CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5664|Reply: 25

Bolehkah?

[Copy link]
Post time 28-8-2006 03:50 PM | Show all posts |Read mode
bolehkah Allah mencipta sebuah batu yang begitu berat sehingga Dia sendiri tidak mampu mengangkatnya?

sori kalau soklan ni sensitif tapi camne nak jawab kalau orang agama lain tanya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2006 06:28 PM | Show all posts
Firman Allah S.W.T.: Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan air hujan itu segala buah-buah sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui. Al-Baqarah: Ayat 22

Firman Allah S.W.T.: "Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan (batu belerang) tanah yang terbakar secara bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim." QS. Huud, 11: 82-83

kesimpulannya, Allah menciptakan bumi, jadi stakat mencipta batu tu apelah sangat (menurut kekuasaanNya) dan Allah juga akan melontarkan batu (azab) kepada sesiapa yang engkar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2006 11:52 PM | Show all posts
berat, jisim, gravity juga merupakan ciptaan Allah
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 12:51 AM | Show all posts
Originally posted by adi_iskandar at 28-8-2006 03:50 PM
bolehkah Allah mencipta sebuah batu yang begitu berat sehingga Dia sendiri tidak mampu mengangkatnya?

sori kalau soklan ni sensitif tapi camne nak jawab kalau orang agama lain tanya?


soalan ni nampak tricky je....baik tak yah layan....

diorang saje je nak pekene tuu...

kalo kate Allah boleh cipta batu tu.....diorang akan kate Allah tu lemah plak sebab dia tak leh angkat batu tu....

so jgn layan depa lagi baguih...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 01:12 AM | Show all posts
Berpegang pada surah al-kafiruun shj bila berdepan dengan soalan begitu.
Kerusi pemerintahan Allah swt di arasy itu besarnya tak boleh nak dibayangkan, manusia ni umpama habuk sahaja nak dibandingkan dengan besarnya arasy Allah swt

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 09:16 AM | Show all posts
tak sedar ke Allah mampu angkat bumi ni? bumi ni kan tergantung/terangkat, takda tiang.. Allah angkat la tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2006 05:55 PM | Show all posts
Originally posted by adi_iskandar at 28-8-2006 03:50 PM
bolehkah Allah mencipta sebuah batu yang begitu berat sehingga Dia sendiri tidak mampu mengangkatnya?
sori kalau soklan ni sensitif tapi camne nak jawab kalau orang agama lain tanya?


Bagi orang kristian yang percaya Nabi Isa itu tuhan, yang mempunyai sifat2 manusia, makan tidur dsbgnya, maka susahlah mereka
nak menjawab soalan sebegini, kerana "Tuhan" mereka itu boleh dan pernah mempunyai sifat-sifat lemah seperti manusia.

Juga satu soalan similar adalah adakah "Tuhan" itu mampu mencipta satu lagi "Tuhan" lain yang sama kuasa dengannya?
Ini kerana konsep kristian ada yang mengatakan konsep Trinity atau 3-in-1, jadi orang atheist contohnya selalu bertanya bolehkan "Tuhan"
orang kristian itu itu mencipta satu lagi..dan lagi..dan lagi?

--------------

Bagi orang Islam, kita perlu percaya Allah mempunyai sifat Maha Kuasa. Perkataan Maha Kuasa itu bermaksud Kuasa Allah itu tidak berkurang
sedikit pun selama-lamanya. Ini adalah berbeza dengan kuasa manusia dan makhluk2 lainnya yang ada turun dan naiknya.

Dan kuasa Allah itu mustahil digunakan untuk melemahkanNya kerana Dia SENTIASA berkuasa.

Jika kuasa Tuhan itu ada turun dan naik, tidaklah layak ianya dipanggil "Tuhan" malah ianya sama dengan makhluk juga, jadi soalan
tersebut (yang memerlukan Tuhan menjadi lemah pada satu ketika) dah jadi tak relevan, kerana kalau tuhan itu lemah, bagi orang Islam, ianya  tidak layak dipanggil Tuhan.

----------

Dari satu segi lain, perbuatan "angkat" itu adalah melibatkan membuatkan sesuatu benda bergerak secara fizikal melawan graviti. Nyata ini adalah satu konsep yang terhad kepada makhluk yang mendiami planet spt bumi yang ada graviti.

Kalau kita lihat ciptaan Tuhan yang lain seperti bulan, bintang, nebula dan galaksi, kita boleh sedar bahawa perbuatan "angkat" ini adalah satu perbuatan yang cukup lemah dan adalah perbuatan makhluk. Galaksi2 yang mengandungi jumlah bintang yang tak terkira dicipta Allah bergerak pada kadarnya ...tak perlupun di "angkat-angkat".

