CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13526|Reply: 90

BANGSA MELAYU & ISLAM DI MALAYSIA DALAM BAHAYA !!!

[Copy link]
Post time 18-7-2006 09:38 PM | Show all posts |Read mode
BANGSA MELAYU & AGAMA ISLAM DALAM BAHAYA !!

PERHATIAN !! : ISU YANG BAKAL ANDA BACA INI ADALAH ISU PENTING YANG BAKAL MENENTUKAN NASIB ORANG MELAYU DAN NASIB AGAMA ISLAM DI MALAYSIA. DALAM MASA KURANG 6 MINGGU LAGI JIKA MAHKAMAH PERSEKUTUAN MEMBUAT KEPUTUSAN MEMBENARKAN KES INI, IA BAKAL MELENYAPKAN HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU DAN MENGHANCURKAN AGAMA ISLAM DI MALAYSIA BUAT SELAMA-LAMANYA !!


KES MURTAD AZLINA JELANI (LINA JOY) & KELEMAHAN SISTEM PERUNDANGAN : IMPLIKASI TERHADAP MASA DEPAN ISLAM & MELAYU DI MALAYSIA

Ramai dikalangan umat Islam di negara ini tidak mengetahui apakah sebenarnya kes Azlina Binti Jelani iaitu anak kepada pasangan Melayu Islam bernama Jelani dan isterinya Umi Kalsom.

Kes ini adalah berkaitan permohonan Azlina Binti Jelani untuk mendapat 'pengiktirafan' yang beliau berhak untuk menukar agamanya dari Islam kepada Kristian. Azlina Binti Jelani ini telah 'berkahwin' dengan seorang lelaki beragama Kristian sejak 6 tahun yang lalu.

Permohonan Azlina Binti Jelani untuk tidak dirujuk sebagai orang Islam dalam kad pengenalannya telah ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara atas alasan soal Islam atau tidak Islam seseorang Islam adalah dibawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Azlina Binti Jelani anak kepada Jelani dan Umi Kalsom ini sekarang ke Mahkamah Persekutuan atas alasan bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak seseorang untuk menganuti agama pilihannya.

Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menyebut setiap orang berhak menganut apa-apa agama pilihannya.Oleh itu Azlina Binti Jelani menghujah melalui peguamnya bahawa seseorang yang telah mencapai usia 18 tahun ke atas adalah berhak menganuti apa-apa agama tanpa sekatan oleh mana-mana undang-undang atau peraturan di negara ini.

Sekiranya hujah ini diterima dan dipersetujui oleh Mahkamah Persekutuan beberapa KESAN AMAT BESAR DAN AMAT BAHAYA akan berlaku ke atas kedudukan undang-undang Islam dan orang Islam & bangsa melayu di Malaysia..


Fakta yang terkandung dalam tulisan ini diringkaskan berdasarkan daripada :

(1)        kupasan kes murtad Azlina Jailani (Lina Joy) yang dibincangkan peguam-peguam Islam Malaysia & organisasi kerajaan & bukan kerajaan (NGO) yang hadir pada taklimat isu murtad pada 12-07-2006 di bilik mesyuarat Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
(2)        Serta berdasarkan kupasan kes yang telah dibentangkan bersama peguam Zulikifli Nordin pada 19-07-06 di surau As-Sakinah dan Masjid Taman TTDI Jaya, Shah Alam.


Cont........

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2006 09:39 PM | Show all posts

MUQADDIMAH

Dalam sejarah lampau, kes Natrah, seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda.

Keperihatinan seluruh umat Islam & masyarakat dari seluruh pelusuk Tanah Melayu untuk berkumpul & berdemonstrasi di Singapura untuk membantah & mempertahankan aqidah hanya SEORANG muslimah dari dimurtadkan dengan bedilan peluru serta cota tentera British dan sebagainya yang menghalang mereka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 09:42 PM | Show all posts
salam

tak payah bagi tau cita tuuuuuu
yang saya tahu BANGSA MELAYU DAH NAZAK HABIS
menyesal saya jadi bangsa tuuuu
bangsa yg penuh dgn dengki, busuk perut, tikam belakang dan sebagainya

saya masih mengkaji
kenapa bangsa ini begitu TERUK PERANGAINYA
mungkin adalah BANGSA BUANGAN kot
pasal jauh dr PUSAT DUNIA (KAABAH)

maaf ya terlalu kasar
tapi sapa suruh buka thread cam niiiiiiiiiiiiii

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2006 09:42 PM | Show all posts

FAKTA KES

1.        Selepas berkahwin dengan seorang Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau Berjaya menukar nama dalam Kad Pengenalan kepada Lina Joy.

