CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4536|Reply: 20

Sunnah dan sunat

[Copy link]
Post time 18-7-2006 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Mohon bagi link jika dah bincang sebelum ni....
Apa bezanya perkara sunat dan sunnah. Banyak orang kata benda ni sama je..tapi kerengge rasa ia macam lainnn...je.
Setahu kerengge kalau buat perkara sunat dapat pahala dan kalau tinggal tak dapat apa .kalau kita amal perkara sunnah kita dapat kekuatan dalaman utk beribadat...betul ke ni....sebab bab sunnah ni banyak orang tak ambik kesah je ....mohon pencerahan dari forumners yang bijaksana.:hmm:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2006 05:46 PM | Show all posts

Salam,

Sunnah dr Allah, disebut Sunnatullah bererti ketetapan Allah.

Sunnah dr Nabi Muhammad saw disebut Sunnaturrasul bererti ucapan, perbuatan, watak atau akhlak, dan adat kebiasaan Nabi Muhammad saw.  Juga perbuatan atau ucapan org lain yg dibiarkan/ dibenarkan secara diam oleh Nabi saw.  

Sunnah juga bererti suatu kategori hukum yg menetapkan akibat hukum tertentu bg mereka yg melakukan atau meninggalkan.  Mereka yg mengerjakan akan mendapat pahala, dan yg meninggalkan tidak berdosa.

Sunnat juga bererti khatan, iaitu membuang atau memotong kulit dr alat kelamin lelaki atau wanita.

wallahua'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 06:09 PM | Show all posts

same je...

sunat ngan sunnah same je...buat dapat pahale tak buat takpe...kalo buat selalu boleh tambah keimanan, InsyaAllah...betul la tu kerengge...

dan satu lagi hanyalah masalah bahasa iaitu sunat maksudnye khatan seperti kate moderator Fleurzsa...

org utara lagi plik, khatan dipanggil  "masuk jawi"... ha ha .saya pun tak tau pasaipa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 07:00 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 18-7-2006 06:09 PM
org utara lagi plik, khatan dipanggil  "masuk jawi"... ha ha .saya pun tak tau pasaipa...


Teman oghang Utara.
So, bior teman terangkan......

Berkhatan di panggey 'masuk jawi' kerana perkataan 'jawi' adalah sinonim dgn makna ISLAM.

Harap maklum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 07:05 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 18-7-2006 06:09 PM
sunat ngan sunnah same je...buat dapat pahale tak buat takpe......


Teman TIDAK BERAPA SETUJU dgn tanggapan begini.

Kita sepatut nya mengHIDUPkan SUNNAH Nabi saw.
Bukan memberi SLOGAN seperti di atas......sehingga oghang melayu cum Islam ini memandang ringan akan SUNNAH Nabi saw.

Contoh nya spt menyimpan janggut, bersiwak , memakai serban or jubah.
Sehingga ada yg meremeh remeh serta membuat jenaka terhadap nya.

"Sesiapa yg dapat menghidupkan satu sunnah KU di zaman rosak nya umat ku, akan mendapat pahala seorg mati syahid." - lebey kurang maksud hadis

Tanda KASIH SAYANG nya umat terhadap Rasulullah saw adalah dgn mengikuti ajaran nya.

Waallahua'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 09:54 PM | Show all posts
salam

dan bagi saya pula
TAK ADA PERKATAAN SUNAT MASA NABI DAN SEANGKATANNYA

dan tambahan kpd SUNNAH dr cik MOD iaitu
SUNNAH SYAITAN iaitu perjalanan/corak hidupnya si setan gondol tuuuuu

kalaulah kita tinggalkan SUNNAH NABI
habis tu kita ni UMAT SIAPA
umat shafieee kottttttttttttttttttttt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2006 10:02 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 18-7-2006 09:54 PM
salam

dan bagi saya pula
TAK ADA PERKATAAN SUNAT MASA NABI DAN SEANGKATANNYA

dan tambahan kpd SUNNAH dr cik MOD iaitu
SUNNAH SYAITAN iaitu perjalanan/corak hidupnya si setan gondol tuuuuu
...


pssstttttttt.............OB, umat Hanifi laaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 01:08 AM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 18-7-2006 10:02 PM


pssstttttttt.............OB, umat Hanifi laaaaaa



ni cerita pasal mamak ka ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 01:10 AM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 18-7-2006 06:09 PM
sunat ngan sunnah same je...buat dapat pahale tak buat takpe...kalo buat selalu boleh tambah keimanan, InsyaAllah...betul la tu kerengge...

dan satu lagi hanyalah masalah bahasa iaitu sunat mak ...



kalau tak buat sunatullah macamana?  dapat dosa ka, tak dapa apa-apa?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 08:35 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 19-7-2006 01:08 AM



ni cerita pasal mamak ka ni?


