View: 103862|Reply: 24
|
apa yang dimaksudkan oleh hadis iini?
[Copy link]
|
|
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Tidaklah seseorang hamba itu mendapat kesempurnaan hakikat keimanan, sehingga dia suka meningggalkan perbantahan, sekalipun dia merasa dirinya di pihak yang benar."
(Hadis riwayat oleh Ibnu Abu Dunya)
apa yang dimaksudkan oleh hadis iini?
adakah kita tidak digalakkan membantah hatta kita dipihak yang benar? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aza at 13-4-2006 10:39 AM
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Tidaklah seseorang hamba itu mendapat kesempurnaan hakikat keimanan, sehingga dia suka meningggalkan perbantahan, sekalipun dia merasa dirinya di pihak yang benar.&qu ...
Hadis ini sahih ker? Tengok nama periwayatnya pun Abu Dunya. Abu Akhirah takda ka?? |
|
|
|
|
|
|
|
Rasulullah s.a.w bersabda:
" Barangsiapa meninggalkan perbantahan dan ketika itu ia di dalam keadaan salah, maka akan didirikanlah oleh Allah untuknya sebuah rumah dalam halaman syurga dan barangsiapa yang meninggalkan perbantahan dan ketika itu ia benar, maka akan didirikan untuknya sebuah rumah di pertengahan syurga dan sesiapa yang baik akhlaknya, maka akan dibinakan untuknya oleh Allah tempat yang tinggi di syurga."
(hadis riwayat oleh Tarmizi dan Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Tidaklah sesuatu kaum itu menjadi sesat setelah diberi petunjuk oleh Allah, melainkan mereka itu suka berbantah-bantah."
(Hadis riwayat oleh Tarmizi)
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Tidaklah seseorang hamba itu mendapat kesempurnaan hakikat keimanan, sehingga dia suka meningggalkan perbantahan, sekalipun dia merasa dirinya di pihak yang benar."
(Hadis riwayat oleh Ibnu Abu Dunya)
Sabda Rasulullah .S.A.W:
"Janganlah engkau membantah saudaramu, jangan pula mengajak bersenda-gurau dan jangan pula engkau berjanji memenuhi suatu perjanjian kemudian, engkau mengingkarinya."
(Hadis riwayat Tarmizi) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BatuApi at 13-4-2006 11:01 AM
Hadis ini sahih ker? Tengok nama periwayatnya pun Abu Dunya. Abu Akhirah takda ka??
Jgn kata mcm tu tak baik. Ini ulama' hadis yg diiktiraf. batuapi mungkin tak pernah dgr sebelum ni. Nama dia Abdullah bin Muhammad bin Ubaid (208-281H). Hidup di Baghdad.
Aza, saya try cari status hadis ni tapi tak dapat. kena cuba lagi. kalau Aza boleh bagi sumber lain lagi baik. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nahzaluz at 13-4-2006 11:54 AM
Jgn kata mcm tu tak baik. Ini ulama' hadis yg diiktiraf. batuapi mungkin tak pernah ...
kelakar plak bila ustad 'terpaksa' paggil another forumner batuapi he he... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Normala17 at 13-4-2006 04:17 PM
kelakar plak bila ustad 'terpaksa' paggil another forumner batuapi he he...
Assalamualaikum,
Tak kelakar pun..................Normala17
Rasulullah saw sendiri pernah berkata bahawa 'hal hal duniya' ini.......kamu lebey arif.(kpd sahabat r.a.)
Seorg Ustaz or Oghang Alim................TIDAK SEMESTI nya tahu SEMUER hal hal KeAgamaan.
Setiap oghang ada KELEBIHAN nya.
Wsalam
p/s Perdana Menteri pun ada mempunyai penasihat or penolong nya.
|
|
|
|
|
|
|
grugals This user has been deleted
|
gru pun tgu je penjelasan hadis ni apa maksud sebenarnya..kalau ikut pahaman sindri..kang lain lak jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semuer,
Teman teringat akan sebuah hadis yg berbunyi:
"Jangan bertengkar walaupun kamu benar."
