CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32945|Reply: 188

[MERGED] Bincang2 ttg Delexia,Autism,Hyperactice etc..

[Copy link]
Post time 15-2-2005 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,

dyslexia - sapa ada experience? boleh share?
dah carik kat google tapi banyaknye academic stuff, I nak real-life stories lak...
- apa symptom?
- bila boleh detect?
- camna nak detect?

my doter (nak masuk 4 tahun) selalu baca terbalik - contoh: nombor sepuluh (10), dia baca kosong satu (01).


[ Last edited by Sasha at 13-2-2006 10:48 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2005 10:20 PM | Show all posts
salam

masalah nie sebab budak lambat membaca...esp kalau dia nampak huruf..b dan d..boleh jadi terbalik!...kalau kat m'sia rasanya takde kemudahan utk masalah begini....

me ade baca dlm saui web..nanti me cuba carik kalau ade lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2005 10:23 PM | Show all posts
The word dyslexia is derived from the Greek "dys" (meaning poor or inadequate) and "lexis" (words or language). Dyslexia is a learning disability characterized by problems in expressive or receptive, oral or written language. Problems may emerge in reading, spelling, writing, speaking, or listening. Dyslexia is not a disease; it has no cure. Dyslexia describes a different kind of mind, often gifted and productive, that learns differently. Dyslexia is not the result of low intelligence. Intelligence is not the problem. An unexpected gap exists between learning aptitude and achievement in school. The problem is not behavioral, psychological, motivational, or social. It is not a problem of vision; people with dyslexia do not "see backward." Dyslexia results from differences in the structure and function of the brain. People with dyslexia are unique, each having individual strengths and weaknesses. Many dyslexics are creative and have unusual talent in areas such as art, athletics, architecture, graphics, electronics, mechanics, drama, music, or engineering. Dyslexics often show special talent in areas that require visual, spatial, and motor integration. Their problems in language processing distinguish them as a group. This means that the dyslexic has problems translating language to thought (as in listening or reading) or thought to language (as in writing or
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2005 10:25 PM | Show all posts
salam

nie ade web dia..utk remedies...cubalah tgk kalau ade yg berkenaan..

http://www.childpsychologist.com ... slexia/dyslexia.htm
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2005 12:21 PM | Show all posts
hmmm....banyak gak byk article for dyslexics.....

rasanya my sister dyslexic kot.....cam...slow giller in term of language, from speech, reading or writing...... susah nak cure....ye ahh...sbb dia bukan penyakit.

ari tuh ada baca paper article, laki bini dokter, sorang paed kots, anak dyslexic......so sampai bini tu benti koje la...nak train that anak, dari segi pemakanan sumer la..... but until few years, very minimal changes nampak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2005 01:37 PM | Show all posts
tak silap ada therapi dgn doktor specialist in this casei..dia akan train anak tu mcm mana nak baca and so on... rasa boleh pg hospital make appointment
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2005 09:58 AM | Show all posts
Originally posted by MamaAlya at 2005-2-15 11:10 AM:
Assalamualaikum,

dyslexia - sapa ada experience? boleh share?
dah carik kat google tapi banyaknye academic stuff, I nak real-life stories lak...
- apa symptom?
- bila boleh d ...



Mamalya, anak2 saya dyslexia, husband pun sama.

sympton - baca nombor atau huruf terbalik.  Bila dah pandai membaca pula, agak lambat, dan kadang2 membaca pun terbalik lagi.

Boleh detect bila diaorang dah mula kenal huruf dan nombor.   Contohnya nombor 15, kadang2 dia nampak 15, kadang2 dia nampak 51.

Tapi tak bermakna diaorang lembab @ bodoh.  Cuma agak lambat sebab terpaksa adjust apa yg diaorang nampak dgn realiti sebenarnya.

Macam orang tangan kidal kena guna tool yg dibuat untuk orang bertangan kanan, memang ada  masalah tapi pandai2 adjust sendiri.

Contoh anak saya yg darjah satu baca terbalik:   Nakam akus ayas.   

