View: 8482|Reply: 28
|
Dailog berkenaan kisah tanah fadak
[Copy link]
|
|
salam selawat keatas nabi muhammad dan AhlulBaitnya....
saya ingin bertanya kepada Ust Ahmad...
pernahkah ust mendengar hadis rasulallah mengenai Fathimah Az-Zahrah yang berbunyi
"Fathimah adalah bahagian dariku, siapa menggangu nya, menggangg ku dan siapa menyakitinya, menyakiti ku" (riwayat Ibn Zubair)
"Hai fathimah, apabila engkau marah, Allah juga marah dan apabila engkau redha allah pun redha" (Hadis Ahmad bin Hanbal)
"Fathimah belahan nyawaku, maka barangsiapa yang membuatnya marah beerti dia telah membuatku marah" (Shahih Bukhari jilid 2 halaman 308)
"Dia Fathimah adalah belahan nyawaku, maka barangsiapa yang mencemaskannya beerti dia telah mencemaskan diriku, dan barangsiapa yang menyakitinya beerti telah menyakiti diriku (sahih Bukhari)
Adakah Ust pernah mendengar hadis mengenai keistimewaan fathimah ini? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah nampak saudara shaikh telah mula kembali pada sunnah dan hadis yang sahih dengan menjadikan sahih bukhari sebagai rujukan. Semoga Allah terus menunjukkan dan mengembalikan beliau kejalan kebenaran dan melalui manhaj ASWJ yang beriman pada nas-nas sahih dan terang dari al-Quran dan bukannya berhujah dengan kisah-kisah sejarah yang tak dpt dipastikan kebenarannya.
Untuk makluman saudara shaikh, seorang ahlus sunnah itu berpegang teguh dengan dalil-dalil al-quran dan sunnah yang sahih, kami beriman sebagaimana yang diwahyukan Allah dan diterangkan oleh Rasul Allah, kami meredhai apa yang diredhai oleh Allah seperti mana keredhaan Allah pada golongan Muhajirin dan Ansar, dan kami mencintai golongan-golongan yang dicintai oleh Rasul Allah samada isteri-isteri beliau atau pun anak-anak cucu beliau.
Semoga saudara shaikh mendapat hidayah dan petunjuk ke jalan & manhaj yang sebenar dengan menjadikan sahih bukhari sebagai rujukan dan dapatlah saudara mengelak dan terpedaya dari fitnah-fitnah dan dustaan kaum munafikin yang cuba merosakkan islam atas nama ahlul bait.
Tapi, ingin saya menyatakan bahawa kebenaran itu merupakan sesuatu yang dapat diuji, dan kebenaran aqidah yang dipegang hendaklah diuji dengan neraca al-quran, sekiranya neraca al-Quran ditinggalkan dan kitab sejarah dipegang maka faham-fahamlah apa yang sebenarnya dipertahankan.
Wassalam
Salam Selawat keatas nabi Muhammad dan AhlulBaitnya...
Saya ingin mengucapkan terima kasih atas doa Ust, saya amat bersyukur, saya pun ingin mendoakan Ust agar Ust pun akan ditunjukkan jalan kebenaran.
Berbalik kepada pokoknya, jadi ust Ahmad mengakui akan kebenaran dan kewujudan hadis mengenai fathimah yang saya kemukan, jadi ia bukanlah hadis rekaan dari golongan munafik.
Sekarang ini saya ingin bertanya lagi kepada saudara, pernahkah saudara mendengar peristiwa mengenai tanah fada' fathimah yang ditahan haknya oleh Khalifah Abu Bakar. Sehinggakan fathimah begitu marah dan berasa benci kepada Khalifah Abu Bakar?
Pernahkan saudara mengetahui atau mendengarnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana kalau saya mencadangkan saudara membaca buku berikut terjemah bahasa melayu malaysia 'Kesalahan-kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu di Perbetulkan Semula' oleh Prof. Dr. Ibrahim Ali Sya'wat, Profesor Sejarah Islam Universiti al-Azhar terbitan terkini JahaBersa, harga cuma RM49.00, saudara Shaikh boleh mendapatkannya di Pustaka Fajar Ilmu. Kalau rasa tak sempat saudara boleh mendengar kuliah maulana Asri Yusuf di website http://www.darulkautsar.com/
Tidak berminat saya untuk ulas panjang kerana jawapan segala persoalan saudara berkaitan masalah tanah Fada sudah dijelaskan sekiranya saudara melakukan sedikit kajian dan pembacaan lagi.