2.        Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000.

3.        Permohonan tidak dibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari Mahkamah Syariah yang membenarkan memperakui beliau keluar Islam.

4.        Mahkamah Syariah mengguna pakai undang-undang Islam yang tidak membenarkan (MENGHARAMKAN) seseorang muslim keluar dari Islam (murtad), dan sijil tukar agama (murtad) seperti yang dikehendaki  oleh JPN tidak dapat dikeluarkan.

5.        Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada 19-September-2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan dibuang perkataan Islam di dalam kad pengenalan.

6.        Setelah semuanya tidak Berjaya, peguambela Dato
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2006 09:45 PM | Show all posts
IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"

Nampak & dengar terlalu kecil, tetapi kesannya MELAMPAUI BATAS IMAGINASI KITA!!

1.        Artikel 3 yang memperuntukkan kedudukan Istimewa Islam sebagai Agama Persekutuan akan semakin terhakis kerana Islam akan dianut dan diamalkan seperti agama lain. Mengikut Perlembagaan, Islam diletakkan di status yang tinggi dan berbeza daripada agama lain. Contohnya, kelebihan seperti dalam Perkara 12(2) kuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan oleh kerajaan (Persekutuan & Negeri) kepada institusi-institusi Islam seperti Masjid, Sekolah Agama Rakyat, dan lain-lain. Sekiranya Mahkamah Persekutuan berpihak kepada Azlina Jelani@Lina Joy, status ini dibimbangi akan terhapus.

2.        Bidangkuasa Mahkamah Syariah sebagaimana dalam Perkara 121(1A) juga akan terhakis dan terhapus kerana membenarkan orang Islam menggugurkan agama Islam dalam kad pengenalan akan membolehkan orang Islam keluar Islam tanpa melalui proses perundangan Mahkamah Syariah.

3.        Perkara 11(4), kerajaan negeri boleh menggubal undangundang menyekat dakyah agama lain kepada orang Islam. Jika kes Azlina Jelani@Lina Joy dibenarkan, Artikel 11(4) akan tidak bermakna lagi dan orang bukan Islam boleh memurtadkan orang Islam sebebas-bebasnya.

4.        Artikel 160 - MELAYU ditafsirkan sebagai beragama ISLAM. Membenarkan Lina Joy mengisytiharkan keluar Islam bermakna membuka ruang untuk bangsa Melayu hilang identiti Islamnya. Ini juga bermakna hubungan istimewa Melayu Islam yang diiktiraf oleh Perlembagaan akan terhapus.

5.        Orang Islam dibenarkan meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan.

6.        Apabila definisi "person" didefinisikan sebagai hak individu, maka agama Islam boleh ditafsirkan mengikut kefahaman individu sendiri tanpa ada undang-undang Islam yang boleh mengongkongnya;
•        Orang Islam boleh keluar-masuk Islam pada bila-bila masa.

•        Islam boleh diamalkan mengikut kefahaman sendiri sepenuhnya.
Contoh: Kasim Ahmad boleh mengamalkan dan menyebarkan fahaman Islam anti hadisnya tanpa sekatan mana-mana pihak. Puak-puak Islam syiah juga boleh menyebarkan fahaman syiah mereka di Malaysia dengan sebebas-bebasnya.

•        Kesalahan syarie oleh seorang Muslim tidak boleh diambil tindakan disebabkan undang Syariah sudah tidak relevent.

a. Sebagai contoh, solah boleh dilakukan mengikut sedap hati mengikut rakaat solah yang difahami sendiri, puasa dalam Ramadhan boleh ditinggalkan apabila membuat deklarasi 揵ukan Islam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2006 09:50 PM | Show all posts

MENGAPA KES MURTAD AZLINA JELANI (LINA JOY) ?