Tapi belum habis pun ayat tu dia baca, dia dah sedar yang dia tengah tengok terbalik.  (sebab mana ada perkataan melayu macam tu).  So dia pun adjust dan baca "saya suka makan".   Memang agak lambat berbanding orang normal, sebab apa yg nampak direct kat mata dia ialah "nakam akus ayas" tu.

Saya bernasib baik sebab husband pun ada dyslexia, jadi dia yg banyak membantu.  Itupun dia bagitau lepas kami dapat tahu anak sulung ada sympton tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2005 09:41 AM | Show all posts
semenjak kebelakangan nie sajelah org2 kite mule mengetahui yg setgh2 kanak2 mempunyai masalah pembelajaran seperti dyxlesia dan autism. seblm tu kanak2 mcm nie dianggap lembab, bodoh dsb. kemudahan pembelajaran utk mereka pun kurang. kelas2 khas pun tak byk. tapi alhamdulillah sejak kebelakangan nie kerajaan semakin perihatin dan tlh menambahkan peruntukan jutaan ringgit khas tuk mereka.

my sis salah sorg tenaga pengajar utk kanak2 istimewa ni. menurut dia mmg byk peruntukan diperlukan sbb mereka perlukan special teaching/learning tools. saya suka dgr pengalaman dia mengajar kanak2 nie - and from her story they are actually very intelligent cuma ade masalah dr segi pembelajaran. for those parents yg ade anak2 istimewa nie cuba cari kelebihan anak2 nie. diorang ni biasa nyer kreatif dan mempunyai kebolehan menghafal.

many believe that einstein is dyxlesia :hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2005 10:21 AM | Show all posts
autism tuh lagu maner lak yer..:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 11:37 AM | Show all posts
kalau berminat nak tau lebih lanjut, lawat laman web ni http://www.autism-society.org

menurut my sis, diorang nie ade masalah dlm berkomunikasi. kalau senyap terlalu senyap kalau aktif terlalu aktif. kalau takut terlalu takut, sampai everytime kite gerak tgn dia akan sorokkan muka dan kalau yg terlalu berani sampai baling kerusi (adik saya sampai bengkak tangan). diorang ni tak leh buat sesuatu terlalu lama, cepat boring - hyper aktif. yg lembik sgt pon ade. kebykkan diorang ni comel2 belaka dan actually very kreatif.

saya ade terbaca satu artikel mengenai seorg budak dr India yg autistic ni - dia nie ade speech problem. bawak jumpa pakar dan semua pakar diagnose anak dia takleh membaca. mak dia sampai berenti kerja nak concentrate mengajar dia. now budak tu bukan aje tau membaca, malah buat bibliography ttg penyakit dia. menurut buku dia tu, kanak2 autistic mcm dia nie berfikir terlalu byk benda dlm satu masa - tu yg jadi celaru sehingga tak terkontrol.

so, sapa2 berminat leh baca link tadi tu so that u can learn about this diability and its sypmtom... so u'll be well prepared sekiranya u come accross ngan this type of children
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 11:48 AM | Show all posts
bibliography lak.... autobiography la... heheh
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 03:26 PM | Show all posts
anak saya pun dyslexia jugak..tak tau dari keturunan mana datangnya..me n hubby takde pun prob ni.. takut nak ngaku anak dyslexia..  syasya  kalau baca i luv u..jadi u luv i.. kalau dia baca plet kereta pun..dia akan baca no. yg belakang dulu.. tapi dia takde masalah membaca ..2 bulan pegi tadika dah lancar membaca..  sekarang masalah dia berkurang la jugak..walalu tak  100%.. antara perkataan terbalik dia..

tekiak - ketiak
dario - radio

sometimes dia takleh bezakan no. 2 ngan no. 5 (ada font yg 2 mcam 5 terbalik kann..)

fourteen jadik 41..

jenuh la nak pesan ngan dia..baca dari depan..camne depan ngan belakang pun kekadang dia masih konpius..

