View: 4857|Reply: 17
|
JASA KHULAFAUR RASYIDIN KEPADA DUNIA.
[Copy link]
|
|
JASA KHULAFAUR RASYIDIN KEPADA DUNIA.
17/04/2006
Khulafaur Rasyidin pemerintah yang adil tidak ada tandingannya selepas Rasulullah.Mereka Sahabat besar Rasulullah sangat berjasa pada dunia Islam dan menempa sejarah.Jasa mereka sentiasa dikenang di sepanjang zaman oleh umat.
Dunia jatuh tersungkur di pangkuan mereka namun hati mereka tidak jatuh cinta kepadanya. Mereka tetap zuhud,mencintai Allah, mencintai Rasulullah mencintai Akhirat. Dunia Islam dibuka oleh mereka dengan tenaga, harta dan jiwa raga. Mereka telah menjual dunia untuk Akhiratnya demi keredhaan Allah, Tuhannya.
Di malam hari bersama Tuhannya menangis dan mengaku lemah,munajat serta mengaku bersalah..Siang sibuk mengurus rakyatnya.
Jasa merekalah menjadi sebab Islam berkembang seluruh dunia kita telah menerimanya bersama.Sebab merekalah kita semua beragama Islam. Rahmat dan nikmat paling besar dari Allah. Mereka itu adalah kekasih Rasulullah automatik menjadi kekasih-kekasih Allah. Siapa mengasihi mereka Allah Taala mengasihi mereka pula. Mereka adalah lampu-lampu penduduk di langit, lampu dan cahaya bagi penduduk bumi.
Rakyat di zaman mereka mencintai mereka,mereka pula mencintai rakyatnya, rakyat menjadi setia. Di zaman mereka rahmat dan berkat dari Tuhan mencurah-curah bak cahaya bulan di waktu malam yang cerah.Negara aman makmur, berkasih sayang bahagia dan harmoni.
Jenayah terlalu sedikit rakyat sangat patuh dengan Allah.Pemerintah dan rakyat memiliki Allah, dunia yang mereka miliki tidak mempesona mereka.Dunia merindui hidup seperti di zaman mereka. Ketakutan, kebimbangan, curiga-mencurigai tidak ada.Hidup macam satu keluarga, satu ibu dan bapa.Berjalan ke mana-mana walaupun seorang diri tidak ada siapa yang mengganggunya.Setiap musafir tidak membawa bekalan pun di dalam musafirnya, setiap rumah ingin menjadikan mereka tetamunya.Kedatangan tetamu macam kedatangan keluarganya.
rufaqadaily.com :love::love::love:
[ Last edited by paranormal_85 at 14-5-2006 12:42 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by paranormal_85 at 14-5-2006 12:39 AM
JASA KHULAFAUR RASYIDIN KEPADA DUNIA.
17/04/2006
Khulafaur Rasyidin pemerintah yang adil tidak ada tandingannya selepas Rasulullah.Mereka Sahabat besar Rasulullah sangat berjasa pada dunia Isla ...
Hehehee...betul ker apa yang ko tulis ni?? Yang berbunuh-bunuhan tu sapa?? Anak cucu Rasulullah saaw hidup bahagia ka waktu itu??? |
|
|
|
|
|
|
man'ana This user has been deleted
|
KEMELAMPAUAN SYIAH : Nama Abu Bakar Dan Omar Diberikan Kepada Anjing Pengesan Jenayah
Keceluparan dan kemelampauan Syiah tidak terbendung lagi. Hasad mereka kepada para sahabat nabi saw tidak dapat dikawal, sehingga mereka sanggup meletakkan nama para sahabat Nabi saw pada anjing-anjing. Demikianlah sesat dan jauhnya ajaran ini daripada Islam.
Laman (مفكرة الإسلام) melaporkan di Baghdad, Ibu negara Irak, Dekan Kuliah Kepolisian dan Angkatan tingginya meletakkan nama para sahabat Nabi saw untuk anjing-anjing penjaga keselamatan yang ada di kuliah tersebut, demikian juga untuk nama anjing-anjing pengesan jenayah.
Seorang pelajar yang meminta namanya tidak disiarkan melaporkan kepada laman web Mufakkirah al-Islam (مفكرة الإسلام) bahawasanya Abdul Husien Mahud iaitu Mudir Department akedemik polis, dia juga seorang anggota tertinggi al-Majlis al-A'la (al-Hakim), menamakan anjing-anjing yang ada di kuliah tersebut yang digunakan untuk mengesan dan mengawal jenayah dengan nama Kulafa' al-Rasyidin dan Umm al-Mukminin r.'anhum.