1.        Kes Azlina Jelani@Lina Joy  adalah kes yang sudah lama didiamkan, tetapi ia telah di抦arketing
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-7-2006 09:54 PM | Show all posts

TINDAKAN SEGERA

Memandangkan kes ini hanya mempunyai tempoh 6 minggu sebelum diputuskan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya dari tarikh 04-Julai-2006, maka tindakan segera telah diputuskan untuk diambil oleh segenap lapisan masyarakat Islam, antara keputusan jangka masa pendek yang telah dicadang dan dipersetujui akan diusahakan secepat mungkin adalah;

1.        Penubuhan segera kumpulan Peguam Pembela Islam (PPI) yang diketuai oleh Peguam Zainur Zakaria, untuk melakukan protes kepada Majlis Peguam di atas keputusan beberapa Eksekutif Committee untuk menyokong kes Lina Joy;

    •        Isu secara langsung seolahnya menunjukkan seolahnya Majlis Peguam lah yang menjadi dalang utama kes ini setelah mereka menyatakan sokongan penuh kepada kes Lina Joy di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, sedangkan tidak pernah mendapat mandate tersebut daripada badan dan ahli Majlis Peguam yang dilantik.

    •        Majlis Peguam juga telah menjadi pemangkin kepada tindakan berani & kurang ajar pelbagai pertubuhan NGO bukan Islam untuk mengajar orang-orang Islam untuk bagaimana mengamalkan Islam di Malaysia.

    •        Suatu EGM akan diadakan segera untuk membantah dengan mendapat tandatangan lebih 200 peguam Islam yang hadir dalam perjumapaan 12-Julai-2006 untuk menghalang Majlis Peguam daripada menyebelahi Lina Joy dalam kes beliau.

    •        Zainur Zakaria dan dianggotai oleh 15 peguam lain sebagai committee termasuk Kamar Aniah, Zainul Rijal Abu Bakar, Haji Mohamad Buruk dan Dato Dr Zaiton Osman (mewakili persatuan Peguam Muslim Malaysia) merangkumi pelbagai bidang kepakaran dan fahaman politik yang pelbagai. Antara yang lain adalah: Dato Abu Zahar, Dato Ainuddin, Zulkifli Nordin, Tuan Haji Mohd Buruk, Pak Wan Chik Marican (Peguambela bagi Pihak Negara), Baharuddin, Subki Yusuf, Radhi (Setiausaha NGO Melayu), Zainddin Ismail, Zainur Ridaun, Shamsuriya, Azril Abim, Raja Mustafa..

2.        Suatu website diwujudkan segera untuk menjadi rujukan kepada fakta kepada kes ini. www.defendersofislam.net atau www.myislamnetwork.net

3.        Suatu Press Statement akan dikeluarkan oleh Peguam Pembela Islam untuk mendesak semua pihak yang terlibat untuk menghormati undang-undang dan menafikan penglibatan Majlis Peguam di dalam membela kes Lina Joy.

4.        Perjumpaan oleh semua gabungan NGO Islam & Melayu untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Peguam Pembela Islam serta menyebarkan kesedaran kepada seluruh masyarakat tentang isu ini.

    •        Kes ini ada kes yang menjadi perhatian dunia, sedangkan di Malaysia kes ini disorokkan oleh pihak media tempatan atas alasan faktor keselamatan dan sebagainya.

    •        Umat Islam di Malaysia dari apa jua kefahaman politik dan bangsa langsung tidak sedar tentang apa yang berlaku.

    •        Majlis tersebut akan diselia oleh ABIM yang akan diadakan di Ibu Pejabat ABIM, Anjung Rahmat, Jalan Gombak pada 16-July-2006, Jam 2.30pm. Semua dijemput hadir.

5.        Press Statement yang dikeluarkan oleh Persatuan Peguam Syarie, Dato Zaiton Osman pada Jumaat 07-July-2006 langusng tidak dikeluarkan oleh mana-mana media di Malaysia.

6.        Mesej akan disampaikan melalui mimbar khutbah Jumaat pada minggu hadapan atas kebenaran daripada pihak yang terlibat.

7.        Paling kurang 100,000 artikel akan dicetak dan diedarkan dengan tujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang perkara ini dalam bentuk bertulis.

8.        Solah Hajat diminta dilaksanakan di segenap peringkat untuk memberi kesedaran dan memohon pertolongan Allah untuk menyelamatkan aqidah Umat Islam di Malaysia, khususnya.

9.        Usaha juga akan diteruskan untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin negara serta Majlis Raja-Raja tentang implikasi dari sikap tak ambil endah dari kes ini, serta meminta dengan kuasa yang ada pada tangan mereka untuk berusaha menyelamatkan aqidah umat Islam dari terus dimusnahkan.

10.        Seluruh badan serta oraganisasi & individu mesti menggunakan setiap kekuatan yang ada untuk mempengaruhi serta menyedarkan masyarakat tentang isu ini, serta meminta masyrakat untuk mencuba sedaya mungkin mempengaruhi pihak yang terlibat untuk memastikan keputusan berpihak kepada menjaga Aqidah Islam.