[ Last edited by mas_molli at 7-9-2005 03:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Eus This user has been deleted
Post time 9-9-2005 02:15 PM | Show all posts
Baru 4 tahun budak tu.... tak yah risau... Kalau baca tulisan rumi dia baca terbalik, cuba ajar dia baca tulisan jawi. Gerenti tak terbalik nyer.... :cak:

Macam mana dengan apraxia & dyspraxia? Apraxia = lambat bercakap, Dyspraxia = lambat berjalan atau sukar mengawal pergerakan. Macam mana pulak dengan ADD & ADHD, sukar fokus pada sesuatu dan terlalu aktif?

Kalau setakat baca terbalik masa umur macam tu, dia masih lagi dalam proses pembelajaran. Bagi dia sedikit masa lagi. Kau bayangkan kalau kau tak pernah belajar tulisan cina, tiba-tiba orang tunjuk satu perkataan dengan 4~5 huruf-huruf cina, kau tau tak adakah huruf tu terbalik atau tak? Kalau kau pun susah nak buat sesuatu yang baru macam tu, inikan pulak budak umur 4 tahun. Bagilah dia masa, dan jangan jemu mengajar.... Setiap kanak-kanak akan cepat menangkap sesuatu yang baru dengan kadar yang berbeza-beza.

Sebagai penyakit, dyslexsia biasanya datang dengan tanda-tanda lain yang aku sebutkan kat atas tu. So, kalau dia ada dyslexia dan ada pulak apraxia & dyspraxia, atau ADD dan ADHD then aku suggest kau confirm dengan pakar kanak-kanak. Itu semua adalah tanda-tanda awal kepada masalah yang lebih berat di kemudian hari.

Kalau anak kau ada kebanyakkan masalah lain tu, dan kau susah nak dapat access ke doktor pakar kanak-kanak, sebagai percubaan, kau boleh tambah DHA, EPA (biasa dalam fish liver oil ), GLA (biasa dalam Evening Primerose oil)  dalam diet dia. Aku guna produk Efalex oleh Efamol yang dah ada sukatan yang sesuai untuk semua tu, tapi kau still boleh campurkan sendiri. Aku tak ada kena-mengena dengan Efalex atau mana-mana pengeluar DHA, EPA atau GLA....

Kanak-kanak yang memang betul-betul mengidap dyslexia, dan ditambah pulak dengan symptom lain (apraxia, dyspraxia, ADD, & ADHD), kebanyakkannya adalah akibat dari kekurangan LCP (Long Chain Polyunsaturated fatty acids). Kekurangan ni mungkin sebab diet yang lemah (asik-asik makan KFC jer), atau memang secara genetik badannya sendiri yang memusnahkan EFA (DHA, EPA, & GLA) sebelum ia di tukarkan kepada LCP.

Tapi, ini kau kena test try dulu la... sebab anak kau mungkin bukan ada masalah ni pun... dia cuma mungkin ambik masa lebih sikit jer, sebagaimana kau kena ambik masa sikit kalau kau nak recognize tulisan cina atau tamil....


Bacaan tambahan tentang LCP dan hubungannya dengan dyslexia...

http://www.dyslexiatalk.com/fom/serve/cache/54.html
http://www.drstordy.com/qa.html
http://lcpsolution.com/
http://www.cherab.org/information/dietaryeffects/efabasics.html
http://www.adhdnews.com/testforum/test537.htm

[ Last edited by Eus at 9-9-2005 02:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Eus This user has been deleted
Post time 9-9-2005 02:51 PM | Show all posts
Originally posted by ijazahri at 12-7-2005 11:37 AM
kalau berminat nak tau lebih lanjut, lawat laman web ni http://www.autism-society.org

menurut my sis, diorang nie ade masalah dlm berkomunikasi. kalau senyap terlalu senyap kalau akti ...



Anak aku pun memang ada mild autism & mild ADHD. Ada tanda-tanda dyslexia, apraxia & dispraxia. Dia masih menjalani pemeriksaan kat HUKM. Diorang ada suggest special teaching aid. Macam yang kau kata, ada sesetengah sekolah kerajaan ada disiapkan facility tu, di bawah jabatan pendidikan khas.


