View: 11204|Reply: 18
|
"tuntutlah ilmu walau hingga ke negeri China"
[Copy link]
|
|
salam
saya nak bertanya,
dalam hadis Nabi SAW, lebih kurang begini maksudnya.
"tuntutlah ilmu walau hingga ke negeri China"
cuma saya sekadar nak tanya, ada ke siapa2 tahu, kenapa Nabi SAW kata ke negeri China? tentu ada sebab Nabi SAW bersabda demikian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by seven77 at 12-7-2006 10:31 AM
salam
saya nak bertanya,
dalam hadis Nabi SAW, lebih kurang begini maksudnya.
"tuntutlah ilmu walau hingga ke negeri China"
cuma saya sekadar nak tanya, ada ke siapa2 tahu, kenapa ...
Setahu hamba ini adalah hadis palsu. Hadis yang diada-adakan atas nama Nabi Saw.
Nabi SAW. tak sebut negeri China pun. Nabi SAW suruh tuntut ilmu. Negri China ini tak tau la sapa yang tambah. Mungkin pakar hadis dalam thread ini boleh komen. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
assalamu`alaikum
petikan dari forum Bicara Muslim (http://bicaramuslim.com)
perihal hadis ini telah dijawab dgn baik oleh akhi z@yed (moderator di sana)
==
Salam,
Utk pengetahuan pembaca.
1. Dikeluarkan oleh Ibn Abdil Barr, dari Anas r.a., bahawa Rasulullah saw
bersabda yang bermaksud:
"اطلبوا العلم ولو بالصين...."
"Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China kerana menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam. Bahawasanya para malaikat akan menebarkan sayap-sayapnya bagi menuntut ilmu kerana redhakan ilmu yang dituntutnya."
2. Ibnu Adiy, Abu Nu'aim, al-'Uqaili, al-Baihaqi, adh-Dhia', Abu al-Qasim
al-Qusyairi, al-Khateib dan Ibnu 'Alyak an-Nisaburi meriwayatkan dari jalan Abu 'Atikah, dari Anas r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China kerana menuntut ilmu itu wajib atas tiap-tiap orang Islam."
Hadith ini mawdu'. Penyakitnya ialah, Abu 'Atikah ini. Abu 'Atikah ialah; Tharif bin Sulaiman yang disepakati ulama' akan keda'ifannya:
a. Al-'Uqaili memandangnya sangat da'if
b. Al-Bukhari berkata: Abu 'Atikah mungkar hadithnya.
c. Kata an-Nasa'i: Ia tidak thiqah.
d. Kata Abu Hatim: Zahibul hadith.
e. As-Sulaimani menyebutnya di anatara orang yang dikenal dengan membuat hadith
Al-Imam Ahmad bin Hanbal sangat mengingkari hadith ini. Hadith ini disebutkan oleh Ibnul Jauzi dalam kitabnya; al-Maudhu'at dan beliau berkata: Kata Ibnu Hibban: Hadith ini batil, tiada asalnya dan diakui oleh as-Sakhawi dalam kitabnya; al-Maqasid. Adapun bahagian kedua hadith, iaitu; "kerana menuntut ilmu itu wajib atas tiap-tiap orang Islam" banyak diriwayatkan dari jalan lain dan dia adalah sahih seperti yang ditegaskan oleh al-Albani dalam kitabnya; Silsilatul Ahadith Shahihati.
2. Az-Zahabi menyebutkan dalam al-Mizan dari riwayat Ibnu Karram, dari Ahmad, dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China."
Hadith ini mawdu'. Penyakitnya ialah; Muhammad bin Karram dan Ahmad bin Abdullah bin Khalid al-Juwaibari:
a. Kata az-Zahabi: Al-Juwaibari adalah diantara orang yang dijadikan
perumpamaan dengan pembohongannya.
b. Kata Ibnu Hibban: Dia ialah Abu 'Ali, salah seorang dajal.
c. Kata an-Nasa'I dan ad-Daruquthi: Dia adalah pembohong.
d. Kata Ibnu 'Adiy: Al-Juwaibari membuat hadith untuk Ibnu Karram mengikut kemahuan Ibnu Karram dan Ibnu Karram mentakhrijkannya dalam kitab-kitabnya dari Ibnu Karram. Kemudian az-Zahabi menyebutkan beberapa hadith yang membuktikan kebohongan al-Juwaibari, di antaranya hadith di atas.