11.        Pengumpulan dana kewangan segera susulan daripada dana yang telah dukumpul ketika perjumpaan peguam Muslim pada 12-Julai-2006, yang akan digunakan untuk menggerakkan bantuan kepada individu yang terlibat di dalam kes ini, termasukalah untuk mendapatkan beberapa unit notebook serta printer dan peralatan lain sekretariat Peguam Pembela Islam.

12.        Mengumpul Sejuta Umat Islam pada Ahad 23-Julai-2006 di Masjid Wilayah Persekutuan KL untuk taklimat besar-besaran, dan mengumpul SATU juta tandatangan Umat Islam Malaysia untuk diserahkan kepada pemerintah dan Raja & Hakim sebagaimana yang telah dilakukan oleh NGO tersebut dengan mengumpul 20,000 tandatangan dan diserahkan kepada Perdana Menteri baru-baru ini. Amat malang tiada sebarang tindakan atau statement dikeluarkan oleh beliau, malah seorang Menteri yang terlibat dengan perundangan Malaysia juga telah melabelkan 揵odoh擺/b] kepada individu yang menghalang dari usaha ini diteruskan.

13.        Maklumat seterusnya akan disalurkan melalui group email, boleh mendaftar sebagai ahli secara percuma, dan boleh dowload artikel yang berkaitan isu murtad melalui; Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD) http://groups.yahoo.com/group/forkad/

Cont....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2006 09:56 PM | Show all posts

PENUTUP

Saudara sekalian, Allah tidak akan tanya hasil dari apa yang kita lakukan, tetapi Allah akan tanya apa yang kita telah lakukan untuk memastikan tanggungjawab fardhu 慳in untuk menegakkan Islam di muka bumi Allah ini dilaksanakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


tiM This user has been deleted
Post time 18-7-2006 10:16 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 18-7-2006 08:42 PM
salam

tak payah bagi tau cita tuuuuuu
yang saya tahu BANGSA MELAYU DAH NAZAK HABIS
menyesal saya jadi bangsa tuuuu
bangsa yg penuh dgn dengki, busuk perut, tikam belakang dan sebagainya

sa ...


Saya setuju pendapat anda tapi tidak bermakna saya mengutuk banga melayu.
Oleh itu pengajaran hapir dari kejadian 1000 tahun yg lalu memecahkan Soal dari politik, kebudayaan, bangsa, bahasa dan soal geografi. Kalau Lena Joy nak keluar dari Islam, dibanta? Adakah perkara yg lebih menghancurkan bangsa tertentu juga turut dibantah dan diambil perhatian sedemikian rupa? Contohnya kes buang anak, Kes dadah, Kes rasuah/pecah amanah dan banyak lagi yg lebih kritikal menentukan maruah dan nilai sesuatu agama atau bangsa itu....

Lena Joy tidak menghancurkan melayu atau islam cuma dia berusaha keluar dari penindasan terhadapnya. Sesungguhnya Jalan yg terbaik dlm dunia ini adalah memaafkan mereka yg menindas dan berlaku kejam terhadap kita. Itu pilihanyan bukan meniru gaya Aby sayyaf, Almaunnah atau peristiwa memali menuntut hak mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2006 10:49 PM | Show all posts
salam,


mengapa engkau bersikap seperti orang yang tak tahu bersyukur diatas nikmat Allah SWT? Mengapa engkau merasa terhina sebagai orang Melayu? Adakah teringin dijiwa tu nak jadi bangsa Arab atau Iran atau bangsa2 yang maju yang engkau inginkan..?


aku hairan dengan sikap setengah dari kita yang sanggup mencerca bangsa sendiri yakni diri engkau sendiri...... Manakah perginya rasa syukur dalam diri engkau? Tidakkah engkau tahu bahawa Melayu telah Allah muliakan dengan Islam? Maka jika engkau merasa hina kerana engkau Melayu, maka fikir2lah apa yang ada dalam dalam fikiranku.......