Tapi aku ni suka explore sendiri, mungkin sebab aku pun autism dan dyslexia masa aku kecik dulu. Dalam minggu ni, aku tengah experiment LCP suppliment dengan Efalex, dan dah nampak hasil sikit. Ini bukan saranan dari doktor, tapi sesaja aku experimen sendiri. Aku dah experiment dengan macam-macam natrient. Yang aku tak akan buat cuma drugs macam Ritalin atau Coronna jer...



Sejak dia nursery sampai darjah satu sekarang ni, tah dah berapa banyak kali anak aku tu buat hal - tak boleh fokus masa belajar, suka kacau kawan, cepat mengamuk, tahap kebolehan sosial yang rendah, tak boleh membaca, tulisan cakar ayam, tak boleh kawal emosi, selalu buat kesalahan yang sama, etc. Dalam sebulan sekurang-kurangnya sekali aku kena jumpa guru besar. Sejak aku experimen ni dari Isnin lepas, for the first time, cikgu dia kata yang dia boleh duduk diam dan tak kacau budak lain!!!! Pada aku, itu amat-amat memeranjatkan....


Kebanyakkan orang akan salahkan mak-bapak sebab katanya "tak reti ajar anak". Tapi sedar atau tak, sesetegah anak-anak jadi nakal atau buas atau lemah pelajaran dsb hanyalah disebabkan masalah genetiknya saja, bukan sebab kurang pendidikan. Apatah lagi kalau ubatnya adalah semudah minyak ikan dan evening primrose oil. Apa salahnya mencuba?


Doktor HUKM memang sarankan pendidikan khas, satu program kerajaan yang sis kau terlibat. Itu memang sesuatu yang perlu, sebab bukan semua kanak-kanak yang bermasalah adalah disebabkan kekurangan LCP. Tapi kalau "penyakit" kanak-kanak tu hanya kerana kekurangan LCP, tambah saja LCP dalam diet dia dan insyaAllah dia akan kembali normal macam kanak-kanak lain...

[ Last edited by Eus at 9-9-2005 03:02 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 09:38 AM | Show all posts
eus...
anak u ke yg pi sama nursery anak i? (dah lupa la... betul la makin lama makin nyanyuk)

anak u punye nama initial dia F.A ek? kalau betul..he talked to me a few times.. he he...mostly complaining that my son overly teased him during the day... selalu cakap kat dia... "nanti auntie pokkk dia ....esok dia tak kacau lagi ok.."
Reply

Use magic Report

Eus This user has been deleted
Post time 13-9-2005 03:51 AM | Show all posts
Originally posted by Delifrance at 12-9-2005 09:38 AM
eus...
anak u ke yg pi sama nursery anak i? (dah lupa la... betul la makin lama makin nyanyuk)

anak u punye nama initial dia F.A ek? kalau betul..he talked to me a few times.. he he...mostly co ...



Hok alloohhhh...

ye la tu... Hmmm.... dia selalu gak ngadu gak aku pasal tu. Tadi baru aku tau yang dia ada ngadu kat ko. Selama ni, aku ingat dia ngadu kat cikgu jer... he he he... aku dok api-apikan dia, esok pi ngadu lagi, kasik tunjuk lebam kat lengan & peha bekas kena cubit kat mak kawan dia tuu... he he he... ko layan jer laaa esok... mesti ngadu lagi tu... ;)

Aku actually memang banyak buat experiment, dan yang terbaru tu la pasal LCP tu la. Kadang-kadang kita memang tak sangka satu kekurangan yang simple macam tu boleh bawak perubahan besar dalam perangai dan kebolehan kanak-kanak. Hmmmm...

Sebut pasal topik asal dyslexia ni, satu approach yang ada tapi kita tak nak buat ialah dengan merendahkan tahap pembelajaran kanak-kanak supaya pembelajarannya sesuai dengan kebolehannya. Maksudnya, kalau kanak-kanak tu tak mampu ikut pelajaran darjah 2, turunkan dia ke darjah 1 semula supaya dia dapat sesuaikan diri dengan tahap kebolehannya. Kita lebih rela melihat dia ketinggalan di tempat tercorot saban tahun hingga ke sekolah menengah asalkan dia sekelas dengan kanak-kanak sebaya.