Dan mengikut Ibnu Karram pula az-Zahabi berkata: Muhammad bin Karram as-Sajistani adalah seorang ahli bid'ah yang saqith hadithnya. Ia banyak meriwayatkan hadith dari Ahmad Juwaibari dan Muhamaad bin Tamim as-Sa'di yang kedua-duanya pembohong:
a. Kata Ibnu Hibban: Ibnu Karram menjadikan iman itu ialah perkataan tanpa makrifat.
b. Kata Ibnu Hazmin: Ibnu Karram berkata: Iman itu ialah perkataan dengan lidah, dan jika beriktiqad kufur dengan hatinya maka dia adalah mukmin.
c. Kemudian az-Zahabi berkata: Dia ini adalah seorang munafiq sejati, pasti tempat yang paling bawah dari neraka, apakah yang memberi manfaat kepadanya dengan menamakannya sebagai seorang mukmin?
d. Kata Ibnu 'Iraq: Muhammad bin Karram as-Sajistani adalah seorang sheikh golongan Karamiah yang dengan bid'ahnya meriwayatkan hadith-hadith mawdu'.
reference : http://www.bicaramuslim.com/bica ... ?t=6354&start=0 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by seven77 at 7/11/06 06:31 PM
cuma saya sekadar nak tanya, ada ke siapa2 tahu, kenapa Nabi SAW kata ke negeri China?
i believe because ancient china was very very advanced. |
|
|
|
|
|
|
|
t.kasih mardiah atas link tersebut.
beanDiesel
i strongly believed must be a reason why Rasulullah state negeri China.
sekadar ingin tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by seven77 at 7/11/06 07:26 PM
beanDiesel
i strongly believed must be a reason why Rasulullah state negeri China.
bagi aku tu la reasonnya, sebab dorang advanced dalam pelbagai ilmu. so, i guess that's a pretty good reason to travel somewhere to learn. |
|
|
|
|
|
|
|
Another possible reason is because China mempunyai bahasa dan budaya yang berbeza. In some ways, I believe this saying is telling us that language & cultural barriers shouldn't stop us from learning.
=======================
***Reply to Antique & palong ... duly noted... sorry... I've corrected my statement....
[ Last edited by pelicano at 12-7-2006 07:25 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
dari sudut ilmu hadith, ia adalah hadith palsu dan haram kita mengatakan ia daripada Rasulullah SAW.. ia mungkin kata2 ulama' atau hukama'..
dari sudut maksud, kata2 ini sangat bagus.. menyuruh kita menuntut ilmu walau ke mana, walaupon tempat itu jauh sangat, ataupon negeri orang kafir..
kalau kita refer balik sejarah, zaman Rasulullah SAW berselisih dengan 5 dinasti, penghujung Dinasti Chen, Qi dan Zhou (Zaman China berpecah belah, banyak Dinasti - Rasulullah masih kanak2), kemudian Dinasti Sui (yg juga zaman kekacauan) berakhir ketika baginda masih berdakwah di Makkah dan kemudian Dinasti Tang yang memerintah agak lama sehingga tahun 907 masehi..
Dinasti Tang dianggap sebagai zaman China yang terbaik.. selain drpd ketenteraan dan perluasan empayarnya, zaman ini juga dianggap golden age bagi chinese literature dan perkembangan ilmu.. jalan sutera antara Timur(China) dan Barat(Parsi dan Arab) juga berkembang pada zaman ini.. walaubagaimanapun Rasulullah SAW hidup pada zaman peralihan kuasa antara Sui dan Tang.. China baru nak stabil daripada perang dan mustahil mampu menjadi pusat ilmu pengetahuan dlm tempoh yg singkat.. jadi dalam temp0h 10-15 tahun tu, kemungkinan Baginda tidak sempat berselisih dengan kemasyhuran Dinasti Tang.. dan tak mungkin juga Baginda menyuruh kita menuntut ilmu ditempat yg huru hara..
tapi, kata2 ini tetap bagus untuk dijadikan motivasi untuk menuntut ilmu, cuma jgn kata ia hadith..
[ Last edited by palong at 13-7-2006 08:50 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pelicano at 7/12/06 01:38 AM
Another possible reason is because China mempunyai bahasa dan budaya yang berbeza. In some ways, I believe Rasullullah SAW is telling us that language & cultural barriers shouldn't stop us fro ...
yes, pada aku tu justify perkataan 'walau'. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pelicano at 12-7-2006 05:38 PM
Another possible reason is because China mempunyai bahasa dan budaya yang berbeza. In some ways, I believe Rasullullah SAW is telling us that language & cultural barriers shouldn't stop us fro ...
This hadith is not sahih. Therefore, it is not right to say that "Rasulullah is telling", "Rasulullah is saying" etc...