Sekian.
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 18-7-2006 11:01 PM | Show all posts
Aku tak setuju dia rasa hina kerana dia melayu.
Lainlah kalau dia memang hina... Bermakna dia seorg yg mulia kerana sedar akan diri sendiri diukur dengan org lain...
Sepatutnya dia rasa bangga kerana dia boleh keluar dari kepompong jumut menjadi lebih ideal setanding dengan bangsa lain. Dari itu sepatutnya juga dia bukan mengutuk banganya yg tidak sedar sebaliknya mencari kaedah utk menyedarkan mereka akan satu tahap pencapaian yg lebih tinggi dan mulia perlu diamalkan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 01:33 AM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 18-7-2006 10:49 PM
salam,


mengapa engkau bersikap seperti orang yang tak tahu bersyukur diatas nikmat Allah SWT? Mengapa engkau merasa terhina sebagai orang Melayu? Adakah teringin dijiwa tu nak jadi bangsa Arab ...



apakata kalau dia tak percaya Allahs.w.t.  macamana dia nak bersyukur?  (lagi satu yer...  posting hang tu tuju kat sapa?  tiM ka OB?

[ Last edited by  ibnur at 19-7-2006 01:36 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 01:38 AM | Show all posts
Originally posted by tiM at 18-7-2006 11:01 PM
Aku tak setuju dia rasa hina kerana dia melayu.
Lainlah kalau dia memang hina... Bermakna dia seorg yg mulia kerana sedar akan diri sendiri diukur dengan org lain...
Sepatutnya dia rasa bangga k ...



memang patut pun hang setuju lina joy tu join sama hang!
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 02:23 AM | Show all posts
mengcouplekan melayu dengan Islam memang sentiasa mengundang masalah..

jadi melayu boleh saja terdiri drp dua jenis:
1. melayu generik (umum, tak kira agama)
2. melayu perlembagaan (amal adat budaya melayu, berbahasa melayu, Islam)

hak istimewa yg diberi dalam perlembagaan adalah untuk melayu jenis 2.

tetapi melayu no. 1 mungkin boleh menikmatinya juga, tetapi dalam bentuk hak istimewa bumiputera.

[ Last edited by  petola at 19-7-2006 02:24 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 02:30 AM | Show all posts
kes Lina Joy memang boleh memberi impact besar kepada perundangan negara, khususnya interpretasi peruntukan2 dalam perlembagaan.... jika ia diputuskan oleh mahkamah persekutuan dengan mengingkari keputusan2 yg telah lalu.

walaupun begitu tulisan di atas bagi saya agak diexaggeratekan sikit... mungkin guna memberi impact pada pembaca... supaya menimbulkan kesan bimbang dan takut. Cara begitu saya rasa kurang baik kerana kesan drpnya ialah timbulnya sikap permusuhan antara kaum dan agama.

dengan sekian banyak barisan peguam di dalam kumpulan pendesak itu, sepatutnya tulisan itu lebih baik drp yg ada itu.

pendapat awal saya.

[ Last edited by  petola at 19-7-2006 02:32 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 03:04 AM | Show all posts
Tolong jangan kaitkan agama dengan bangsa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2006 07:46 AM | Show all posts
Originally posted by unik-woman-warr at 19-7-2006 02:04 AM
Tolong jangan kaitkan agama dengan bangsa.

Nape lak  ...bukankah  tuhan mencipta manusia  dengan  pelbagai bangsa ......
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 08:02 AM | Show all posts
Originally posted by mahathirGX at 19-7-2006 07:46 AM

Nape lak  ...bukankah  tuhan mencipta manusia  dengan  pelbagai bangsa ......


Assalamualaikum Tan Tin Tun GX,

Allah swt mencipta pelbagai BANGSA adalah utk berkenal kenalan.

Bangsa bukan menunjuk Agama seseorg.
Dan Agama pulak bukan lah HAK sesuatu bangsa.

Orang yg paling dekat di sisi Allah ialah org yg bertaqwa. (tak nak minta sanad or perawi ker??) :

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 10:35 AM | Show all posts
makin tension aku baca kisah2 zaman sekrg
aku takleh wat pape
cuma sakit ati je
sakit ati nape kerajaan sambil lewa ambik tindakan
semua lembab.. semua birokrasi
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by audioslavefan at 19-7-2006 10:35 AM
makin tension aku baca kisah2 zaman sekrg
aku takleh wat pape
cuma sakit ati je
sakit ati nape kerajaan sambil lewa ambik tindakan
semua lembab.. semua birokrasi


Assalamualaikum audioslavefan,

IMAN itu ada 3 tahap nya.

1. dgn kuasa
2. dgn lisan
3. dgn hati

Dan itu lah selemah lemah nya iman. - lebey kurang maksud hadis

Wsalam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.305231 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list