Secara andaian, bayangkan "batu" yang tak boleh diangkat "tuhan" itu berada di atas satu planet, tak ke pelik "tuhan" tidak dapat meng"angkat" satu batu di atas planet itu sedangkan planet itu (yang tentunya jauh lebih besar dari batu itu)  beredar atas orbitnya dengan kuasa "tuhan" itu juga?

Kalau "tuhan" itu lemah tak mampu mengangkat batu itu, sudah tentulah kalau planet yg mengorbit dengan kuasa "tuhan" tersebut  akan hancur jua, kerana "tuhan" itu dah jadi lemah hatta nak angkat batu pun tak larat, manakan mampu nak menguasai planet yang mengorbit itu.

Sebab itu kelemahan tuhan dalam apa jua bentuk adalah mustahil.

Jika tuhan itu tertakluk kepada undang2 fizikal seperti berat/ringan, jauh/dekat, tinggi/rendah dsbgnya - bukanlah ia Tuhan.

----------

Tanyakan orang yang bertanya itu soalan2 ini yang mungkin boleh diexplore lagi.

-Apakah definisi Tuhan pada pandangan peribadinya?
-Adakah Tuhannya boleh lemah? Adakah ini bertentangan dengan definisi Tuhannya?


Wallahua'alam bissawab

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2006 08:57 PM | Show all posts
Boleh , tp allah x nak buat , psl wht 4 ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2006 11:11 AM | Show all posts
salam

tak salah BERSOAL cam tuuuu
pada yg FAHAM tu, fahamlah
yg tak faham tuuuuuu
pandailah sendiri

persoalannya sama aje
macammana KAFIR berleluasa atas muka bumi ini
sedangkan yg ISLAM banyak mendoakan kesejahteraan
kenapa tidak TUHAN mengamankannya???????
jadi tanyalah diri sendiri
sedangkan diri sendiri masih tertanya
TERTANYA ttg KEESAANNYA
ttg KEKUATANNYA
bagaimana manusia yg lain yg masih JAHIL
dan TIDAK MENGAMBIL PELAJARAN
DARI KEJADIAN DIRI DAN PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI
DAN APA YANG ADA DIANTARA KEDUANYA

jadi teruskanlah.................
sesungguhnya IANYA tiada penghujung..................

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 02:22 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 30-8-2006 11:11 AM
salam

persoalannya sama aje
macammana KAFIR berleluasa atas muka bumi ini
sedangkan yg ISLAM banyak mendoakan kesejahteraan
kenapa tidak TUHAN mengamankannya???????

A very good point n a very good query, wd bro
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 07:21 AM | Show all posts
Sekiranya ada yang bertanya baik yang muslim atau tidak, kita berbaik sangka menjawab... menerima atau tidak terpulang le kepada mereka... kerana sesungguhnya Allah telah memberi akal kepada mereka untuk berfikir dan Allah jua mengingatkan bahawa kita hanya menyampaikan sedangkan memberi hidayah adalah Allah...

Untuk persoalan :Adakah Allah boleh mengangkat batu yang berat?"  Maka jawab lah... "Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila Dia mengkehendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu : "Jadilah engkau!"  Maka ia terus terus menjadi." (Surah Yasiin, ayat 82).

Kesimpulannya, Allah berkuasa untuk melakukan apa sahaja jika Dia berkehendak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 12:04 PM | Show all posts

Org2 yg sajer cari jalan utk menyusahkan...

:setuju:...diaorg cari akal utk menidakkan....

ff:Teringat pada satu jemaah yg dok cari aqal nak
memperkenakan tok guru
yang dok cakap pasal Feqah...

Soal wuduk.

Cakap pasal air 2 qolah nak ambil wuduk.

Dia tanya tok guru tu soalan tg tak patut.

"Air ma*i bukan najis, bolehtak kita ambil wuduk dgn 2 kolah yg dipenuhi oleh air ma*i ?"

Tok guru tu tanya balik, "Ko, pegi penuhkan 2 qolah dgn air ma*i, baru aku jawab soalan ko ni!":pmuka:

SOALAN SENGAL golongan yg menyusahkan, kena buku bertemu ruas.

[ Last edited by  sya_sugar_sugar at 31-8-2006 12:06 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 06:03 PM | Show all posts
Originally posted by adi_iskandar at 28-8-2006 03:50 PM
bolehkah Allah mencipta sebuah batu yang begitu berat sehingga Dia sendiri tidak mampu mengangkatnya?

sori kalau soklan ni sensitif tapi camne nak jawab kalau orang agama lain tanya?


Jawap sahaja

"Allah SWT itu Maha BerKuasa dan Maha mengetahui.....mengetahui apa yang tersirat dan tersurat didalam hati"
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 07:00 PM | Show all posts
Originally posted by GasTrick at 31-8-2006 06:03 PM


Jawap sahaja

"Allah SWT itu Maha BerKuasa dan Maha mengetahui.....mengetahui apa yang tersirat dan tersurat didalam hati"


Biar saya perbincangkan lagi fasal ini.

