalanya menjadi wajib pula.
Saya semasa belum kahwin dulu memang menentang perbuatan bersanding ...
samalah kita rupanya..
sebelum nikah,mok nik memang tak nak bersanding sebab tahu hukum hakamnya..tapi my mum mahu lihat anaknya bersanding..tapi mok nik buat kompromi juga..hanya family terdekat yang lihat bukan semua tetamu :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
setau aku bab kawin perlu dihebahkan..tapi bertunang perlu dirahsiakan..
hm... kalo camtuh...aku mmg x nak bersanding pun...tapi nak kena ader gambar kenanganlah.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku sempoi..lepas nikah, kami laki bini layan tetamu.lepas tuh sama2 basuh pinggan kat dapur |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by JUSTcircle at 19-6-2005 10:28 AM:
setau aku bab kawin perlu dihebahkan..tapi bertunang perlu dirahsiakan..
hm... kalo camtuh...aku mmg x nak bersanding pun...tapi nak kena ader gambar kenanganlah..
eh, bukan pertunangan elok ke kalau kasi tau. sebab, seorang lelaki haram kalo tackle tunang orang. so kena tau aku rasa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|