Harap saudara menjawab penghujahan-hujahan saya sebelum ini tentang masalah siapakah yang benar diantara pemimpin negara kita sebelum saudara menjadi hakim atas peristiwa yang berlaku 1,400 tahun lampau dengan hanya bersandarkan tulisan-tulisan yang tidak mustahil dari golongan munafik, dan juga tolong berikan dalil-dalil sahih dari al-Quran tentang kebatalan keredhaan Allah pada golongan Muhajirin dan Ansar.
Wassalam
[ Last edited by ahmadi_bangi at 5-7-2006 12:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ahmadi_bangi at 5-7-2006 12:32 PM
Bagaimana kalau saya mencadangkan saudara membaca buku berikut terjemah bahasa melayu malaysia 'Kesalahan-kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu di Perbetulkan Semula' oleh Prof. Dr. Ibr ...
untuk melihat kembali perbahasan ttg tanah fadak sila ke link
http://forum.cari.com.my/viewthr ... age%3D2&page=18 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shaikh at 5-7-2006 11:27 AM
Salam Selawat keatas nabi Muhammad dan AhlulBaitnya...
Saya ingin mengucapkan terima kasih atas doa Ust, saya amat bersyukur, saya pun ingin mendoakan Ust agar Ust pun akan ditunjukkan jalan ...
pasal tanah fadaq lagi...tak habis2 kau org ni dgn isu tanah fadaq sebab nak mengkafirkan sahabat2 utama RSAW tu...cubalah progresif sikit balik2 itu ajer modal ahlul syiah ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 5-7-2006 04:47 PM
pasal tanah fadaq lagi...tak habis2 kau org ni dgn isu tanah fadaq sebab nak mengkafirkan sahabat2 utama RSAW tu...cubalah progresif sikit balik2 itu ajer modal ahlul syiah ni....
Salam selawat keatas nabi muhammad dan ahlulbainya...
saya bukan bertujuan untuk mengkafirkan sesiapa, tetapi saya hendak memastikan fakta ini, kenapa semua nak kulam-kabut?
saya ingin bertanya pernahkan Ust Ahmad mendengar mengenai peristiwa tanah fada' fathimah yang dtahan haknya oleh Khalifah Abu Bakar r.a? Saya hanya bertanya, bagi memastikan fakta ini benarkah saya terima...
saya hendak dengar dari ust Ahmad pernah atau tidak ia mendengar mengenai hal ini...
saya harap ust Ahmad dapat menjawabnya...
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Pandangan ahmadi mengenai isu tanah fadak itu saya hormati. lagip[un memandangkan thread ini dah jadi macam bukan review dailog shikh dan sheir sebab itu saya mencadangkan diadakan satu thread lain utk membincangkan soal isu tanah fadak secara khusus. tidak selama ini ianya dibincangkan berserakan di mana-mana thread. Jika ada lain ahli forum yg rasa patut dibuka thread sedemikian maka boleh la kita buka, ataupun senang sahaja saya splitkan posting-posting berkenaan tanah fadak dari thread sini supaya jadi thread lain.
wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by anNaqiy at 6-7-2006 09:18 PM
mula2 begini....
emm nampak semacam mahu menimbulkan isu besar yang membawa kpd percanggahan SYIAH dgn AWSJ..nak buktikan keburukan kejahatan Abu Bakar R.A sbg perampas tanah fada' dr fatimah ke?
...
Salam selawat keatas nabi Muhammad dan Ahlulbait...
saya suka akan sikap Saudara anNaqiv yang dimana ia ada kemusykilan lantas ia bertanya bukanlah ia buat diam dan akhirnya ia salah tafsirkannya, bagus.
Langsung bagi menjawab kekeliruan yang saudara hadapi sebenar mengenai tanah fada' itu ukanlah saya mahu membangikat sentimen permusuhan antara ASWj dan syiah tetepi bagi menjawab saudara Ust Ahmad, yang meminta akan kesalahan sahabat.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat keatas nabi Muhammad dan AhlulBaitnya...
Pertama memang benar bahawa ayat yang menyatakan bahawa "mereka redha akan allah dan allah redha akan dia" itu adalah untuk golongan muhajirin dan ansar. Kini persoalannya adakah semuanya golongan muhajirin dan ansar itu diredhai allah sedang yang kita mengetahui bahawa ada yang lari dari medan peperangan, ada yang tidak mengikut persis apa yang diperintahkan oleh nabi muhammad S.A.W.W. Adakah berani anda mengetakan bahawa semua golongan muhajirin dan ansar itu diredhai allah? Ada pun ayat lain yang dengan tegas allah memberikan amarannya kepada sahabt-sahabat yang mempunyai ambisi peribadi bagi mengagalkan dakwah Rasulallah S.A.W.W, mereka ini ibarat gunting dalam lipatan, ini sudah barangkali cukup bahawa bukti bahawa ada sahabat nabi yang cuba menegangkan kepentingan peribadinya atas dakwah Rasulallah S.A.W.W Inilah yang saya cuba perlihatkan dimannya akan kesalahan sahabat, lantas terlebih dahulu saudara kita GIFT pantas memberikannya...