Dia menambah bahawasanya Umar 1, Umar 2 dan Abu Bakar adalah nama kepada anjing-anjing yang digunakan untuk mengawal di pusat akedemik tersebut di pitu-pintu utama. Manakala nama 'A-isyah pula diberikan kepada salah satu anjing betina di situ. Manakala salah seekor anjing yang tidak bagus dan lemah diberikan nama sebagai Uthman. Manakala nama-nama seperti Khalid, Ubaidah, Mu'awiyah diberikan kepada anjing-anjing pengesan jenayah yang digunakan diluar kuliah.
Sumber itu menjelaskan bahawasanya nama-nama ini tersebar luas di kuliah sehingga menjadikan di kalangan semua mengetahuinya, apabila hendak berbicara tentang anjing-anjing itu mereka menamakan dengan nama tersebut. Bahkan kadang-kala digunakan juga dalam urusan rasm
sumber : www.al-qayyim.net dan http://www.almokhtsar.com/html/news/1175/2/53274.php |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by paranormal_85 at 15-5-2006 01:04 AM
aku dah memang dah target dah kalau orang macam kau ni akan kata yang begini... biasa la kau menghina para sahabat yang lain bererti kau menghina keturunan Rasullulah itu sendiri... dan juga me ...
Aikkss...baru bertanya soalan dah menuduh menghina pulak?? Nak terima bulat-bulat ajer ker pendapat ko tu??? |
|
|
|
|
|
|
carikubur This user has been deleted
|
Originally posted by man'ana at 15-5-2006 01:51 PM
KEMELAMPAUAN SYIAH : Nama Abu Bakar Dan Omar Diberikan Kepada Anjing Pengesan Jenayah
Keceluparan dan kemelampauan Syiah tidak terbendung lagi. Hasad mereka kepada para sahabat nabi sa ...
Begitulah perangai Syaitan yang sangat marah pada orang-orang yang telah menyelamatkan sebahagian ummat ini daripada api neraka Jahanam.
Menghadapi Syaitan yang mengaku Syaitan lebih senang daripada menghadapi syaitan yang mengaku Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by paranormal_85 at 14-5-2006 12:39 AM
JASA KHULAFAUR RASYIDIN KEPADA DUNIA.
17/04/2006
Jasa merekalah menjadi sebab Islam berkembang seluruh dunia kita telah menerimanya bersama.Sebab merekalah kita semua beragama Islam..
Jgn over sangat lah bro, kalau ye pun nak mengagung2kan mrk..
ramai lagi sahabat2 nabi lain (yg tak bertaraf khulafa rasyidin) yg menyebarkan islam ke serata
dunia selepas kewafatan Nabi... yg kekadang tak terkenal pun.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
SAYYIDINA ALI BIN ABI TALIB(1)
06/05/2006
Sayyidina Ali dilahirkan pada hari Jumaat 13 haribulan Rejab, 12 tahun sebelum Rasulullah SAW menerima wahyu pertamanya. Ibunya, Fatimah, telah melahirkan Sayyidina Ali di Kaabah. Ketika itu, Fatimah dan suaminya Abu Talib sedang melakukan tawaf di keliling Kaabah. Fatimah yang sarat mengandung, tiba-tiba terasa sakit hendak bersalin. Abu Talib menyangka, Fatimah hanya keletihan maka dia membawa Fatimah berehat di dalam Kaabah sebelum meneruskan tawafnya. Di waktu itulah lahirnya Sayyidina Ali yang sangat besar jasanya sebagai Sahabat dan menantu Rasulullah, juga Amirul Mukminin bagi umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW. Kelahiran Sayyidina Ali hanya disaksikan oleh ayah dan ibunya sahaja.
Ketika umur Sayyidina Ali 6 tahun, Mekah sedang dilanda keadaan yang sukar. Orang-orang yang ramai anak, pasti terasa peritnya hendak memberi makan keluarganya. Di waktu itu Rasulullah SAW teringat jasa pak ciknya Abu Talib yang pernah menjaga baginda sewaktu kecil. Kini pak ciknya telah tua sedangkan anak-anaknya ramai. Maka sebagai membalas jasa pak ciknya itu, Rasulullah yang tika itu telah berkahwin dengan Siti Khadijah, telah mengambil Sayyidina Ali tinggal bersamanya.