Soalan itu boleh di'break-down'kan kepada soalan sebegini:

Bolehkah sesuatu yang bersifat dengan Maha Berkuasa (Tuhan) menjadikan dirinya tidak berkuasa?

Soalan sebegitu bagi saya perlu dianggap sebagai tak masuk akal dan salah, maka
tidak perlu dijawab ya ataupun tidak kerana definisi Tuhan yang Maha Berkuasa itu
adalah "tidak pernah tidak berkuasa" .

Satu analogi yang saya boleh fikirkan ialah seperti berkata:
Kucing ini hanya boleh mengiau.
kemudian bertanya:
Adakah kucing ini boleh berbahasa Mandarin?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 10:05 PM | Show all posts
Originally posted by adi_iskandar at 28-8-2006 03:50 PM
bolehkah Allah mencipta sebuah batu yang begitu berat sehingga Dia sendiri tidak mampu mengangkatnya?

sori kalau soklan ni sensitif tapi camne nak jawab kalau orang agama lain tanya?


soalan ni masa orang yahudi tanya orang arad mana tah ... soalan ni masa persidangan OIC kat malaysia dua tiga tahun lepas ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2006 10:36 PM | Show all posts
assalamualaikum,

bolehkah Allah mencipta sebuah batu yang begitu berat sehingga Dia sendiri tidak mampu mengangkatnya?


kepada yg menjawab soalan tersebut, saya nak bertanya kepada rakan sekelian.  Maksud jawapan-jawapan tu ada takwilan atau tidak?

kalau yg bertanya tu kafir, maka kita tak kisah ler kalau dia tanya boleh ke tuhan mengangkat sesuatu jisim.  ini sebab dia orang mentafsirkan sifat tuhan seperti sifat makhluk tuhan seperti sifat mengangkat batu!

bagi org islam Allah tidak bersifat seperti makhluk.  mengangkat batu yang Allah buat seperti dalam soalan tu dimaksudkan angkat macamana?  angkat dengan tangan?  Allah ada tangan macam manusia?  lagi pula nak angkat ke mana?  kat angkasa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2006 12:46 PM | Show all posts
Originally posted by adi_iskandar at 28-8-2006 03:50 PM
bolehkah Allah mencipta sebuah batu yang begitu berat sehingga Dia sendiri tidak mampu mengangkatnya?

sori kalau soklan ni sensitif tapi camne nak jawab kalau orang agama lain tanya?


Mengikut fahaman wahabi....Allah duduk bersemayam di atas arasy nya. So kalau Allah duduk di atas sesuatu maka tentulah sesuatu itu lebih kuat lagi darinya. Hehehee...ini mengikut ajaran wahabi jer!
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 10:57 AM | Show all posts
salam

BETUL tuuu
TUHAN akan angkat batu KEATAS
SEKIRANYA DIA KEHENDAKI
tiada yang mustahil
bahkan DIA yang MENGGERAKKAN
agar tangan kamu boleh terangkat keatas
kalau TANPA IZINNYA maka KAKU MATILAH tangan kamu itu

diangkatnya ke angkasa
ke lapis langit yang tujuh
maupun keATAS LAGI
TIADA YANG MEMBATASNYA
kerana segala sesuatu adalah KEPUNYAANNYA
DIA MELAKUKAN APA YANG DIKEHENDAKINYA

yang jelas
kalau kamu ada dihadapan saya
saya akan bertanya bolehkah saya pelempang kamu
kalau kamu izinkan saya akan PELEMPANG
kalau tak izinkan saya biarkan
agar kamu pun boleh berfikir balik
apa yg susah sangat

hanya diTAKUTI
TUHAN menberatkan BATU tersebut atas dirimu
dan kamu TAK BERUPAYA memikulnya nanti............
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 11:21 AM | Show all posts

salam

Originally posted by adi_iskandar at 28-8-2006 03:50 PM
bolehkah Allah mencipta sebuah batu yang begitu berat sehingga Dia sendiri tidak mampu mengangkatnya?
sori kalau soklan ni sensitif tapi camne nak jawab kalau orang agama lain tanya?


Dah pernah ada soalan ini dulu...Ada berbagai jawaban yg diberikan.
Lupa pula di thread yg mana satu.  Mungkin juga telah deleted.
Reply

Use magic Report

bxn This user has been deleted
Post time 4-9-2006 05:41 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 29-8-2006 08:57 PM
Boleh , tp allah x nak buat , psl wht 4 ?


aku suka jawapan ni, best! simple je.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:48 AM GMT+8 , Processed in 0.631412 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list