Wsalam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
itu laa pasal aza nak bincangkan kat sini... majoriti forummer sering bertengkar2 untuk menunjukkan diri dia sahaja yang benar.. sedangkan orang yang bertengkar dan berbantah itu adalah golongan orang yang rugi.. adalah dalam hadis lagi tu... tapi kenapa kita tak pernah nak amik tahu tentang hal ini??? |
|
|
|
|
|
|
|
salam
biasalah tu, kan kita ni manusia
jadi harap saudara fahamlah apa maksud MANUSIA
bukan ORANG YANG BERIMAN
rasa-rasa saudaralah mereka yang beriman tu
berbantah-bantah TAK??????
sama cam iblis, bantah bila diperintah sujud
DEBAT MENCARI KEMENANGAN, walaupun salah
SEDANGKAN MUZAKARAH MENCARI KEBENARAN
DAN ADALAH KEBENARAN ITU BENAR DISISI TUHAN DAN RASULNYA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nahzaluz at 13-4-2006 11:54 AM
Jgn kata mcm tu tak baik. Ini ulama' hadis yg diiktiraf. batuapi mungkin tak pernah dgr sebelum ni. Nama dia Abdullah bin Muhammad bin Ubaid (208-281H). Hidup di Baghdad.
Aza, saya try cari ...
assalamualaikum ustaz,
ana rasa kebanyakan kita yg kekurangan ilmu lebih banyak membuat andaian kecuali seperti ustaz yang mana pendapat saya berupaya membuat sesuatu penjelasan berdasarkan ilmu yang ada pada diri ustaz, pada pendapat saya bagi kami yang kekurangan ilmu lebih baik kita membuat sesuatu penjelasan berdasarkan kata kata ulama2 terdahulu daripada membuat kesimpulan sendiri.
sebagaimana sabda rasulullah saw : ittaku alhadisa anni illa maalamtum famankaziba allaiya mutaammida falyatabauwa'makadahu minannar, waman kala filqurani birakyihi falyatabauwa mak adahu minnanar.
ini sekadar pendapat sahaja, terpulang akan cara penerimaan seseorang itu.
salam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
CnP This user has been deleted
|
Agak-agaknya hadis ni boleh ke dikaitkan dgn ayat dibawah?:hmm:
"Jikalau Rabbmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Rabbmu. Dan untuk itulah Allah menciptakan mereka" (Hud:118:119) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by CnP at 1-5-2006 05:00 PM
Agak-agaknya hadis ni boleh ke dikaitkan dgn ayat dibawah?:hmm:
"Jikalau Rabbmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka senantiasa berselisih pendapat, kecua ...
Agreed , kalau allah nak letak khalifah dan semua bersatu kat dunia nin je apa yg dia ckp , dah tentu allah letak malaikat je dlm dunia ni , dah tentu mmg x ada chaos cam now , tp mmg allah nak dunia ni penuh dgn colour . Cuba tgk warna pelangi , cantikkan , cuba kaitkan dgn kehidupan ni |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
CnP This user has been deleted
|
Originally posted by Bateesta at 1-5-2006 07:46 PM
Agreed , kalau allah nak letak khalifah dan semua bersatu kat dunia nin je apa yg dia ckp , dah tentu allah letak malaikat je dlm dunia ni , dah tentu mmg x ada chaos cam now , tp mmg allah nak ...
Tu yang saya selalu pening. Apa yang saya faham perbezaan tak menjadi sebab untuk tidak bersatu selagi setiap perbezaan itu mempunyai alasan yang tersendiri. Inilah semangat yg dipegang oleh ASWJ berkurun-kurun lamanya. Masalahnya sekarang terdapat se-setengah pihak yg claim have the 'absolute truth'. Sedangkan kebenaran mutlak hanyalah milik Alah semata-mata. Tak ada tolerensi langsung... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
qqq This user has been deleted
|
Assalamualaikum wbth..
Maaf, saya menyibuk sedikit.
"Tidaklah seseorang hamba itu mendapat kesempurnaan hakikat keimanan, sehingga dia suka meningggalkan perbantahan, sekalipun dia merasa dirinya di pihak yang benar."
Dalam pengertian hadis ini, seseorang yang berbantah-bantahan adalah orang yang keliru. Keliru juga disebut dengan istilah tidak benar atau salah. Masalahnya, bila kita katakan tidak benar, kita melatakkan hal itu dengan hukuman yang berat; sesat, bhatil(dsbnya..) Sungguhpun perkataan itu tepat, tetapi pengertiannya berbeza. Oleh itu, untuk tidak terlalu berat, kita namakan saja dengan nama 'keliru'. Orang yang keliru jelas memiliki iman yang juga keliru(tidak sempurna). Itu jelas.