Mamak = Hanafi

Ini Mazhab Hanifi , Ibnur
Yang tak jumper ayat di dalam Al Quran yg melarang berjudi dan yg sewaktu dgn nya.!!! :
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2006 09:36 AM | Show all posts
kerengge bersetuju dengan pendapat niceghost2005, kalau kita cintakan Rasul kita mesti buat apa yang Rasul buat. Bila kita cinta atau suka pada seseorang kita juga suka ikut apa yang dia buat dan kalau boleh kita pun nak tiru apa yang dia buat. Betul tak........
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 10:15 AM | Show all posts
Originally posted by Kerengge at 19-7-2006 09:36 AM
kerengge bersetuju dengan pendapat niceghost2005, kalau kita cintakan Rasul kita mesti buat apa yang Rasul buat. Bila kita cinta atau suka pada seseorang kita juga suka ikut apa yang dia buat dan k ...


:setuju: Kerengge,

Kalau seorg SUAMI ataupun LELAKI yg amat mencintai ISTERI ataupun GIRLFRIEND nya, dier tentu akan berhenti merokok kalau di suruh berbuat sedemikian. :

Apatah lagi seorg Umat terhadap Pemimpin nya!!!
Tentu lah dier tidak akan mempersoalkan/meremehkan SUNNAH KEKASIH nya. (tidak sempurna iman seseorg sekiranya dier tidak mencintai aku melebehi dari segala nya - lebey kurang maksud hadis)

Tentu juga, dier akan mengamalkan SUNNAH KEKASIH nya dgn rela hati.!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 02:09 PM | Show all posts

Ya , betul la tu....

sama2 sama lah kita amalkan sunnah nabi....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 02:16 PM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 19-7-2006 02:09 PM
sama2 sama lah kita amalkan sunnah nabi....


Amin....amin............amin :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 04:04 PM | Show all posts
sunnah adalah sebarang tindakan, pemakaian, cara peradapan Nabi SAW...contoh seperti yang dinyatakan oleh niceghost2005 dan fleurzsa ..dan kita digalakkan mengamalkannya

sunat adalah perkara yang Allah berikan ganjaran kepada kita, seandainya kita buat.contohnya solat sunat, puasa sunat, sunat mandi sebelum sembahyang jumaat, dan tidak mendatangkan dosa sekirannya tidak diamalkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2006 04:28 PM | Show all posts
kerengge juga rasa takjub.....moga-moga Allah juga bagi kekuatan pada kerengge utk  perbanyakkan amalan sunat. Amalan sunat akan menampung kekurangan dalam amalan fardhu, betul ke....
Kat surau kerengge, ada hamba Allah tu tak henti2 solat sunat lepas solat maghrib, nyorok lagi balik dinding...pas tu zikir lak....Alhamdulillah
Lagi satui kerengge ingat lagi baik kalau kita dapat bangun 1/3 malam untuk bertahajud. Ini adalah amalan orang soleh yang nak cari jalan takwa.....betul ke ni...
Banyak orang boleh bangun utk gi toilet tp tak ramai yg nak ambil wuduk dan solat 2 rakaat.:lebai:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2006 09:12 AM | Show all posts
Nasi tambah je nie..

Jalankan kerja dakwah syirik akan pergi, amalkan sunnah bid'ah akan lenyap, sunnah nabi jika kita amalkan ada kejayaan didalamnya, jika kehidupan Nabi dibawa kedalam diri maka rahmat dan berkat akan datang, jika diamalkan cara hidup rasulullah dalam rumahtangga maka rumahtangga itu akan mendapat rahmat dan berkat, cara nabi(sunnah) ialah cara yang terbaik, kemajuan umat islam bukan bermaksud berjaya amalkan cara hidup moden, uptodate yang ala-ala cara orang yahudi dan nasrani , tetapi kemajuan umat islam ialah sebanyak  mana kita dapat amalkan cara hidup nabi SAW dalam kehidupan kita. Contoh nabi makan tiga jari, atau makan dengan tangan, makan secara jamaah, sebaiknya dalam talam, basuh dua tangan dan kumur sebelum makan,tunggu makanan dihidangkan, berdoa sebelum makan, duduk dengan adab samada duduk tahyat awal atau akhir, atau lutut satu ditinggikan dan lain-lain, makan ketika lapar berhenti sebelum kenyang, dan lain-lain. Semuanya ini mengandungi banyak hikmah yang tersembunyi dan selari dengan naluri fitrah maknusia, jika kita amalkan insyaallah baru kita tahu nikmat dan hikmahnya. Satu diantara hikmahnya makanan cepat hadam jika makan dengan tangan.