my 2 cents.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2005 09:30 AM | Show all posts
wah anak aku ade cubit dia keee

aku rase yg kuat cubit tu yg lagi sorang tuu.... anak aku pon sampai berbekas kat lengan...

wakakaka....aku main cakap je ni...

anyway... i have a book on dylexia written by singaporean doctors... mau tumpang baca ka eus? on other topics pon ade..

anak ko tu....... aku suka layan dia..aku ingat dia suka kat aku gak..sebab aku auntie paling best kat situ kalau dia berkesempatan borak dgn aku bukan pasal anak aku je dia cite...apa2 yg dia buleh cite sume dia cakap kat akuu... heh heh...
Reply

Use magic Report

Eus This user has been deleted
Post time 15-9-2005 02:36 AM | Show all posts
Originally posted by Delifrance at 13-9-2005 09:30 AM
wah anak aku ade cubit dia keee

aku rase yg kuat cubit tu yg lagi sorang tuu.... anak aku pon sampai berbekas kat lengan...

wakakaka....aku main cakap je ni...

anyway... i have a book on d ...



Isk... aku salah orang ker... heeee maluuu...

Anyway, aku maleh nak campur sangat kalau bebudak tu bergaduh.... Masa aku kecik tu lagi lagi kuat aku gaduh. Mak aku ada cerita, aku ngan abang aku pi kejar anak jiran aku dengan dengan parang (actually, abang aku pakai parang... aku pakai kapak...). Terkencing-kencing gak la budak tu lari.... he he he...

Ko suka borak ngan anak aku ker? Anak aku tu cakap berbelit sikit, so ko kena betulkan la apa-apa yang patut . Tapi pasal anak aku suka borak ngan ko tu, jangan la ko perasan sangat. 2 minggu lepas, dia dengan 2 orang kawan dia ke panggil ke ofis guru-besar pasal bergaduh. Sementara 2 kawan dia tu kena sebat, selamba jer dia pi keluar dari bilik guru besar pasal nak berborak dengan kerani-kerani kat luar tu, sambil cerita apesal dia gaduh... Memang la dia kuat borak budak tu, dengan sapa-sapa jer... bukan ko sorang... he he he...


Berkenaan dyslexia... sebagaimana yang aku kata, kekadang bila anak-anak baca terbalik, itu bukanlah tanda yang dia dyslexia. Itu hanyalah kerana dia masih dalam proses pembelajaran, dan dia masih belum dapat sesuaikan diri dengan orientasi tulisan (dari kanan ke kiri, atau dari kiri ke kanan), lebih-lebih lagi kalau anak tu baru berusia 4 tahun. Bagi dia masa...

Lainlah kalau anak tu dah berumur 10 tahun....

Berkenaan LCP, alhamdulillah, semakin hari semakin improve. Aku memang syorkan pada sesapa yang anak dia ada problem ADHD, ADD, dyslexia atau general learning disabilities untuk mencuba treatment ni....

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2005 08:55 AM | Show all posts
Originally posted by Eus at 9-9-2005 02:51 PM



Tapi aku ni suka explore sendiri, mungkin sebab aku pun autism dan dyslexia masa aku kecik dulu. Dalam minggu ni, aku tengah experiment LCP suppliment dengan Efalex, dan dah nampak hasil sikit. Ini bukan saranan dari doktor, tapi sesaja aku experimen sendiri. Aku dah experiment dengan macam-macam natrient. Yang aku tak akan buat cuma drugs macam Ritalin atau Coronna jer...



ritalin mmg byk setbacks laa
unless anak ko jenis kejenye tendang org je mungkin la kot nak consider ritalin

mende ni buat budak2 flat terus... leh ke pikir kalau dah lemah longlai camtuh? aku tgk byk jugak doctors yg against ritalin ni kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2005 09:29 AM | Show all posts
Originally posted by Eus at 9-9-2005 02:51 PM



Anak aku pun memang ada mild autism & mild ADHD. Ada tanda-tanda dyslexia, apraxia & dispraxia. Dia masih menjalani pemeriksaan kat HUKM. Diorang ada suggest special teaching aid. Mac ...

eus,,,,
umur baper u start detect your child ader ADHD and so on tuh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.063968 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list