On the moral side, yes we can take it as we should menuntut ilmu as far as possible, no matter in what condition, no matter what barrier we face... but we should stop saying that Rasulullah is the one who put the word "Sin" i.e China in that hadith. |
|
|
|
|
|
|
|
baru la saya jelas sekarang...terima kasih.
maybe ramai lagi yang ingat ini hadis sahih... |
|
|
|
|
|
|
|
banyak lagi hadis palsu yang berlegar di kalangan ustaz2 yang mana mereka mengarakan itu hadis...padah hal mereka sendiri tak pernah detail kan samada hadis tu sahih, maudhuk, hasan, daif..dan berbagai lagi...hatta ada hadis daif dijadikan sandara untuk berhujah....
saya setuju dengan palong... |
|
|
|
|
|
|
|
baru jer semalam terbaca hadith..."tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat". |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya lebih kepada simbolik sahaja, meaning go far to gain those ilmu, it can be any country or any place at all. Just like how "reading" or "bacalah" in the first surah revealed, means "tuntut ilmu". I don't agree with those who say you have to READ because Allah says so. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 13-7-2006 10:56
baru jer semalam terbaca hadith..."tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat".
Assalmualaikum semua,
Terima kasih kerna sebelum ni saya pun tertanya-tanya samada hadis ni betul atau palsu, sekarang dah jelas.
Ada pun mengapa NEGERI CHINA dijadikan rujukan, ini saya ceritakan apa yang dengar sebelum ini, samada ianya betul atau tidak wallahualam,tapi moralnya CHINA dipilih kerana lebih maju dalam sesetengah aspek.menurut cerita utk renungan.
China terkenal dgn bala tentera yang kuat, kental dalam berperang dan zaman dahulu kebanyakkannya menggunakan senjata tajam seperti pedang,tombak dan sebagainya. Dalam peperangan banyak askar yg terkena tikaman, bila dikaji rupanya askar-askar China ini lebih
advance dalam aspek pemakaian mereka.
Selain dari perisai besi dan sebagainya, askar mereka berpakaian yg dibuat dari sutera, dan sutera ini kalau kena benda tajam agak sukar untuk koyak dan masuk ke dalam.Inilah yang saya dengar, wallahualam, maksudnya teknologi China masa tu dah advance, dan mungkin inilah sbb org menggunakan perkataan CHINA.
Saya tidak mengatakan Rasululah saw berkata begini ya...tapi mengapa CHINA dijadikan contoh dalam isu yg kita bincang ini.
Saya mohon maaf kalau penernagan saya ini bercanggah dan kalau silap silalah tegur saya.
wassallam.:tq: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by SICUREZZA at 20-7-2006 06:54 AM
Assalmualaikum semua,
Terima kasih kerna sebelum ni saya pun tertanya-tanya samada hadis ni betul atau palsu, sekarang dah jelas.
Ada pun mengapa NEGERI CHINA dijadikan rujukan, ini saya ceri ...
Hamba rasa tukang membuat hadis palsu ialah orang yang banyak bergaul dengan orang sekeliling. Manakala negeri yang paling jauhnya dari pusat pemerintahan Khalifah ketika itu yang diketahui orang ialah China. Perjalanan pergi ke China dengan laluan sutera mengambil masa yang yang panjang hingga bertahun , manakala laluan lautnya bergantung kepada tiupan angin monsun.
Bagi saya, China dipilih tukang pemalsu hadis ini bukan menunjukkan tentang teknologi China tapi kerana 'jauhnya dan lamanya masa untuk sampai ke sana'. Jika hendak dikatakan kerana teknologi, saya bangkang kerana:
1. teknologi Islam ketika itu berada di puncak kegemilangan
2. tukang-tukang pemalsu hadis ini bukanlah ilmuwan yang arif tetapi hanya sekadar tukang bohong yang mencipta hadis kerana sesuatu muslihat yang tertentu.
3. Kesan teknologi China amat minimum di zaman puncak kegemilangan Islam. Sebaliknya Ilmu-ilmu tamadun Rom, Persia, India, Mesir dan Arab sendiri yang dikembangkan oleh para Ilmu Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hang at 20-7-2006 09:04 AM
Hamba rasa tukang membuat hadis palsu ialah orang yang banyak bergaul dengan orang sekeliling. Manakala negeri yang paling jauhnya dari pusat pemerintahan Khalifah ketika itu yang diketahui o ...
saya lebih suka mengatakannya sebagai kata2 hikmah.. setuju dgn Hang, bahawa Cina dijadikan rujukan disebabkan jauhnya tempat tu.. mcm pepatah melayu, hendak seribu daya taknak seribu dalih... kalau disebabkan oleh kekuatan tenteranya, tentera Islam juga sangat kuat sehingga berjaya mengalahkan Rom dan Parsi.. nak kata sebab ilmu, rasanya org Cina la yg patutnya berebut nak dtg ke negeri Islam seperti mana org Eropah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|