Sejak itu Sayyidina Ali diasuh oleh baginda sendiri. Betapa besarnya kasih sayang yang dicurahkan oleh Rasulullah kepada Sayyidina Ali lantaran baginda sendiri telah kematian anak-anak lelakinya. Berada bersama keluarga Rasulullah SAW telah memberi kesan yang sangat besar kepada pertumbuhan roh Sayyidina Ali.
Beliau menyaksikan dan mengikuti perkembangan jiwa dan fikiran Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sendiri yang menjadi penghubung antara Sayyidina Ali dan Allah SWT. Di samping perjuangannya di bidang akidah, ilmu dan pemikiran, Sayyidina Ali kwj juga terkenal sebagai seorang pemuda yang memiliki kesanggupan berkorban yang luar biasa besarnya. Ia mempunyai susunan jasmani yang sempurna dan tenaga yang sangat kuat. Sudah tentu, itu saja belum menjadi jaminan bagi seseorang untuk siap mempertaruhkan nyawanya membela kebenaran Allah dan Rasul-Nya.
Imannya yang teguh laksana gunung dan kesetiaannya serta kecintaanya yang penuh kepada Allah dan Rasul-Nya, itulah yang menjadi pendorong utama. Sayyidina Ali kwj tidak pernah menghitung-hitung risiko dalam perjuangan suci menegakkan Islam. Dengan jasmani yang tegap dan kuat, serta iman yang kukuh dan mantap, Sayyidina Ali kwj benar-benar memenuhi syarat-syarat fizikal dan rohaniah untuk menghadapi tahap-tahap perjuangan yang serba berat.
Di saat-saat Islam dan kaum muslimin berada dalam situasi yang kritis dan gawat, Sayyidina Ali kwj selalu tampil memainkan peranan penting. Selama hidup, beliau tidak pernah mengalami hidup selesa. Sejak muda remaja sampai akhir hayatnya, dia keluar masuk dari satu kesulitan kepada satu kesulitan lain. Dari satu pengorbanan kepada satu pengorbanan yang lain pula.
Rufaqadaily.com
[ Last edited by paranormal_85 at 19-5-2006 10:56 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
salam Selawat keatas Muhammad dan Ahlul Baitnya.....
memang tidak dinafikan bahawa Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin adalah kerajaan yang banyak berjasa kepada perkembangan dunia islam selepas kewafatan rasulallah. Mereka telah mengembangkan islam keseluruh dunia. Tetapi kini apa yang cuba difokus kan cara mereka memerintah dan mengembangkan islam. Di dalam 4 khalifah itu yang paling menonjol dalam perkembangan islam adalah Saidini Omar. Ia telah menjajah Turkey dan lain -lain. tetapi disini beliau telah melakukan satu cara yang bertentangan dengan ajaran nabi mulia nabi Muhammad. Beliau telah memulakan perang dahulu, sedangkan di dalam sejarah islam dimana perang yang dibawa rasulallah semuanya adalah dimulakan oleh pihak musuh. Seperti Perang Khandak, Perang Badar, perang Uhud, Perang Ahzab Perang hunain dan sebagainya kesemua dimulakan oleh pihak musuh tidak pernah rasulallah memulakan serangan. Atas kelakuannya Saidini Omar ini telah menyebabkan bahawa Islam kini dilabelkan oleh para sejarawan dunia bawah TAKLUKAN ATAS PEDANG. Saidina Omar memang seorang yang berani, tegas ini dapat dilihat ketika pengakuan secara terang-terangan keislaman beliau, cuma beliau telah tersilap.
Wassalam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sambungan.......
Namun demikian, beliau tidak pernah menyesali nasib, bahkan dengan semangat pengabdian yang tinggi kepada Allah dan Rasul-Nya, beliau sentiasa siap siaga menghadapi segala rintangan. Satu-satunya perkara yang menjadi keinginannya siang dan malam, hanyalah ingin memperoleh keredhaan Allah dan Rasul-Nya.
Kesenangan hidup duniawi baginya tidak penting dibandingkan dengan cinta dan redha dari Allah dan Rasul-Nya yang dijanjikan untuk hamba-Nya yang berani hidup di atas jalan kebenaran. Berkali-kali imannya yang teguh diuji oleh Rasulullah SAW. Setiap kali diuji, setiap kali itu juga Sayyidina Ali lulus dengan meraih markah yang amat tinggi.