Inilah sebenarnya yang cuba saya memperlihatkan kepada soalan Ust Ahmad, dimana ada terkaitan antara isu tanah fada' dan akan ayat al-quran itu.... cuma saya menunggu masanya dan saudara Ust Ahmad tidak lagi mahu menjawab dahulu soalan yang telah saya tujuan pada yang lepas...
Sebenarnya isu tanah fada' ini adalah yang paling ringkas memberikan pembayang akan siapa sebenarnya shabat.
selagi say tegaskan bahawa pembangkitan isu tanah fada' ini bukanlah untuk mewujudkan sentimen permusuhan antara ASWJ dan Syiah tetapi bagi memberi pandangan bahawa bagaimana istilah sebenarnya sahabat dan siapa yang telah kita jadikan sebagai pemimpin ini.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shaikh at 7-7-2006 07:21 PM
Salam Selawat keatas nabi Muhammad dan AhlulBaitnya...
Pertama memang benar bahawa ayat yang menyatakan bahawa "mereka redha akan allah dan allah redha akan dia" itu adalah untuk golon ..
Sebenarnya isu tanah fada' ini adalah yang paling ringkas memberikan pembayang akan siapa sebenarnya shabat.
selagi say tegaskan bahawa pembangkitan isu tanah fada' ini bukanlah untuk mewujudkan sentimen permusuhan antara ASWJ dan Syiah tetapi bagi memberi pandangan bahawa bagaimana istilah sebenarnya sahabat dan siapa yang telah kita jadikan sebagai pemimpin ini.
.
benar sekali isu tanah fada' inilah yg merupakan asas kpd sentimen kebencian terhadap sahabat2 r.a. dan seterusnya sebagai sentimen kpd kebencian terhadap pengikut2 sahabat r.a. iaitu aswj
berkenaan dgn isu tanah fada' ini saya tlhpun menjawabnya dlm perbahasan dgn golongan2 syiah sblm ini dlm thread berikut
http://forum.cari.com.my/viewthr ... age%3D2&page=19
sila baca disana kalaulah anda inginkan kebenaran |
|
|
|
|
|
|
|
Posting ini displitkan dari thread asal "review dailog". Selamat berbincang. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih saudara ibnur yang begitu prihatin...
kini ia lebih mudah tidaklah bercelaru....
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
anNaqiy This user has been deleted
|
oleh kerana mod pun dah spiltkan....mk dipersilakan lah ye...jgn malu2...jd apa yang tak kenanya dgn tanah fadak tu..? |
|
|
|
|
|
|
|
saya nak tanya shaik, di sisi syiah, tanah fadak tu hibah (pemberian) Nabi saw kepada S Fatimah ranha sebelum baginda wafat atau harta pusaka Nabi saw? |
|
|
|
|
|
|
|
salam kenal..macam nilah...antum semua pegi ke laman www.asyraaf.com dan baca buku kat sana. Byk info tentang sejarah Khalifah, Fadak dan manaqib ahlulbait..semoga Allah swt menjauhkan kekhilafan kita semua.
Amin..:lebai: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yahya at 13-7-2006 01:56 PM
salam kenal..macam nilah...antum semua pegi ke laman www.asyraaf.com dan baca buku kat sana. Byk info tentang sejarah Khalifah, Fadak dan manaqib ahlulbait..semoga Allah swt menjauhkan kekhilafan k ...
wassalam yahya,
saya dah pergi baca di sana. rasanya kalau semua yang ada sini pergi sana, boleh jadi perang di sana juga. |
|
|
|
|
|
|
|
memang depa tu tak sabar nak 'berperang' dgn syiah2 ni kerana fitnah dan semakin berat utk ditanggung oleh anak cucu Nabi saw yg ada pada hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam selawat keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Persatuan itu di Jhor ada ke tidak? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nahzaluz at 13-7-2006 11:28 AM
saya nak tanya shaik, di sisi syiah, tanah fadak tu hibah (pemberian) Nabi saw kepada S Fatimah ranha sebelum baginda wafat atau harta pusaka Nabi saw?
mungkin pak shaikh terlepas pandang soalan ni. saya pun menanti juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam selawat keatas nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Terima kasih saudara ibnur kerana mengingatkan saya kerana saya tidak perasan akan soalan itu...maaf jika membuat kalian tertunggu-tunggu...
Sebenarnya tanah fada' itu adalah wasiat Rasulallah kepada puterinya Fatimah Az-Zahrah Ummul Abiha...
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
| |
|