Keluar dari bantah-bantahan bukan bermakna menahan diri dari menyatakan yang benar, atau mendiamkan diri kerana yakin tindakan mendiamkan diri itu adalah benar. Bukan begitu. Sekiranya anda melihat kefasikan/kebhatilan adalah menjadi kewajiban untuk membetulkannya. Tetapi pengertian hadis ini bukan begitu. Keluar dari bantah-bantahan bermakna ia melihat tidak ada kesilapan pada perkara yang sedang dipertentangkan(batahan). Ia tidak lagi keliru. Saya memahami, anda akan menangkap maksud yang salah dari penjelasan saya. Cubalah anda keluar dari maksud anda yang ada itu, maka anda melihat potongan hadis dan alquran itu sangat jelas dan tepat. Tidak ada keraguan lagi. Bukan sekadar turun-menurun atau takliq, tetapi anda bersaksi akan kebenaran itu..
Dan, anda tidak perlu bersetuju dengan saya. Wassalam.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam
camna pulak kita boleh berbeza???
sedangkan kita TETAP hambanya
dan dialah TUHAN yg satu
mungkin yg berbeza hanyalah ilusi manusia semata-mata
kerana nak tagakkan kehendak hatinya
WALAUPUN SALAH......
jangan kata KELIRU saudara
sedangkan dikalangan sahabat nabi pun masih ada WAS-WAS
ttg sesuatu yg sukar diUCAPKAN dek lidah
yg tak mampu diFIKIRKAN dek akal
cuba renung balik riwayat terdahulu......... |
|
|
|
|
|
|
qqq This user has been deleted
|
Mengambil kembali kata-kata saya: "Keluar dari bantah-bantahan bermakna ia melihat tidak ada kesilapan pada perkara yang sedang dipertentangkan(batahan). Ia tidak lagi keliru."
Dalam ertikata lain, seseorang yang tidak keliru mengerti benar apa yang sedang anda perdebatkan. Ia(orang yang tidak keliru) melihat apa terlihat oleh anda dan yang terlindung oleh anda. Ia melihat apa keyakinan yang dipegangi oleh pihal lawan anda. Ia mengeti benar apa 'situasi' anda dan 'situasi' lawan anda.
Anda seperti seorang yang melihat sebuah kereta. Ketika anda sedang mempertahankan pandangan sisi tepi, lawan anda bermati-matian dengan sisi bawah. Ketika anda mengatakan itu bercermin, lawan anda tegas dengan tayar yang empat kerat itu. Sedangkan orang yang tidak keliru itu tidak melihat dengan dirinya, tetapi dengan kereta itu. Yakni, ia faham benar akan kereta itu. Pada sisi manapun anda mengatakan, tidak ada masalah baginya. Ini sekadar ilustrasi..
Jika anda dilanda was-was, jangan disimpan. Ia belitan iblis. Tinggalkan yang was-was. Sungguhpun ayat ini kelihatan mudah, barangkali ia di luar jangkauan anda. Sepertimana anda menyimak hadis dan alquran, jangan anggap ia mudah sepertimana yang anda faham. Pun begitu, tidak salah jika anda berpegang dengan apa yang anda faham. Jika tidak berpegang dengan apa yang kita faham, justru nak berpegang dengan apa? Iya dak? Allah swt tidak zalim, dan ia tidak membebani apa yang tidak mampu kita tanggung. Jadi, jika sudah punya ilmu, amalkanlah. Bukan disimpan saja. Nanti kita sendiri tidak tertanggung dek ilmu yang tinggi, tetapi kurang perlaksanaannya. Subhanallah!.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam
nak berpegang dgn apa yg kita faham????
susah jugak tu wahai saudara
sebab itu org islam sekarang ni banyak pegangan
yg NABI suruh dan termasuk yg BIDAAH
tapi masih dikatakan baik
sedangkan yg NABI suruh pun baru sikit yg dikerjakan
tapi yg BIDAAH juga yg suka dibuat
tapi apa pun, kan kita dah diberi AKAL
jadi gunakanlah sepenuhnya
jangan disalahkan org lain kalau kita tersalah
dan teiikut dgn org yg SESAT............... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nahzaluz at 13-4-2006 11:54 AM
Jgn kata mcm tu tak baik. Ini ulama' hadis yg diiktiraf. batuapi mungkin tak pernah dgr sebelum ni. Nama dia Abdullah bin Muhammad bin Ubaid (208-281H). Hidup di Baghdad.
Aza, saya try cari ...
sajak2 jgn hina..hadis takper. itu guru dia ajar |
|
|
|
|
|
|
belut This user has been deleted
|
Kita TIDAK sekali-kali diperintah oleh Tuhan untuk membazir umur hidup kita dengan mengkaji untuk mengesahkan kesasihan kata-kata manusia. Perkataan Allah di dalam Quran sudah memadai untuk kita melakukan amalan baik seperti membantu manusia lain, memelihara keamanan di dunia dan sebagainya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|