Semantara makan nasi dengan sudu dan garpu , duduk atas kerusi adalah cara rasmi orang nasrani, cara makan ini tidak ada kejayaan, selain susah untuk makan ayam, makanan pula susah nak hadam, ianya juga tidak mendatangkan rasa puas dan nikmat pada makanan.

Itu baru bab makan yang mana ada banyak adab-adab yang membawa kebaikan kepada pengamalnya, seperti susah dapat penyakit, tidak membazir, puas, nikmat dan 100% ada kejayaan dalam mencapat matlamat makan. Belum lagi cara dan adab-adab tidur, adab masuk tandas, adab berpakaian, adab bersahabat, cara perubatan, cara berdakwah, cara bermesuarat, cara pengurusan dan macam-macam lagi, semuanya komplete, inilah dia peradapan yang tinggi, yang maju, yang hebat, jadi kita kena kembali kepada sunnah-sunnah nabi.

Cubalah anda bayangkan bagaimana pengasuh nabi SAW semasa mula-mula ia dapat jadi pengasuh nabi, maka kambingnya yang kurus jadi gemuk-gemuk, banyak susu, rumput-rumput tempat kambing itu makan pun jadi subur, susu badannya yang kering tiba-tiba mengandungi susu, inilah dia keberkatan penghulu nabi SAW. Abu lahab adalah seorang kafir dan dimasukkan dalam neraka, tetapi semasa nabi SAW lahir dialah orang yang sangat gembira, kemudian dibuat kenduri, atas sambutan ini maka dihari-hari tertentu abu lahab akan diberi minum dalam neraka. Inilah dia keberkatan nabi SAW, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan nabi maka ada keberkatan, rahmat dan kejayaan.

Seorang sahabat nabi terpaksa tangguhkan keinginannya untuk makan pisang kerana tak tahu bagaimana cara nabi makn buah pisang, setelah dia tahu barulah dia makan pisang. Inilah taksubnya dan cinta para sahabat dalam mengikut jejak Rasulullah, kita yakinlah bahawa ap-apa sahaja dari nabi SAW ada keberkatan, rahmat dan kejayaan dunia dan akhirat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 11:03 AM | Show all posts
salam

terima kasih ingatkan SUNNAH NABI tu
susah juga yeeee tambah kalau KESEORANGAN
makan cam binatang aje

cuma nak tanya kat depa tuuu
kalau nak buat yg SUNAT tu(kalau ada)
yg LEBIH DITUNTUT tu banyak lagilah
tersangat banyak
NAK DIBAGITAU KAT SINI KA
takut tak larat nak diKERJAKAN!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 02:55 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 20-7-2006 11:03 AM
salam

terima kasih ingatkan SUNNAH NABI tu
susah juga yeeee tambah kalau KESEORANGAN
makan cam binatang aje

cuma nak tanya kat depa tuuu
kalau nak buat yg SUNAT tu(kalau ada)
yg LEBIH DIT ...


OB,

Di dalam mengerjakan/menghidupkan SUNNAH ini, adalah mengikut KEMAMPUAN memasing.
Benda yg baik ini.........hendak lah saling berlumba.

Seperti mana manusia ini berlumba lumba mencari and menimbun $$$, begitu juga lah sepatut nya di buat terhadap AMALAN SUNNAH.

Sekiranya kiter cintakan sesuatu, halangan yg ada tidak menjadi sebarang masaalah.:tq:

Salam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 10:49 AM | Show all posts
salam

kan saya dah kata
nak IKUT SUNNAH NABI pun penat nanti
tak terlarat
jadi yg BIDAAH tu, sanggup pulak
dan YANG TERSANGAT PENTING
YANG DITURUNKAN DARI TUHAN SEKALIAN ALAM
diendah tak endahkan
camana tu

itu nak kata HAMBA siapa ya????
dan UMAT siapa??????

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.151465 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list