Ujian pertama yang maha berat ialah yang terjadi pada ketika Rasulullah SAW menerima perintah Allah SWT supaya berhijrah ke Madinah. Seperti diketahui, di satu malam yang gelap-gelita, komplot kafir Quraisy mengepung kediaman Rasulullah SAW dengan tujuan hendak membunuh baginda, bilamana baginda meninggalkan rumah.
Dalam peristiwa ini, Sayyidina Ali kwj memainkan peranan besar. Belaiu diminta oleh Rasulullah SAW supaya tidur di atas katil baginda dan menutup tubuhnya dengan selimut baginda untuk mengaburi mata orang-orang Quraisy. Tanpa tawar-menawar, Sayyidina Ali kwj menyanggupinya. Ia menangis bukan mencemaskan nyawanya sendiri, tetapi kerana bimbangkan keselamatan Rasulullah SAW yang saat itu berkemas-kemas hendak berhijrah meninggalkan kampung halaman.
Melihat Sayyidina Ali menangis, maka Rasulullah bertanya, 揗engapa engkau menangis?
Apakah engkau takut mati? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dengan perlindungan Allah SWT dan sambil membaca ayat 9 surah Yasin, baginda keluar tanpa diketahui oleh orang-orang yang sedang mengepung dan mengintip. Orang-orang Quraisy itu menyangka, bahawa orang yang sedang berbaring dan berselimut itu pasti Nabi Muhammad SAW. Mereka yang mengepung itu mewakili suku-suku kabilah Quraisy yang telah bersepakat hendak membunuh Nabi Muhammad SAW dengan pedang secara serentak. Dengan cara demikian, tidak mungkin Bani Hasyim dapat menuntut balas.
Sayyidina Ali kwjtahu apa kemungkinan yang akan menimpa dirinya yang tidur di katil Rasulullah SAW. Hal itu sama sekali tidak membuatnya sedih atau takut. Dengan kesabaran yang luar biasa beliau berserah diri kepada Allah SWT. Beliau yakin, bahawalah Dialah yang menentukan segala-galanya.
Menjelang subuh, Sayyidina Ali kwjbangun. Gerombolan Quraisy terus menyerbu masuk ke dalam rumah. Dengan suara membentak mereka bertanya, 揗ana Muhammad? Mana Muhammad? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hehehehee...pernah dengar daripada seorang ustaz yang bermazhab Sunni mengatakan kehebatan Saidina Ali sehingga mendapat gelaran Karamallahuwajha (kmw) dan kmw itu bermaksud beliau tidak pernah melihat atau menahan diri dari melihat kemaluannya sepanjang hayatnya. Ada ka patut??? |
|
|
|
|
|
|
|
salam
takkan cerita cam tu pun nak gelak
kalau dikaji dalam dalam, banyak yg tersirat dr perbuatannya
dan saudara tak tanya habis ustaz tuuuu
itu yg saudara pun terikut mengarut
maaf ya kalau terkasar |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shaikh at 19-5-2006 08:00 PM
salam Selawat keatas Muhammad dan Ahlul Baitnya.....
memang tidak dinafikan bahawa Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin adalah kerajaan yang banyak berjasa kepada perkembangan dunia islam selepas kewafa ...
Sejarah dari pada hasil penulisan siapa?...berhati-hatilah dengan pembacaan saudara....itu hanya label yg diguna dan strategi musuh islam yg ingin meracun umat Islam daripada melihat akan betapa besarnya jasa2 khulafa arrasyidin dan sahabat2 RSAW, serta para tabien dan para tabiut tabien yang telah membawa kepada kegemilangan Islam sehingga dapat menguasai 3/4 dunia suatu ketika dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by paranormal_85 at 14-5-2006 12:39 AM
JASA KHULAFAUR RASYIDIN KEPADA DUNIA.
17/04/2006
Khulafaur Rasyidin pemerintah yang adil tidak ada tandingannya selepas Rasulullah.Mereka Sahabat besar Rasulullah sangat berjasa pada dunia Isla ...
Usaha yang baik, teruskan....jangan hirau kepada provokasi kerana itu adalah TANDA BAHAWA APA YG DIKHABARKAN itu adalah suatu yang bermanafaat. Hanya hati dan akal yang bersih sahaja dapat menerima wadah yg suci dan baik, kerana HATI itu tempat jatuh pandangan Allah SWT. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
saya amat menghormati para sahabat
dan KHALIFAH AL RASHIDIN (bukan yg empat tu sahaja)
tetapi termasuk mana mana KHALIFAH yg menjalankan tugas penuh AMANAH
dan tak rela saya merendahkan mereka walaupun mereka melakukan kesalahan
sebab sekarang mereka sudah berhadapan dgn TUHAN mereka
mereka dah TAHU tempat mereka
jadi apa perlu diungkit kesilapan mereka
BAHKAN KESILAPAN KITA SENDIRI YG HARUS DITELITI
sebab ketentuan masih belum pasti bagi kita........... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ORANG YANG PALING BERANI
Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab Masnadnya dari Muhammad bin Aqil katanya, "Pada suatu hari Ali bin Abi Talib pernah berkhutbah di hadapan kaum Muslimin dan beliau berkata, "Hai kaum Muslimin, siapakah orang yang paling berani ?"
Jawab mereka, "Orang yang paling berani adalah engkau sendiri, hai Amirul Mukminin."
Kata Ali, "Orang yang paling berani bukan aku tapi adalah Abu Bakar. Ketika kami membuatkan Nabi gubuk di medan Badar, kami tanyakan siapakah yang berani menemankan Rasulullah s.a.w dalam gubuk itu dan menjaganya dari serangan kaum Musyrik ? Di saat itu tiada seorang pun yang bersedia melainkan Abu Bakar sendiri. Dan beliau menghunus pedangnya di hadapan Nabi untuk membunuh siapa saja yang mendekati gubuk Nabi s.a.w. Itulah orang yang paling berani."
"Pada suatu hari juga pernah aku menyaksikan ketika Nabi sedang berjalan kaki di kota Mekah, datanglah orang Musyrik sambil menghalau beliau dan menyakiti beliau dan mereka berkata, "Apakah kamu menjadikan beberapa tuhan menjadi satu tuhan ?" Di saat itu tidak ada seorang pun yang berani mendekat dan membela Nabi selain Abu Bakar. Beliau maju ke depan dan memukul mereka sambil berkata, "Apakah kamu hendak membunuh orang yang bertuhankan Allah ?"
Kemudian sambil mengangkat kain selendangnya beliau mengusap air matanya. Kemudian Ali berkata, "Adakah orang yang beriman dari kaum Firaun yang lebih baik daripada Abu Bakar ?" Semua jamaah diam saja tidak ada yang menjawab. Jawab Ali selanjutnya, "Sesaat dengan Abu Bakar lebih baik daripada orang yang beriman dari kaum Firaun walaupun mereka sepuluh dunia, kerana orang beriman dari kaum Firaun hanya menyembunyikan imannya sedang Abu Bakar menyiarkan imannya." |
|
|
|
|
|
|
|
Khulafaurrashidin
Pemimpin yang adil pilihan Tuhan
Inilah pemimpin yang
Pemimpin pilihan Tuhan
Karena taqwanya yang tinggi
Mereka dibantu Tuhan
Mereka gigih berjuang
Membina tamadun islam
Meneruskan perjuangan Rasulullah yang tercinta
Amanah , bijak , berani , tawadhuk , ikhlas , dan tegas
Itulah sifat-sifat khulafaurrashidin
Mereka mendidik dengan rasa cinta dan takutkan Tuhan
Membina kemajuan dunia
Bertunjangkan ilmu , iman dan taqwa
Mereka memimpin dengan kasih sayang berakhlak tinggi dan bertanggungjawab
Maka terbinalah empire islamiyah yang berkembang ke seluruh dunia
Khalifah pertama Sayidina Abu Bakar As Siddiq yang sentiasa membenarkan Rasulullah
Khalifah kedua Sayidina Umarul Faruq yang membezakan kebenaran dan kebatilan
Khalifah ketiga Sayidina Uthmanu Barur Rahim yang sangat lembut dan berkasih sayang
Khalifah keempat Sayidina慉liyu 慉duddudin pendukung agama Tuhan
Hasil pendidikan Rasulullah terlihat pada mereka
Segala kejayaan mereka lambang kehebatan Rasul
Kunci kejayaan mereka cintakan Allah dan Rasulnya
Hingga banyak manusia islam ditangan mereka
Mereka memperkenalkan Tuhan yang Maha Esa
Hingga Tuhan disembah dan diperjuangkan manusia
Begitulah pemimpin pilihan Tuhan
-Abuya Ashaari Attamimi- |
|
|
|
|
|
|
| |
|